Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 24 Julai 2009

Bergambar Hari Raya Tanpa mak..


Assalamualaikom....


Lama dah tinggal blog ni rasanya..sibuk skit skarang nih, almaklumlah nak jaga Naufal & Nabil, sementelah pulak ada orang baru, Uqaiel Nabhan dan umminye plak tak berapa segar. Semua lukisan yang nak buat untuk post kat sini tak siap lagik. Minggu lepas jumpa Adik faiez kat umah kak lili, dia ada la tengok sikit lukisan tu....


Sementara tu k.long ada email satu gambar kat aku. K.long suruh post kat blog pastu tulis ler cerita sikit. Sedih tengok gambar tu, semua kurus-kurus kering jer. menurut K.Long gambar tu diambil masa hari raya ( tahun yang pertama ) selepas kematian mak, maknanya tahun 1996 le kalu tak silap.
Tengok sorang-sorang macam tak ceria jer. Abah pun kurus lagi, rambut pun hitam lagik. Rasanya mase ni yang dah kawin k.long & k.lili jer. Tengok Pinny ngan Imah, kecik jer ngan tudung pun sengat. Ijal lak masa ni le tengah buas ni. Kecik jer ( ingat masa balik kampung baru nih, aku gelak kat dia, sebab dah gemuk , mulut jadik kecik jer ) Daud dan adik pun kecik jer. tak sangka cepat sangat masa berlalu, semuanya dah besar-besar dah. Yang dah besar bertambah besar.( aku ler tu )
Kejap jer masa berlalu. Sebenarnya aku ni tak tau apa nak tulis berkenaan gambar yang k.long kirim ni. Oleh yang demikian, mintak tolong ler pada semua pembaca terutama anak-anak haji amir tolong komen bebanyak...
adioss...

11 ulasan:

fazlinda berkata...

sedih tgk gmbr ni. akak rasa raya thn 1995 la. akak ingat lagi kite suma baru balik dr kubur arwah mak tu yg muka suma sedih + jelaga, x ceria langsung. mana x sedih, 1st time raya without our beloved mother. mcm mana la kita suma lalui saat2 tu. masa tu suma kurus kering, skrg mcm dipam2 (akak le tu). mari la kita sedekahkan alfatihah utk arwah mak.......

Szafwan berkata...

Assalmualaikum....gambar tu akak pun ada , buat saiz 3R lagi. Walaupun tahun tu (1995) adalah tahun gelap dan suram bagi kita, tapi baju raya tetap ada. Kalau nak tau baju Abah, Li,Ijal,Pini,Daud,Imah dan Adik akak yg jahitkan. Tudung Pini dengan Imah adalah lebihan baju melayu Daud dan Adik. Satu lagi langsir biru yang menjd ltrblkg gambar tu akak yg jahitkan. Memang tak dapat disangkalkan lg darah seni jahitan yg ada pd mak telh mengalir dlm diri akak ( rasa hidung macam kembang). Ingat tak dulu2 masa kita kecik2,asal pagi raya je kita dgn rasa megah dan bertuah menyarungkan baju yg mak jahit kat bdn kita....Bila tenung lama2 gambar tu rasa meremang bulu roma, bukan apa tetiba je rasa sayu bila tengok muka sorang2 terutama Adik yang menyeringai senyum mcm tak tau apa2. Wajah anak2 yatim yg dahagakan kasih syg dan belaian manja dari seorang manusia yang bernama 'mak'..Al-Fatihah.....

kak long berkata...

Salam semua...ingat tak 1st malam raya yang kita sambut tanpa mak tu, kelam kabut nak sediakan ketupat dan rendang...siap menghelo2 kak yah & kak munah. Itulah.. masa mak ada, langsung tak belajar semua teknik2 memasak dari mak(k.long le tu). Moral of the story is...hargailah ibu anda selagi beliau masih ada. Mak memang 'the best'!

Fadzli Amir berkata...

Rasa tersyahdu plak pagi-pagi nih baca komen-komen hampa, sampai air mata pon bergenang.....dulu baju raya semua mak jahit, skarang takdak lagik baju yang dijahit oleh mak. Ingat lagi dulu mak jahit baju sambil tengok TV ngan li la, tengok crita hindustan...cerita Chalte-Chalte... mak menyanyi-nyanyi kecil ikot lagu dalam filem tu...

p.i.n.n.y berkata...

ya allah tak sanggup rasanya tgk gmbr pini..sian btl..masa ni darjah 6.tgk muka orang lain pun cam x semangat je nak raye..xde sorang pun yang senyum.adik cam x tau apa2 yg terjadi je..pini pn x igt mcm mana kami membesar.tapi masa tu walaupun abijal selalu bt hal dia selalu tlg bt keje rumah..kami bsh kain pas2 iron baju adik2 nk pg sekolah..bila igt blk sedih jgk..tau2 je dh bsr cmni..kdg2 rindu jgk nk blk cm dulu..;-(

imah berkata...

sedihnyeee bca komen hampa semua..walaupn imah x brapa igt sgt time 2 tp rse cm sdh je..gmbr ni cm semua org x mandi..agaknya air xde kot pagi rye,cm selalu pagi2 rye...hehehe..TERIMA KASIH lah kpd semua kakak2 ngn abg2 yg tlh membesarkn imah,yg melayan kerenah imah...JASA SEMUA IMAH AKN TETAP KENANG..

fazlinda berkata...

tak sangka kak lili pun pandai bg komen kat blog ni. tahniah.... he he he. bila lak kak ros nk join kite?

Fadzli Amir berkata...

K.Lili, Uihh mesti, siap pakai nama pemain bola sepak lagik tu, tu yang mahai tu....K.Ros plak tengah ejas nak beli laptop tu, tak lama lagi approve la tu....hehehehe...

Szafwan berkata...

Assalamualaikum...bertemu kembali adik,kakak, saudara dan saudari sekelian. Ni nak jwb pertanyaan adikku fazlinda pasai tulis dlm blog ni, bkn apa sebuk sgt bila ada masa terus jari2 ni mengarang sampai internet disconected la.Lenguh btl tgn ni....
Memang la dari Pini ke bwh tak brp ingat kenangan bersama mak...tapi tak pe akak akn refreshkn blk kut2 ada yg dah lupa.
1) ingat tak daud mase mengaji dgn mak sebab tak blh eja huruf 'wau di atas' bunyi apa? Pas2 mak bg klu yg duduk blkg rumah kita...dgn persaan confiden dia jwb 'wau diatas shap'. Apa lg mak pun naik hangin la. Sebenarnya blkg rmh kita ada nama 'Wa' tapi dia lupa kat 'Wa' , dia teringat nama anak 'Wa', 'Shap'. 'Shap' tu duduk blkg rumah 'Wa'.....ada ingat?

fazlinda berkata...

tu dia sampai internet disconnected la bila kak lili on internet. dahsyat sungguh tu...mana boleh tak ingat....rasanye linda ada kat sebelah tu je. kami apa lagi mengekek-ngekek gelak. apa la punya daud. tapi la ni daud dh kenal huruf dah, lebih2 lagi la ni. dok baca buku agama je..........(ehem, ehem)

Fadzli Amir berkata...

Baguih la tu Daud, tanya la apa yang patut terutamanya kat abang-abang yang dah berumah tangga ni...tak gitu ijal.....hehehehe....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails