Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 17 Januari 2013

Cerita Tengahari, eh! petang..

Tadi masa sembahyang zohor kat Masjid Titipapan, masa pakai kasut ada brader tu bagitau yang kasut dia dah hilang..Kesian kat dia, rasanya dia pun kerja kat opis dekat-dekat situ gak. Ada pulak lagi satu brader datang yang bagitau yang kasut dia pun pernah hilang kat sini. Nauzubillah...jangan la jadik kat aku, sebab aku memang selalu sembahyang kat sini sebab dekat dengan opis.

Jangan salah sangka pulak, yang orang yang sembahyang tu yang kebas kasut brader tadik. Yang kebas tu dah semestinya datang ke masjid untuk mengebas kasut tapi berpura-pura sembahyang, bukannya datang dengan niat nak sembahyang.!...Geram betul...Diorang ni bukan tau kira dah kat masjid ke kat mana, yang nampak kat mata diorang hanyalah duit, mungkin untuk melepaskan gian untuk hari tu...

Aku hanya boleh tunjukkan muka simpati je la kat brader tu, mungkin dia boleh balik ke opis dia balik dengan memakai salah satu selipar yang ada kat masjid ni.

Semalam masa sembahyang zohor di masjid yang sama, ternampak satu kasut yang rasanya amat besar bagi aku...( bukan apa, saiz kaki aku pun dah besaq, apatah lagi ada orang yang kaki besaq !) 

Kasut aku yang besar tu pun jadi kecik...


***Lagi satu nak tegur sikit, kalau sesiapa yang nak sedekah pisang kat masjid tu, tengok-tengok lah dulu jenis pisang tu. Kalau tak tahu, tanya kat penjual pisang tu, pisang ni boleh makan terus tak. Bukan apa, tadi ada la pisang yang orang letak kat masjid ni. Aku tengok memang dah tau dah yang tu pisang "Awak", tapi aku saja gatai tangan nak rasa sebijik....dengan kelat dan bergetah....hehehe...
Lain kali pilih la pisang emas ka, pisang berangan ka yang boleh/sedap dimakan mentah. Kesian jemaah masjid tu dah la bagi pisang, pisang yang kena goreng dulu pulak tu...

13 ulasan:

Dr K berkata...

lepas ni kena standy selipar dlm kereta bro...tiba kat masjid, pakai selipar aja...saya pun pernah hilang kasut kat masjid KLCC!

Anum berkata...

heheh betul2

p.i.n.n.y berkata...

Tu pisang lebih kt rumah dia la tu..x larat nk goreng lagi sbb tu letak kt masjid kot..hehe..sian pisang..

Shila berkata...

sebab dia tau ade orang gatai gak nk makan..

tu dia letak je..

hahaha..

Unknown berkata...

ingatkan bagi kasut kat mangsa tu pinjam.... hehehe

hasmardy berkata...

Pernah terjadi semasa di Masjid Area Teluk Intan. Sedih oooo pakai selipar Jepun. Naik motor balik Ipoh. Apa2 pun, sesuatu yang berlaku ada hikmahnya

Aieda Adnan berkata...

fulamak, lasut tajam! haha

Amir faiez berkata...

len kali pkai terompah..msti xilang..klu ilang gak...em..xtawlah nk ckp ap..

imah berkata...

yg plg mahal dlm gmbr ni ialah bunion...hahahhaa....

Unknown berkata...

kasut tu klu tendang lembu boleh tumbang wo

ieja amieja berkata...

assalam..
pencuri ada kat memana..
bukan kira tmpt dan masa klu nak curi..the lesson pakai je selipar buruk..compom x kena curi..;DD

che mid berkata...

Kalau nak bagi pisang untuk digoreng, kenalah bagi sorang sesikat, tak boleh la bagi sebiji dua kan kan kan..

Maria Menado~ berkata...

kaki saya pon besar, tuk size perempuan la..

pisang. kebun mak banyak pisang. habis satu kg dia kasi bila amik dari kebun. Jual pon ada. hehe.

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails