Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 16 April 2013

Untuk Kebaikan Bersama

Aku tak sangka apa yang aku tulis beberapa minggu sudah akan mendatangkan kontroversi macam ni. Memang dah menjadi tabiat aku, di blog ni lah tempat aku meluahkan segala perasaan, samada sedih, suka, duka, gembira dan tak puas hati. Dan memang jenis aku yang kalau boleh tak nak menulis benda-benda yang negatif kerana ni adalah blog keluarga aku, tempat semua suka-duka kami sekeluarga di kongsi bersama di sini. Tapi memandangkan kita ni hidup di dalam dunia, yang mana realitinya kalau ada baik mesti ada jahat. Kalau ada hitam mesti ada putih. Kalau ada wangi mesti ada busuk. Kalau ada cantik mesti ada buruk. Itu realitinya...Dan aku memang hidup di alam realiti dan bukan fantasi. Yang mana mungkin tak semuanya dipenuhi dengan segala yang indah-indah, cantik-cantik dan wangi-wangi tapi jugak yang buruk-buruk...Itu realiti..! Ya realiti kehidupan..

Tak salah rasanya aku meluahkan apa yang terjadi disekeliling aku dalam skop dan pandangan aku sendiri. Walaupun aku sedar dan tahu tak semua pandangan atau persepsi kita tu betul dan benar. Tapi itulah realitinya...Bak kata pepatah melayu, "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain", atau "Lain padang, lain belalang"....Jadi sudah semestinya pandangan setiap seseorang tu berbeza daripada orang lain. Itulah keindahan dalam kehidupan.

Bukan niat aku nak mencetruskan kontroversi, apatah lagi sengaja memancing pembaca yang mana sejak dari semalam pengunjung yang membaca post yang 'kontroversi' tu lebih dari 300 orang pengunjung semalam ( walaupun ini kira sedikit la )...

Jadi di sini aku memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung, tersentuh, marah, geram dan mungkin ada yang rasa difitnah...Dan aku dengan rasminya telah memadamkan post 'tersebut' dari blog ini, sebelum keadaan menjadi lebih buruk..

***Lebih baik mengalah....

5 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

biasa la manusia nie x pernah puas melihat org lain
sabar ok

Khai♥Rin : anies berkata...

sabo je la..anggap je sbg amaran utk kita berhati2 pd ms akn dtg...

seharum kasturi berkata...

assalamualaikum ... sebenarnya bila bina blog utk family tu lagi bagus sbb kita simpan segala peristiwa yg berlaku dlam keluarga n aktiviti ahlinya . Ada tpt untuk ahli merujuk sesuuatu peristiwa tu dgn mudah ... dah jadi adat dunia , ada suka ada benci ... terima ujian tu dgn redha ya ...

khairul hassan berkata...

buat pekak dh bro...

che mid berkata...

Jangan sampai give up berblog dah la ya... rasanya Che Mid baca entri tu.. takde salah apanya pun. Cuma sape makan cili dia rasa pedas la kan..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails