Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 25 November 2011

Hari Raya Korban 2011/1432 Hijrah

Terlampau sibuk sangat sekarang ni, almaklumlah dah nak hujung tahun. Menyebabkan blog berhabuk dan entry yang nak dipublish pun terbantut. Walaupun dah nak sampai ke penghujung bulan Zulhijjah, cerita pasal Hari Raya Korban yang lepas aku nak buat hari ni. 

Macam biasa semua ahli keluarga ada kecuali Kak Long yang beraya di Tumpat, Kelantan dan Pinny yang tak balik dari Serawak. Dan macam biasa jugak selalunya hari raya korban ni selalunya simple-simple je, yang meriahnya cuma masa buat korban. Selepas bailk dari sembahyang sunat aidil adha, balik rumah untuk makan, sementelah pulak Pak Ndak Can, Pak Lah dan pak Jali ( Tok Siak ) Ustaz Aa ( Imam ) dan Imam Ramadhan ( yang masuk Akademi al-Quran yang lepas ) ada kat rumah, diorang datang ziarah.

Selepas semuanya balik, kitaorang pun pergi la ke tempat penyembelihan, kat rumah Pak Lang Hasyim. Bila sampai kat sana, seekor lembu dah tumbang ( lembu orang lain ), manakala lembu kami masih berdiri gagah.

Abang Ngah mewakilkan kat Pak Lang Hasyim untuk menyembelih..
Lembu kami, masih teguh berdiri...
Walaupun cuba ditarik kaki, tak berganjak...
bantuan lebih ramai orang diperlukan, tu pun susah...
akhirnya menyembah bumi...
 Adegan menyembelih tak sempat Safwan rakam sebab dia buat mode video.....

Selepas siap disembelih, upacara melapah dijalankan...Semua anak-anak lelaki Haji Amir mengambil bahagian...

Tapi ramai juga orang kampung lain yang membantu...terutamanya anak-anak Pak Lang Hasyim
Hampir siap dilapah..

Nabil, Irfan dan Naufal, diantara yang meramaikan...

Safwan, Abang Yus dan Abang Ngah..

Abang Yus, Ijal, Safwan dan Abang Ngah..

Tuan Director, Haji Amir...

Abang Ngah mengasah kapak...

Kaki lembu yang dipotong terpaksa dibawa dengan cepat sebab hari dah mula hujan...
***Gambar semasa membahagi-bahagi daging tiada kerana masa ni semua orang mengambil bahagian...


Dah ada yang mengecop kaki ni...hehehehe

Pakcik ni nama dia "MAN KIAMAT", aku baru first time jumpak...ganas nama dia...

***Seperti biasa harap mohon dan maaf andai entry ini ketinggalan zaman yang teramat...

18 ulasan:

Unknown berkata...

patut la member aku ni sibuk sgt

dear anies berkata...

org g haji pon da nk blk da hehehehe

Acik berkata...

lembu tu nampak hebat! dah lama tak ikut ke tempat korban ...

ch000tz berkata...

takleh tgk, kalau tgk kesian, kalau ksian dah takleh makan kann

http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/nyawa-yang-tersisa.html

Unknown berkata...

anak akak siap ambik video ms lembu nk kena sembelih tp akak tk snggup nk tenguk..

Cikgu Ma berkata...

meriah..rindunya nak balik kampung...

jom baca (",)
kata-kata adalah cermin peribadi

Kayu Manis berkata...

Salam kenal juga ye..nampak ke meriahannya...Man kiamat..mmg dashyat..sekurang2nya dia sentiasa ingat kiamat hampir tiba..

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

wow 1st time tgk header ramai nyer sedara mara uols.....sure meriah khen...syok la boley buat korban...weols dah lama x berkorban hahaha

JunAina berkata...

berkorban kat kampung lebih seronok dari buat korban kat KL semoga pahalanya tetap sama...

whitecappuccino berkata...

sepakat membawa berkat..meriah kan bila semua mengambil bahagian dalam kerja2 begini? Salam kenal ya dari akak wc.

Fazleyatul Aini berkata...

sampai skrg daging korban kat rumah saya still ada lagi. dah x tau nak masak apa. huhu

Ct Aja berkata...

nape lembu tu nampak kurus ...hihihi

mummyrinazone beauty berkata...

takper bz buat slow2 kerja..rm nape nampak lembutu mcm kurus jer?ker mata den yang rusak?huhu..siapa yang bawak alik kaki lembu2?mmg payah cket nak siang kaki n tang perut.huhu

Anum berkata...

wow ... bestnya

Puan Kutu berkata...

daging korban pun dah habis nie..nk ucap slmt hari raya pun macam dh terlambat.hehe..

walaupun entry terlewat,nice pic..meriah jer..:)

Amir faiez berkata...

mna gambaq org yg pling kuat buat keja ni?????

budak penjara berkata...

lembu npe warne cam wrne kebau je..hehe

amna berkata...

alhamdulillah... sambutan meriah
gambar kaki lembu atas motor tu estetik sgt

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails