TENTATIF HARI KELUARGA Hj. AMIR 2013
9 February 2013 – 11 February 2013
SABTU (09/02/2013)
12.00 pm : Berkumpul di laman rumah dan memulakan perjalanan (sapa lambat
tinggal!!)
2.00 – 5 pm : Check-in Chalet
5.00 pm : Minum petang dan aktiviti bebas
6.00 - 9 pm : Persiapan + solat maghrib / isyak.
9.15 - 10 pm : Dinner
10.15 - 12 pm : Sesi berkaraoke dan tayangan video
12.15 am : Berehat / Tidur
AHAD (10/02/2013)
5.50 - 6.30 am : Bangun dan bersiap untuk sembahyang subuh berjemaah
8 - 9.30 am : Breakfast
9.30 - 12 pm : Sukaneka
12.30 - 3 pm : Lunch + solat + rehat
5 - 7.00 pm : Aktiviti berkayak / memancing
7 - 9.30 pm : Persiapan + solat maghrib / isyak berjemaah + dinner
9.30 - 12 am : Persembahan keluarga / game show ( tertakluk pada keadaan ) + sesi penyampaian
hadiah
12 - 3.00 am : Aktiviti memancing (optional)
ISNIN (11/02/2013)
5.50 - 6.30 am : Bangun dan bersiap untuk sembahyang subuh berjemaah.
8 - 9.30 am : Breakfast
9.30 - 12 pm : Sesi bergambar + aktiviti bebas
12 - 2.00 pm : Check-out
*** Disediakan oleh adik Faiez...Semuanya bergantung kepada mesyuarat akhir di Chalet Amir
dan mungkin ada sedikit perubahan..
*** Sesiapa yang ternampak orang jual umpun-umpun untuk dibuat umpan memancing, silalah beli dulu dan claim kemudian...( atau nak beli udang dan sotong pasar pun boleh )
***Moga Allah permudahkan semua perancangan kita...Amiinnn...
Kini semuanya hanyalah tinggal kenangan. Tak mungkin dapat diundurkan masa...Moga kita bertemu di Syurga dengan izin Allah...
Member Kamcing Anak Haji Amir
Jumaat, 8 Februari 2013
Khamis, 17 Januari 2013
Cerita Tengahari, eh! petang..
Tadi masa sembahyang zohor kat Masjid Titipapan, masa pakai kasut ada brader tu bagitau yang kasut dia dah hilang..Kesian kat dia, rasanya dia pun kerja kat opis dekat-dekat situ gak. Ada pulak lagi satu brader datang yang bagitau yang kasut dia pun pernah hilang kat sini. Nauzubillah...jangan la jadik kat aku, sebab aku memang selalu sembahyang kat sini sebab dekat dengan opis.
Jangan salah sangka pulak, yang orang yang sembahyang tu yang kebas kasut brader tadik. Yang kebas tu dah semestinya datang ke masjid untuk mengebas kasut tapi berpura-pura sembahyang, bukannya datang dengan niat nak sembahyang.!...Geram betul...Diorang ni bukan tau kira dah kat masjid ke kat mana, yang nampak kat mata diorang hanyalah duit, mungkin untuk melepaskan gian untuk hari tu...
Aku hanya boleh tunjukkan muka simpati je la kat brader tu, mungkin dia boleh balik ke opis dia balik dengan memakai salah satu selipar yang ada kat masjid ni.
Semalam masa sembahyang zohor di masjid yang sama, ternampak satu kasut yang rasanya amat besar bagi aku...( bukan apa, saiz kaki aku pun dah besaq, apatah lagi ada orang yang kaki besaq !)
Kasut aku yang besar tu pun jadi kecik...
***Lagi satu nak tegur sikit, kalau sesiapa yang nak sedekah pisang kat masjid tu, tengok-tengok lah dulu jenis pisang tu. Kalau tak tahu, tanya kat penjual pisang tu, pisang ni boleh makan terus tak. Bukan apa, tadi ada la pisang yang orang letak kat masjid ni. Aku tengok memang dah tau dah yang tu pisang "Awak", tapi aku saja gatai tangan nak rasa sebijik....dengan kelat dan bergetah....hehehe...
Lain kali pilih la pisang emas ka, pisang berangan ka yang boleh/sedap dimakan mentah. Kesian jemaah masjid tu dah la bagi pisang, pisang yang kena goreng dulu pulak tu...
Sabtu, 12 Januari 2013
Mesyuarat PIBG SK Mutiara Perdana
Hari ni awal-awal dah ke sekolah bebudak, ada mesyuarat PIBG yang pertama untuk tahun 2013. Selaku AJK PIBG yang menurut perintah, kena lah menghadirkan diri. Walaupun aku lewat 30 minit ( mesyuarat mula pukul 8.30 ). Tak banyak perkara yang berbangkit, cuma tentang pengambilan pengawal lalu lintas je.
Disamping tu hari ni jugak pihak PIBG bagi hadiah kat Puan Guru Besar yang akan bersara hari isnin ni. Oleh kerana semua AJK ada hari ni, jadi hadiah pun diberikan juga. Tapi kami masih dijemput untuk majlis jamuan perpisahan pada hari isnin ni.
Yang kanan tu Dr Syamsul Rijal, YDP mewakilkan Dr Siti Kamariah NYDP menyampaikan hadiah ....
Dr Siti Kamariah, menyampaikan hadiah kepada Puan Junaidah...
Selamat bersara Cikgu ( dengarnya cikgu besar ni yang paling lama bertugas di SKMP ni )
Jumaat, 11 Januari 2013
Tazkirah Jumaat
Sesungguhnya, hati manusia perlu diisi dengan dua perkara iaitu iman dan kasih sayang. Orang yang kurang iman hatinya akan mudah rungsing pada perkara keduniaan dan orang yang hatinya kurang kasih sayang akan tumbuh kebencian. Orang yang hatinya ada kebencian akan mudah membenci orang lain.
***Ringkas....Selamat berhari Jumaat..!!
***Ringkas....Selamat berhari Jumaat..!!
Khamis, 10 Januari 2013
Adam Dan Hawa
Aku tak la berapa ikut drama bersiri ni, sebab panjang meleret-leret sangat. Hanya mengisi masa lapang dan meneman Cik wife tengok je. Malam ni siri akhir tu.
Aku bukannya minat sangat pun, tapi bila tetiba je Naufal tegur bila tengok Aaron Aziz @ Adam dalam drama tu, katanya,
"Fuiyyo....badan dia best, body ( maknanya berketul la ), kalah badan abah..."
Terus rasa tercabar, tinggalkan TV masuk bilik carik besi....Malam ni kita kerjakan shoulder, tricep dan bicep....hahahaha....penangan Adam dan Hawa dalam keluarga ni....
Aku bukannya minat sangat pun, tapi bila tetiba je Naufal tegur bila tengok Aaron Aziz @ Adam dalam drama tu, katanya,
"Fuiyyo....badan dia best, body ( maknanya berketul la ), kalah badan abah..."
Terus rasa tercabar, tinggalkan TV masuk bilik carik besi....Malam ni kita kerjakan shoulder, tricep dan bicep....hahahaha....penangan Adam dan Hawa dalam keluarga ni....
Selasa, 8 Januari 2013
Perancangan Tahun Baru Cina
Pada cuti hari raya cina yang akan datang, seperti biasa, oleh kerana ada cuti yang agak panjang kami merancang untuk buat family gathering dan mungkin akan diisikan dengan pelbagai aktiviti, seperti sukaneka, ( link, link ) aktiviti memancing, makan-makan dan terbuka kepada cadangan semua ahli keluarga...Acara kalau boleh nak dijalankan pada 9 ( Sabtu ), 10 ( Ahad ) dan 11 ( Isnin )Februari 2013.
Mulanya memang bercadang nak buat aktiviti kat Kuala Gula Santuary Resort Perak, tapi bila nak buat tempahan untuk tarikh di atas, tempat tu dah penuh...kecewa sungguh....Melepas nak makan kari ikan semilang dan ketam kulit lembut.....
Cadangan yang kedua nak buat di Amir Chalet, Sitiawan...tapi tak tau lagi, dia dah bagi feed back..
Mintak semua ahli keluarga Haji Amir untuk memberikan cadangan sebab boleh buat tempahan...In Syaa Allah..
***Semua diwajibkan memberikan cadangan....
Sukaneka Keluarga Haji Amir yang ke-2 tahun lepas...
Mulanya memang bercadang nak buat aktiviti kat Kuala Gula Santuary Resort Perak, tapi bila nak buat tempahan untuk tarikh di atas, tempat tu dah penuh...kecewa sungguh....Melepas nak makan kari ikan semilang dan ketam kulit lembut.....
Cadangan yang kedua nak buat di Amir Chalet, Sitiawan...tapi tak tau lagi, dia dah bagi feed back..
Mintak semua ahli keluarga Haji Amir untuk memberikan cadangan sebab boleh buat tempahan...In Syaa Allah..
***Semua diwajibkan memberikan cadangan....
Ahad, 6 Januari 2013
Naufal dan Nabil di Kampung
Dah lama tak update, sibuk bebeno. Tak sempat nak tengok blog. Almaklumlah, akhir tahun dan dah dekat raya cina..Nak certa sikit tentang anak-anak yang mana cuti sekolah yang lepas, sempat jugak diorang menghabiskan masa dua minggu menemani abah kat kampung. Dibekalkan dengan satu set catur, kanta pembesar untuk tengok segala macam serangga kat kampung, diorang memang enjoy duduk kat sana. Walaupun Nabil dengan perangai penakutnya, nak pergi ke dapur pun menangis...dan Naufal yang tangkap katak kat masjid untuk dibela di rumah....Macam-macam lagi la...kena sengat tebuan...
Kat kampung diorang suka bagi makan kucing...
Ada satu masa, Nabil pecahkan bekas makanan kucing tu...
Diorang beri nama yang coklat tu nama Nina, dan hitam putih tu nama Cip-cip...Bila ditanya, mak Uda tau tak nama yang diorang bagi tu, Nabil kata tak boleh la bagi tau, sebab nanti malu...
***Terima kasih kepada Abah dan Pinny yang sudi melayan karenah Naufal dan Nabil semasa dua minggu di kampung...Terima kasih kat abah yang tak jemu mengajak dan menggerak diorang untuk sembahyang berjemaah di masjid....
Langgan:
Catatan (Atom)

