Hari ini PM mengisytiharkan cuti umum, lantaran kemenangan Malaysia merangkul piala AFF Suzuki buat pertama kalinya.
Semalam-Awal-awal pagi aku sms kat semua budak opis ( semua cina ) yang mana Jumaat adalah hari cuti. Diorang yang tak layan bola berasa tercengang dan agak gembira. Tapi kegembiraan hanyalah sementara, bila Boss melangkah masuk ke opis. Ya kata yang esok( Jumaat-hari ni la ) kerja!! Sambil dia mengutuk-ngutuk Si Najib yang memberi cuti sesuka hati yang boleh menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara. Siap dia cakap, bukannya Malaysia menang World Cup ke, Olimpik ke......Tension je aku dengar.
Tapi aku selalu fikir positif la, mungkin kalau aku jadi boss pun aku akan buat benda yang sama, yang mana tak mahu rugi walau sedikit pun.....
Hari ni aku terpaksa bersiap untuk pergi kerja sedangkan Cik Wife yang cuti dok kat rumah dengan bebudak. Masa tengah siap, Abah telefon'
" Li, hang kerja ka hari ni?, abah mulakan bicara.
" Kerja la, mana ada cuti..." aku membalas dalam nada sedikit kesal.
" La, kan PM dah bagi cuti, semua kena cuti la.." abah menyambung..
"Mana ada abah, Boss tak bagi, macamana.."aku menjawab.
" PM dengan hang punya Boss, mana lagi besaq?.. abah menduga..
" Boss la lagi besaq, Li kerja dengan Boss dan dia bayaq gaji. Bukan PM yang bayaq gaji." aku memujuk hati...
So, hari ni aku bekerja la, walaupun aku menyokong penuh team bola Malaysia!!!!
20 ulasan:
thumbs up = bagus and *padan muka*
hahahaha..
yang penting mencari kerja halal..
kalau tak kerja pun, nak buat apa kat umah kan??
hahaha..
selamat bekerja di kala orang lain bergumbira bercuti..anyway, kawan2 sy pun kene keje jugak..:P
sy MC..hihihi
Ini tak adil, Dr mengeluarkan MC untuk diri sendiri..
kerja itu suatu ibadah xD
anak saudaraku membuatkan aku insaf tahap mentibang laut...sambil menitiskan air mata...kucing
hade betul jugak..sape bayar gaji sape?lainla keje government..kerajaan byr..
CEPET - Tu la pasal, kalau aku kerja ngan Najib dah lama dah aku ambik cuti seminggu...apa barang satu hari...
xpe la bro..kerja la bersungguh2..hahaha
E.D.Y - Thanks Bro, sudi singgah & komen. Tu la kalu tak bersungguh2 dah lama lepak kat umah...hahahah
haha.insaf la sikit pak njang.asyik pekena org je.kan dah xdapat cuti :D
Salam kenal,
hubby akak pun kena bukak opis ari ni..dateline.Staffs kena bayaq ovetime lah..
kat rumah layan anak2 makan ni.
Akhirnya berjaya buat sesuatu sehari sebelum new year..hee
http://yan-yanjournal.blogspot.com/2010/12/kebab-yan-and-roti-pita-qis_7940.html
Ala ala ciannyer dia. Ada double tak gaji hari ni. Iyerlah kerja masa public holiday kan ;)
Tasneem - Apa pulak kena mengena- kenakan orang dengan Najib punya cuti atau piala AFF Suzuki,...tak paham la Pak Njang...( sambil mengorek tahi idong )
Kak Yan - Itu boss tak pe la kak, ini kuli mesti la nak cuti..huhuhu
My Life My World - Tu yang hangin satu badan tu, klau double triple, lain le crita,ni hampehh...
haha.pak njang x senonoh.patut xdapat cuti.cehh. xD
apesal gambar tgn abg li tu mcm cacat je...hehe..mesti x iklas buat keje tu...
Pinny - eh ye ke...macam cacat..??...macam ok je...macam gambar tangan je..
k.pini jgn xtaw dia klu tgn sama la ng jari kaki dia yg tekumat kamit tu..hahah..
Tang jari kaki tu trademark anak2 haji amir la...adik
hahaha..time abah tpon abg li imah ada kt dapuq..hehehe..imah dgr je..pg 2 abah wat spotcek tnya anak2 dia sapa yg cuti..
Hohohoh....rasa macam kat sekolah plak...cikgu wat spotcek...
Catat Ulasan