Member Kamcing Anak Haji Amir

Sabtu, 16 Februari 2013

Hari Keluarga Haji Amir- Malam bersantai dan berkaraoke

Malam pertama kami sampai di Amir Chalet, selepas minum petang dan makan malam yang disediakan oleh pihak chalet ( sedap masakannya-masih teringat-ingat lagi rasa kari ayam dia ). Malam ni kami hanya beraktiviti santai iaitu berkaraoke, sebab esok akan diadakan sukaneka jadi simpan tenaga.

Mula-mula memang semua eksaited nak nyanyi terutamanya bebudak dan para remaja. Siap senaraikan lagu-lagu yang diorang nak nyanyi, tapi bila bagi kat brader DJ tu, boleh dikatakan semua lagu baru takdak!!...What the hell!!...Sampaikan Naufal nak nyanyi lagu Maher Zain pun tak dak..!! Apatah lagi lagu-lagu baru yang lain yang bebudak mintak. Yang ada lagu rock 80an, dangdut, pop yeh-yeh...menyampah sungguh!!...

Pastu yang lebih membangangkan, tengah nyanyi-nyanyi feel, tetiba terputus lagu tu, terus hilang feel..

Lepas tu semua jadik macam tak bermaya je...Budak-budak semua tarik muka masam...Sorry la semua anak-anak sedara, ni semua diluar jangkaan Bapak sedara korang ni, sebab ingatkan sebagai DJ pro, dia sepatutnya ada semua lagu...Mungkin dia ingat yang nak nyanyi ni veteren-veteren kot. Memang aku tak puas hati, semua anak-anak sedara badmood setelah semua lagu baru yang dimintak takdak, siap Aina ( anak sedara ) kata "aina lahir tahun 92, aina tak tahu lagu-lagu yang sebelum tahun 92"...Kesian....Apapun terima kasih kepada Pak Cik Amir Chalet yang bersusah payah carik DJ karaoke tu. Aku tak salahkan dia tapi salahkan mamat DJ tu...Kalu tau yang dia tak ada lagu-lagu baru, kami mungkin akan usahakan bawak sendiri...


Oleh kerana lagu baru takdak, pihak penganjur terpaksa menyanyikan lagu 80an...

Yang lain menunggu dengan muka masam..

Ni masa mula-mula masuk dewan, masa ok lagi...

Kak Lili dengan Ehsan yang demam...

Lagi-lagi mamat ni je nyanyi....macamana lagu zaman dia je banyak...

Pinny sampai garu kepala la....punya frust...ada ka suruh depa nyanyi lagu dangdut...

Bebudak yang jadi penari latar setelah lagu yang nak dinyanyikan takdak..

Muka-muka yang boring...

Dia lagi...

Daud dan Adik yang jugak frust...

Muka-muka para remaja yang jugak frust..


Nak tak nak, Adik dan Daud menyanyikan lagu Gemuruh, Search & Wings...Apa adik, cendawan akrab??

Dia ni lagi...bukan apa, rugi pulak bayar mahal-mahal tapi orang lain tak nyanyi...

Kesian Aina dan Basyrah...lagu diorang kebanyakannya takdak...kalu ada pun suara penyanyi masih ada...

Angah nyanyi lagu Peter Pan rasanya...

semua mengerumuni si DJ masa dia tengah carik lagu....hampeh..

Naufal menyanyikan lagu InsyaAllah tapi kesian, suara Maher Zain masih ada, ni bukan karaoke ni miming...!


Daud, nyanyi lagu apa tah...

Muka-muka boring...

Muka anak beranak yang boring...

Berduet ngan Imah, lagu dangdut Iwan dan Amalina...aku pun tak tau nak nyanyi lagu ni...ntah hapa-hapa..

Aina dan Basyrah dan lagu Judika, tapi miming la, karaoke takdak...

Naufal, sebelum kena kejutan elektrik...sebab tangan dia berpeluh...heran sungguh..!!!

Adik dan Imah...lagu apa tak tau..


***Aku heran betul, DJ tu siap bagi tahu, kalau tangan basah jangan pegang Microphone. setau aku la, selalu kalau buat konsert mesti berpeluh dan basah tak pernah pulak dengar penyanyi kena karan...!!...Sampai Naufal kena karan la sebab tangan dia berpeluh...apa punya peralatan tak tau...

*** Pak cik Amir Chalet, next time jangan gunakan khidmat DJ ni lagi, mungkin boleh carik yang lain je...apa-apa pun terima kasih sebab arrange kat kami...

***Sorry semua anak-anak sedara, ni semua diluar jangkaan pihak penganjur...


4 ulasan:

My Life My World berkata...

Hahahaha ... lawak lawak, kesian pun ada gak. Yang T-Shirt hitam tu duk asyik concquare mikropon bukan main apa cer. Dia buat konsert ker ... hahahahah. Jangan marah dik, lama tak gurau gurau manja. Hehehehe

Aieda Adnan berkata...

orang ramai, memang jenuh tunggu turn..haha

Maria Menado~ berkata...

alahai.. kesian budak2.. baru nak nyanyi dengan family. seronok kan family gathering macam ni.. saya tak merasa sebab sedara mara tak rapat. =(
anak buah baru 5 orang, kecik2 lagi.. hehe. 20 tahun lagi ley la try buat macam ni.. family dah besar sikit kot. ngee~

Unknown berkata...

sakan..siap ada karaoke lagi

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails