Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 17 Disember 2009

Menyusur jalan pulang ke Kampung Batu Hampar Dalam

Pada hari raya yang pertama, selepas selesai urusan penyembelihan korban, kami telah pergi menyusuri jalan ke kampung Batu Hampar Dalam, ke rumah Tok yang lama. Sepatutnya kami semua nak turun dari kereta dan meninjau keadaan tapak rumah lama yang telah ditanam dengan pokok kelapa sawit, tetapi keadaan rembang ( pukul 12 tghari) sementelah pula ada budak-budak kecil yang ikut seperti Uqaiel dan Ihsan, membatalkan niat kami.

Gambar kurang jelas kerana aku mengambil gambar sambil memandu( dengan pemanduan perlahan tak lebih dari 15km/j). Semoga dapat mengimbau kenangan semasa tinggal di Kampung Dalam ( walaupun ada diantara tempat-tempat yang sudah tak kelihatan )

video

2 ulasan:

p.i.n.n.y berkata...

pini pn ikut jgk masa nk pg ni..tp x tau pn kt mana tapak rumah tok..tgk2 blk rumah cm2 je..xpelah nnt pg lg...

faizah berkata...

Kalau li tak bgitau yang pemandangan tu adalah kat kg dalam, k.long mesti ingat tempat tu ntah kat felda mana ntah. Memang kg dalam dah berubah wajah, tiada lagi pepohon getah dan semak-samun kecil...rumah arwah tok yang byk mendewasakan kita dulu pun dah hilang ditelan zaman.Sebak jugak sebab sungai dan titi kecil yang biasa kita lalui dah hilang dari pandangan..yang bestnya video tu diiringi ulasan kisah silam perkahwinan kontroversi arwh tok dgn tok pin yang dikisahkan oleh si lili.

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails