Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 12 April 2012

Rumah Bergegar

Sedang aku dan anak-anak baring-baring sambil melukis sementara Cik Wife baring atas sofa, tengok TV ke tidor ntah. Aku rasa lantai rumah bergegar, first time aku rasa macam tu. Anak-anak cemas sambil tengok kiri kanan. Cik wife tegur, rumah ke goyang atau aku yang goyangkan sofa. Tapi bila dia nampak baju yang bergantung bergoyang dan kipas berdiri pun bergoyang, kelam kabut la bangun. Aku sempat lagi masuk bilik tukar kain, pakai seluar dan Cik Wife pakai tudung.

Yang lawaknya anak-anak dah keluar rumah, pastu bila nampak semua orang turun, diorang pun turun jugak. Bertuah betul budak tiga orang tu...Bila aku dan Wife dah siap, dan nak keluar rumah  ( tapi masa ni dah tak gegar dah la...) carik bebudak tiga orang tu dah takde. Bila tengok kat balkoni luar tu baru nampak diorang dengan orang ramai kat bawah. Sambil diorang jerit, " Abah turun!..." ( kata Naufal, Nabil menangis masa kat bawah, sampai ada orang tegur la ).. Sebab dah tak gegar aku malas pulak nak turun. Sambil ambil telefon, call Kak Lili, tanya diorang.. Diorang pun tengah turun tangga masa aku call....Dengar suara macam termengah-mengah. Kata dia Irfan dan Ihsan tengah tidur, cepat-cepat digerakkan.

Bila dah ok sikit aku panggil anak-anak naik....

***Pada pukul 6 lebih lagi sekali bergegar, tapi tak seteruk yang pertama...Khabarnya Abah kat kampung pun merasai gegaran, walaupun rumah atas tanah. Dia kata masa tu tengah tahiyyat akhir kat masjid, dan Pak Su Tat baca tahiyyat akhir dengan agak kuat ( macam nak menangis )...

15 ulasan:

Anum berkata...

semoga semuanya selamat

CT berkata...

Alhamdulilah selamat...kat mana nih?

My Life My World berkata...

Alhamdullilah, korang tak apa apa. Akak baca cerita kau lak suspen. Mesti kuat gegarnyer yer dik

Anak akak kebetulan ikut akak masuk opis semalam pun terasa gegar, memula tu dia ingat dia pening. Tapi akak lak yang tak terasa. Lokasi : Segambut Kuala Lumpur

p.i.n.n.y berkata...

Alhamdulillah la xde apa2...lawak jgk bdk2 tu pandai selamatkan diri...

Amir faiez berkata...

Adik xdpt nk rasa..tgh tido tem tu...

Herdoni Wahyono berkata...

Kemarin sore 11 April 2012 terjadi gempa bumi di Aceh membuat ribuan warga berhamburan menuju ke tempat yang tinggi menghindari kemungkinan Tsunami seperti pada 2004 lalu. Sukses selalu. Teriring salam dari seorang blogger yang tinggal di lereng Gunung Lawu Magetan Jawa Timur.

Chik Att berkata...

Alhamdulillah ...semua kembali elok. Kami pun semalam ... terpaksa kosongkan rumah .....

Siti_btp berkata...

Salam perkenalan Fazli,

Terima kasih ke blog akak..
Anak normal tak kisah besunat dia faham sakit dan malu..Elok bersunat masa kecil teruskan..

Anak2 istimewa akak dia pakai baju je! memang lemah jantung di buat sepanjang jaga mrk berkhatan..

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob,
Akak ikut berita dr FB dan Al-Jazeerah jer. Alhamdulillah tak berlaku apa2!

KhaiRin : anies berkata...

kt penang mmg terasa sgt kn?
sy tgh drive time tu..dgr kt radio br tau ada gempa

Azian Elias berkata...

ALLAHU AKBAR..

Alhamdullilah semua selamat. Akak dengar ni pun masa kat airport Delhi.

cik pha berkata...

macam comel jer gelagat budak2 hehehe


p/s:aku suka gmabr kat ats tu,nak nak tengok gambar si abah tuan rumah =)

azmnor berkata...

Salam Li..,

lama dah tak menjengah disini....

Alhamdulillah semuanya selamat...

Cikli berkata...

bagaimana dasyatnya gegaran masa sangkakala ditiup.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

kat kampung pun gegar teruk....huhu...scary je...alhamdulillah kita kat malaysia..kalau kat Sumatera..lagi la takot ........

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails