Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 2 Februari 2010

Bomba Yang Baik..!!!

Ahad lepas selepas naik kuda di Andalusia Riding Centre, masa nak balik bertembung dengan kereta bomba yang hendak memadamkan kebakaran hutan berdekatan...maklumlah musim panas ni, lebih senang hutan nak terbakar.

Aku tanya kat bebudak( Naufal dan Nabil ) nak tengok bomba padam api tak...diorang cakap nak, pusing balik terus parking belakang kereta bomba...Bila aku cakap keluar je, berterabur diorang keluar...Dapat gak diorang tengok macamana bomba padamkan api...

Lepas tu aku cakap, jom kita tangkap gambar kat depan kereta bomba, masa tengah tangkap gambar tu la brader bomba tu ( ingat ketua dia kot ) datang kat kami dengan muka seriusnya, cuak gak ingatkan dia nak marah. Nabil terus lari mendapatkan aku, tapi Naufal steady je..Bila dia dah dekat, dia bukak topi dia terus dia pakaikan kat Naufal... Ha..ha..ha...Aku pun apa lagi terus snap gambar la..Pastu Nabil pulak menerai topi bomba tu...Siap aku suruh brader bomba tu ambik gambar sekali....

Bomba sedang memadamkan kebakaran sambil diperhatikan olah Naufal dan Nabil..
Bergambar di depan kereta bomba, Naufal, Nabil dan Syafiq( sepupu depa-sama umur dengan Safwan)..

Naufal dan Nabil ( Nabil tu tengah menahan nak terkencing )

Naufal menerai topi brader bomba...

Sampai terpejam mata la...

Nabil pulak..macam berat je kepala...

Dengan brader bomba ( terlupa nak tanya nama )

Masa balik diorang mula tanya, "abah, bomba tu baik ke?" aku jawab " ye la, baik sebab tolong padam api".... Pastu diorang tanya lagi " Askar baik ke?"...."Baik "..aku jawab....Lepas tu habis diorang tanya Polis, ambulan,doktor, ntah apa-apa lagi ....
Apa-apa pun terimakasih Abang Bomba...!!!

1 ulasan:

imah berkata...

pasni mesti cita2 naufal nk jadi bomba plak...ataupun taun depan nabil sekolah,die plak nk jadi bomba...hehehe

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails