Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 5 November 2009

Kacang Rugged

Ari tu Wan Malinee ada beli beberapa jenis kacang-kacang dan asam, biasala orang perempuan. Dalam salah satu kacang tu ada la dia belikan kacang bersalut tepung, atau dalam keluarga aku lebih dikenali dengan panggilan Kacang Rugged.

Tak tau la mana datangnya nama tu, tapi setau aku la memang dari dulu lagi memang dah nama dia kacang rugged. Tapi kacang rugged ni ada sejarah silamnya.

Mak memang pandai dalam bab masak-memasak ni, dan diantaranya ialah memasak kacang rugged ni. Kalau tak silap kacang tanah di celup dengan telor ayam dan digaul dengan tepung dan digoreng( betul ke?? )

Masih ingat lagi sewaktu aku darjah satu (1983), mak mula menggoreng kacang rugged ni lalu dijual di sekolah. Orang yang kena jualnya ialah aku dan kak Linda ( mungkin dia masih ingat lagi ). Kacang yang digoreng dibungkus menggunakan plastik kecik yang mana hujungnya dilipat dan dibakar menggunakan api pelita ( untuk mengelakkan masuk angin ) Sebungkus dijual dengan harga 20sen.

Masa tu budak-budak lagi dan tak tau malu, dengan bangganya menjual kacang tu dalam kelas. Yang best sekali ialah, kacang tu habis tak sampai setengah hari( masa rehat )..Lumayan sungguh rasanya pada waktu itu..!! Tapi yang malangnya, kalau tak silap kacang tu hanya dijual dua hari saja, lepas tu cikgu mengarahkan tak boleh lagi menjual barang makanan di sekolah...Mungkin cikgu tu jeles melihat keadaan sungguh lakunya kacang pada waktu itu!!

Tapi kacang rugged yang mak buat memang sedap, memang kelas..... tak setanding la.......



7 ulasan:

p.i.n.n.y berkata...

pini tau kacang ni..tp konpius apsal plak nama dia kacang rugged..mgkn org yg buat dia rugged kot..ataupun sapa yg dpt jual dgn lakunya kacang ni dianggap rugged la...hehe

Fadzli Amir berkata...

Tu la...abeli pon heran gak tapi setau abeli, semenjak hidup2 ni memang nama dia macam tu, mungkin kakak-kakak boleh bagitau mana datangnya nama tu...;P

imah berkata...

siapakah gerangan cikgu itu???mgkn cikgu faizal??cikgu fazni???ckgu shaari??oh..mgkin tidak!!!!!
berani sggh die berbuat sebegitu...hehehe
imah rsa le kn..dia nk beli sekali dh abis..utk menjaga air muka terpaksa la dia ckp "jgn jual dah pasni..ckgu x benarkan..."kuikuikui

mgkin betul la sape yg menjual kacang dgn lakunye,dia la rugged..sbb 2 ckgu td x bagi jual..dia xnk la ada org lagi rugged dr dia...kuikuikui

fazlinda berkata...

sori dh lama x jenguk blog ni sbb hari tu imran masuk hospital lagi sbb athma. dia masuk 4 hari, terpaksa ambik nabuliser setiap 3 jam sekali. kesian dia boring je. tapi sekarang alhamdulillah dah beransur sihat. dh ceria dan bermain seperti biasa.

ada pulak x hengat.... mestila hengat. dulu masa sekolah rendah akak jual kacang rugged, mi sanggul goreng, sagon dan jambu batu. mmg selalu laku sbb mak masak sedap sgt. tapi x ingat sgt bab cikgu x bagi jual tu. ye le dah lama dah benda ni jadi.

akak pun tak tau sbb apa dipanggil kacang rugged. dah mak ckp camtu, kita pun ikut le. mayb kak lili ngan kak ros tau. tapi depa ni x pernah nk bagi komen pun....

imah berkata...

wah..blog dah berwajah baru..imah bru msk blog arini setelah kekacauan berlaku dlm idup gara2 exam..hehehe..bukak je pagi ni dh bru..terkezut imah..ape2 pun keep it up..and teruskan usaha anda..

p.i.n.n.y berkata...

ssh btol nk bg komen..intenet x brp ok akhir2 ni..pini nk ckp ni je..."wahhh...cantiknye blog ni..dh berwajah baru skrg...tahniah kt abeli sbb bersusah pyh mencantikkan blog..sejuk mata memandang..."

fazlinda berkata...

tahniah atas keupayaan anda merubah wajah blog ni ke warna hitam yang lebih klasik.....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails