Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 25 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat menyambut Aidil Adha buat semua yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Besok pagi InsyaAllah, akan berangkat pulang ke kampung Padang Serai untuk persiapan menyambut Aidil Adha.
InsayaAllah selepas pulang semula, empunya blog akan menyajikan gambar-gambar kemeriahan hari raya aidil adha di kampung Padang Serai, sementelah lagi Haji Amir akan buat korban.
Dengarnya semua anak-anak Haji Amir akan bertandang kecuali Kak Long dan Daud( Daud dah pun balik ke kampung tapi terpanksa pulang esok )

Gambar yang diambil pada hari raya Aidil Adha 2008



Tahniah Pija!!

Ini anak saudara aku, Pija @ Fildza, yang mendapat tempat pertama dalam kelas 4 Saidina abbas. Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Sekolah Rendah Islam Omar Zuhdi pada hari ahad lepas.
Tahniah le bebanyak pada Pija dan teruskan usaha mu menuju kejayaan.



Pija menerima anugerah kecemerlangan....

Ni masa lepas dapat piala, tengah bagi ucapan terima kasih " Terima kasih kat Pak Njang , yang sudi bawak Pija pegi memancing kat belakang rumah Pak Chan sehingga mendapat piala ini, Ewwaaahhh....banyak cantikkk"...
Kegembiraan yang dikongsi bersama ahli keluarga yang lain...( Imran,-" bila la nak makan nasik dalam bekas polisterin ni, tak tahan lapar ni, dari tadi asik ambik gambar je...." )
Bersama Ummi dan Basyirah...Basyirah nanti belajar rajin-rajin bagi dapat macam kakak jugak..
Piala yang di perolehi...

Tu dia gambaran yang lebih jelas, nampak tak tulis PERTAMA tu, kalu tak percaya...

Manakala buat Safwan dan Angah ( Amirul Hakim ), yang baru menerima keputusan peperiksaan UPSR, diharap banyak bersabar di atas keputusan yang diterima. Moga dengan keputusan peperiksaan kali ini menjadi pemangkin untuk lebih berusaha dengan lebih kuat lagi pada masa hadapan ( jangan asyik main je ).

Rabu, 18 November 2009

Resepi Pusaka..

Nasi Goreng Pusaka


Bahan-bahan :


Nasik sejuk yang digaul dengan garam halus


Bawang merah, bawang putih dan halia di potong halus


Cili kering dipotong pendek


Telor ayam sebiji



Cara membuatnya:

Panaskan minyak, masukkan bawang merah/putih, halia dan cili kering, goreng sehingga naik bau. Masukkan telor ayam ( jangan pulak masuk ngan kulit ). Kacau sehingga telor pecah-pecah. Masukkan nasi dan kacau sebati, boleh di hidang dan makan panas-panas...



Semalam masak nasi goreng. Walaupun bahan-bahan dia nampak simple dan bodoh-bodoh je, tapi ada sejarah di sebalik nasi goreng ni. Rahsia ni tak pernah terbongkar pun sebelum ni yang mana Wan Malinee pun tak tau cerita di sebalik nasi goreng ni.

Sebenarnya nasi goreng ni telah diajarkan sendiri oleh mak. Waktu tu mak selalu je sakit-sakit. Yang memula sekali dia ajar ialah masak sambal tumis. Masa tu aku menuntut di Sekolah ahmad Boestamam, Setiawan ( form 6 ). Mak sakit masa tu, terbaring je atas katil( bilik Imah sekarang ). Mak cakap meh mak ajar masak sebab mak tak larat. Walaupun sambal tumis tu tak jadi sebab pedas sangat dan cili dia macam tak berapa masak.( sampai sekarang buat tak jadi ..hehehehe )

Lepas tu seingat aku mak ajarkan macamana nak masak masak asam, masak kicap dan nasik goreng ( yang kat atas tu ), tapi yang ni pada hari dan waktu yang lain masa mak sihat. Tu lah diantara resepi-resepi PUSAKA yang mak ajarkan sendiri. Walaupun aku masa bebudak suka makan kari ikan, tapi mak tak sempat mengajarnya ( hanya diajar oleh kakak-kakak )Tapi nasik goreng tu kekadang mak masukkan sambal belacan ( lebihan semalam )

Mungkin adik-adik aku masih ingat lagi, nasi goreng ni la yang aku masak untuk diorang nak pergi sekolah, masa aku menganggur kat kampung ( mak dah tak ada dan abah patah tangan ). tapi diorang tak cerewet, diorang makan jer apa yang aku masak, kalau diorang ingat la sebab masa tu diorang pun kecik-kecik lagi.

Walau pun bermacam-macam jenis nasik goreng kat luar sana, yang canggih-manggih resepinya, aku masih suka nasi goreng ni, sebab ni nasik goreng yang diajar sendiri oleh mak yang mana mempunyai sentimental velue buat aku, NASI GORENG PUSAKA...




** Alfatihah buat arwah mak, Allahyarhamah Hatijah Bt Ariffin...

Buah Keranji

"Sorong papan tarik papan,
Buah keranji di dalam perahu,
Suruh makan kamu makan,
Suruh mengaji kamu tak tahu."

Pantun tu aku dengar masa sekolah rendah dulu, tapi tak tahu pulak yang buah keranji ni benar-benar ada....Hehehehe....Nampak sangat aku ni buta maklumat...Sampai buah-buahan tempatan pun tak tahu.
Menurut kata abang yang jual buah keranji tu, buah ni ada setahun sekali je, dan katanya la, yang pokok dia besar macam pokok balak... Wallahuaklam...

Rasa dia ok gak la manis-manis masam.....Setelah dibuka kulit dia, isi dia nipis jer berwarna oren, membaluti biji dia.


Sabtu, 14 November 2009

Ke Rumah Wak Nab 1

Kisah benar yang pernah dilalui oleh Ijal dan Daud... Akhirnya berjaya jugak menyiapkan Kartun ni....Walaupun semalam tidur lewat lagi...
Moga terhibur...



Khamis, 12 November 2009

Tidur Lambat....

Semalam tidur lambat, dekat pukul tiga pagi, dan natijahnya pagi ni pun bangun lambat..hehehehe...Tapi puas hati sebab kerja yang sepatutnya siap dua hari lepas dapat dilangsaikan dalam masa satu malam ( last minit -biasa la)

Bertemankan Naufal, Nabil yang main kereta dan secawan Kopi Jantan, aku buat kerja dengan bersungguh-sungguh. Bukannya apa, hanya menyiapkan lukisan perspektif untuk 'Booth' Kolej PTPTL. Masuk ni dah tiga tahun aku design untuk mereka. Kalau design aku teruk, masakan diorang masih mencari aku untuk buat design bagi diorang. Walaupun ni dah masuk tahun yang ketiga, tak pernah pulak aku tengok 'Booth' tu yang dah siap masa diorang buat pameran kat PISA ( Penang International Sport Arena ), Bayan Baru-walaupun dekat dengan rumah. Tapi biasa la mungkin diorang tak ikut seratus peratus design yang aku bagi.

Walaupun hari ni rasa letih sikit, tapi rasa puas hati sebab kerja dah siap dan tak lama lagi buleh menikmati bayaran dari diorang, dalam lebih kurang RM 400.00. Tapi selalunya lambat la, tapi ok gak dapat la menampung perbelanjaan untuk mengharungi lagi setengah bulan...hehehehe...lepas gak la nanti duit susu bebudak tu...

Apa pun terima kasih pada Wan Malinee dan anak-anak yang memahami tugas aku ni...!!!


PROPOSAL -A ( pandangan EYE LEVEL )
PROPOSAL -B ( pandangan BIRD EYE )

**Apa-apa pun nampaknya buat pertama kali aku 'publish' design ni sebelum aku hantar kat diorang..!!!

Khamis, 5 November 2009

Kacang Rugged

Ari tu Wan Malinee ada beli beberapa jenis kacang-kacang dan asam, biasala orang perempuan. Dalam salah satu kacang tu ada la dia belikan kacang bersalut tepung, atau dalam keluarga aku lebih dikenali dengan panggilan Kacang Rugged.

Tak tau la mana datangnya nama tu, tapi setau aku la memang dari dulu lagi memang dah nama dia kacang rugged. Tapi kacang rugged ni ada sejarah silamnya.

Mak memang pandai dalam bab masak-memasak ni, dan diantaranya ialah memasak kacang rugged ni. Kalau tak silap kacang tanah di celup dengan telor ayam dan digaul dengan tepung dan digoreng( betul ke?? )

Masih ingat lagi sewaktu aku darjah satu (1983), mak mula menggoreng kacang rugged ni lalu dijual di sekolah. Orang yang kena jualnya ialah aku dan kak Linda ( mungkin dia masih ingat lagi ). Kacang yang digoreng dibungkus menggunakan plastik kecik yang mana hujungnya dilipat dan dibakar menggunakan api pelita ( untuk mengelakkan masuk angin ) Sebungkus dijual dengan harga 20sen.

Masa tu budak-budak lagi dan tak tau malu, dengan bangganya menjual kacang tu dalam kelas. Yang best sekali ialah, kacang tu habis tak sampai setengah hari( masa rehat )..Lumayan sungguh rasanya pada waktu itu..!! Tapi yang malangnya, kalau tak silap kacang tu hanya dijual dua hari saja, lepas tu cikgu mengarahkan tak boleh lagi menjual barang makanan di sekolah...Mungkin cikgu tu jeles melihat keadaan sungguh lakunya kacang pada waktu itu!!

Tapi kacang rugged yang mak buat memang sedap, memang kelas..... tak setanding la.......



Selasa, 3 November 2009

Naik Kuda

Minggu lepas pergi ke rumah mak mertua. Pada sebelah petangnya bawak naufal dan Nabil pergi tengok-tengok ladang kuda yang baru dibuka.( memang sebalum ni dah nampak dibuka dan dah janji dengan bebudak nak pergi ) Andalusia Riding Centre. Uih..Ramai orang, berbaris nak naik ( bebudak ).


Setelah berbaris lama, baru dapat naik, tu pun hanya satu pusingan ( bayaran RM 2.00 untuk 2 pusingan ) sebab kuda dah letih, nak makan. Tu pun diorang suka sangat, tersengih je masa naik kuda tu..Kata abang yang jaga kuda tu, untuk bebudak kalu nak ambik kos RM 300 untuk sepuluh sesi, tapi 5 tahun ke atas la.( ni andalusia riding centre ni kena bagi diskaun ni sebab mengiklankan tempat diorang...hehehehe )


Naufal...




video


Nabil...

video



***Andalusia Riding Centre, Tasek Gelugor, Pulau Pinang...( dekat dengan Bertam, Kepala Batas-tempat Pak Lah )

Isnin, 2 November 2009

Hari Jadi Ijal

Semalam 1hb November, adalah hari lahir Ijal yang ke 28. Selamat hari lahir, semoga panjang umur, murah rezeki, hidup diberkati, InsyaAllah...
Rasa macam baru semalam dia jadi rakan sparring masa kecik-kecik dulu. Selalunya aku la yang jadi Ultraman dan dia jadi raksaksa( walaupun badan aku besar sekali ganda ), tak pun kesatria baja hitam....Dalam kenangan....

Di samping tu, Kak Long juga hari jadi dia jatuh pada bulan ni, walau pun pada akhir bulan iaitu 28 hb yang ke-44....Begitu juga dengan Furqan, pada 25 hb yang ke 19( dah tua dah anak sedara aku ni ).

Untuk semuanya moga diberkati allah hendaknya... Ketahuilah bahawa kami semua sayang anda semua..!!!!


***Tuk Kak Long dan Furqan, mintak maaf takde gambar yang sesuai.....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails