Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 26 April 2013

Tazkirah, Kisah 50sen

 Kisah ni aku ambil dari sini, link
"Kenapa Alif tak rehat ? "

Jawab alif, "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu... la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu "

Alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

Saya tanya lagi,


"kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?"

"Oh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu."


Jawab Alif dengan bersahaja.

"Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah.."

Mata saya dah berkaca... Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini.. luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.
*** Cerita ni aku ambik dari sini,Islam Agama Ku's
*** Menginsafkan di pagi-pagi jumaat ni...

5 ulasan:

Anum berkata...

great entry

umiawadah berkata...

kena ceritakan kat anak-anak...sekarang ni kat kantin sekolah RM0.50sen dapat beli air je...ada baki RM0.30sen...dapatlah keropok 3 keping....itu anak2 akan jawab...umi faham...tapi budak dalam cerita ni dapat manfaatkan RM0.50sen...sangat tersentuh...

Kayu Manis berkata...

setuju sgt..50 sen kecil bg kita ianya besar pd pandangan Allah

Tanpa Nama berkata...

Salam,

sama dgn kisah saya lebih kurang 10 tahun dulu....50 sen je gi skolah menengah. kalau belanja, jalan kaki balik sekolah ler jawabnya.
naik bas 50sen
kini dapat PhD dah
alhamdulillah

seharum kasturi berkata...

assalamualaikum ... selalunya manusia akan pentingkan keperluan diri baru lah bagi kat org lain ... mmg pengajaran yg bagus . ada kesedaran dan keimanan yang tinggi

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails