Aku memang agak takut sikit sekiranya tempat yang aku pilih untuk aktiviti Hari Keluarga kali ni tak menyenangkan adik-beradik yang lain. Tapi bila sampai saja ke tempat ni, aku disambut oleh Pak Cik Amir ( tuan punya Amir Chalet ) memang damai terasa!!...Memang sesuai nak buat aktiviti terutamanya memancing.
Di sini disediakan dewan, surau, chalet, dorm yang memuatkan lebih dari 10 orang, tempat berkayak dan yang best sekali jeti untuk memancing. Katanya ikan yang selalu dinaikkan ialah ikan gelama, kerana sungainya berdekatan dengan muara.
Selama 3 hari 2 malam kami disini, makan ( termasuk breakfast, makan tengahari, minum petang dan makan malam ) disediakan oleh pihak Amir Chalet dengan harga yang amat berpatutan..!
Apapun aku amat berharap semua adik-beradik enjoy dan suka menghabiskan masa di sini...
Keadaan tenang, dipenuhi pokok-pokok, macam kat kampung je...
Tenang...
Dan damai....
Uqaiel, yang begitu teruja...
Berlatar belakangkan Sungai Manjung...
Jalan nak ke jeti memancing dari bilik...memang nampak takut sikit, tapi Uqaiel yang kecik tu pun boleh lalu..
Uqaiel, nak pergi ke tempat memancing....
Ada juga disediakan jeti untuk memancing...
Kolam ikan, boleh jugak kalau nak pancing talapia. Tapi yang best naik kayak la dalam ni...
Berlatar belakangkan chalet-chalet...
***Memang best tempat ni kerana mengenjoykan kami sekeluarga demi mengeratkan lagi tali persaudaraan..
***Pak Cik Amir, nanti kami boleh datang lagi sambil diberi diskaun kerana membuat preview ni...hehehhee
6 ulasan:
kak suka cuti ala2 kampung ni..nti kak akan dtg nak ajak adik beradik semua dtg sini..tq for the info ni..:)
bestnya
pernah pegi tesco manjung je.. hehe. aeon manjung pon pernah g.. =P
blog ni ade kene mgene ngn amir chalet ke?
Walaupun pd mulanya cm takut skit tmpt ni tp ok la..yg penting kta enjoy...
byk nyamuk
Catat Ulasan