Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 4 Mac 2014

Family Day 2014-Part 3 ( Pagi Sukaneka )

Setelah menunggu tak berapa lama, pihak organizer Azami Entertainment pun datang dan memulakan atucara. Kami dipanggil ke halaman di depan apartment untuk membuat sedikit senaman...Memang seronok..! Semua orang sporting ikut gerakan senaman termasuklah abah..!

Selepas tu kami diminta ke padang untuk acara sukaneka. Tapi sebelum tu setiap kumpulan ( yang telah diundi malam semalam dimana setiap kumpulan diketuai oleh suami & isteri dan anak-anak tidak dibenarkan bersama kumpulan suami isteri tu ) kami diminta mencipta 'Tag Line' kumpulan masing-masing dengan diberi masa tiga minit.

Acara sukaneka pulak adalah, mengutip sepasang kasut, isi air dalam botol, lari dalam guni, gelong rotan, lari berkumpulan sambil kaki diikat dan yang terakhir, mereka fesyen dengan surat khabar.

Tapi sebelum tu, nak bagi tahu sikit kami memang dah rancang, semua lelaki memakai seluar pelekat dan perempuan memakai seluar batik.....hehehhe

Acara senamrobik yang awesome...!
Semua mengambil bahagian, termasuklah abah....abah memang sporting..!

Kumpulan "YES", bersama taglinenya...diketuai oleh Ijal dan Farha...Uqaiel dan Naufal group ni...
Kumpulan "Tak menang, Ceroi..!"...Diketuai Abang Ngah dan Kak Lili..
Kumpulan "Ini Barang Baik"...diketuai oleh Abang Lang dan Kak Ros..
Ni kumpulan aku, kumpulan "Pening Arr.."...yang akhirnya dinobatkan sebagai juara...sebab ada Imran tu yang juara...hehehe
Kumpulan "Gammbatte"..diketuai oleh Abang Yus dan Kak Linda..abah pun kumpulan ni jugak...
Acara kutip sepasang kasut...Safwan sedang beraksi..
Abah pun bersemangat lari...
Aina carikkan kasut untuk Imran...
Acara gelong rotan, kumpulan "gammbatte"...
Kumpulan "Tak menang Ceroi"...
Kumpulan "Ini Barang Baik"
Kumpulan aku, "Pening Arr"..
Kumpulan "Yes"..
Acara fesyen menggunakan kertas surat khabar...Kumpulan "Ini Barang Baik"...dengan tema pahlawan melayu..
Kumpulan "Pening Arr"...tema robocop tak jadi/tak siap...
Kumpulan "Tak Menang Ceroi" dengan tema Ustaz Don...eh ye ke..ke PU Shahul ni...
Kumpulan "Gammbatte" dengan tema Iron Man 10....hehehe
Kumpulan "Yes"...dengan tema penari Hawaii...



Selepas selesai, keputusan diumumkan...dan diakhiri dengan ucapan dari abah, Haji Amir...
***Terima kasih pada semua yang memberikan 100% komitmen dalam menjayakan kelangsungan sukaneka tahun ni...Terima kasih buat Azami Entertainment, memang best dan rasa sangat puas hati dari pihak kami Anak-anak Haji Amir..!

Jumaat, 28 Februari 2014

Family Day 2014-Part 2 ( Pagi Sukaneka )

1 Februari 2014 bersamaan hari Sabtu.
Setelah sampai sehari sebelumnya, LINK kini tiba hari kedua kami di Port Dickson.
Pagi tu selepas bersarapan, sementara ,menunggu kedatangan organizer sukaneka, kami lepak-lepak dulu kat padang belakang apartment.Yang bebudak ada yang main kat taman permainan. Manakala yang remaja main bola beramai-ramai.Yang mak-mak hanya duduk-duduk memerhatikan anak-anak...

Memang best dapat lepak beramai-ramai secara bersantai sambil bersembang dengan ahli keluarga...Buang semua masalah jauh-jauh....

Acik melayan sepupu-sepupunya....Kalu ada izzat leh geng ngan acik ni...

Naufal dan Irfan
Uqaiel dan Aisy pun nak naik jugak...

Aina dan Basyirah, BFF...
Yang lelaki, main bola...yang tengah tu kera yg kena kejar bola...

Irfan kot yang jadi...
Aisy...naik kuda sorang-sorang...
Mak Teh dan Mak Uda pun teringin gak naik besi jongket ni....ngan Basyirah dan Aina..
Farha, Kak Lili dan Kak Linda...
Abah, releks je...dia pun semestinya suka...
Yang perempuan semua berseluar batik...
***Nantikan sambungan..!

Jumaat, 21 Februari 2014

Family Day 2014-Part 1

31 Jan 2014 bersamaan hari Jumaat.
 Seperti yang dirancangkan beberapa bulan yang lalu Link dan Link, akhirnya terlaksana jugak apa yg dicita. Aku dan keluarga bertolak dari kampung bersama Abah, Pini yang menaiki kereta adik menuju ke Kajang, rumah Ijal. Setelah selesai bersolat jumaat dan makan di Kajang, kami bertolak ke PD. Kak Linda bertolak dari Sungai Buloh, manakala Kak Lili bertolak dari Penang lagi awal-awal pagi. Kak ros memang dah ada di KL atas urusan kenduri. Kali ni Hari Keluarga Haji Amir kekurangan seorang ahli keluarga, iaitu Kak Long dan keluarga yang tak dapat datang atas sebab-sebab tertentu.

Jalan nak masuk PD punya la jem, mungkin cuti sekolah menjadikan penyebab semua orang berpusu-pusu datang ke sini. Akhirnya kami sampai di apartment lebih kurang pukul 7 malam. Setelah check in kami pun turun menjamu selera ( yang disediakan pihak katering )

Selepas solat maghrib, kami memulakan aktiviti seperti yang dirancang, membaca surah Yaasin untuk disedekahkan kepada Arwah mak yang mana semua berkumpul di apartment abah.

Selelah selesai, kami bermesyuarat tentang segala perbelanjaan yang perlu dikongsi bersama dan jugak pengundian untuk menentukan ahli kumpulan untuk sukaneka yang akan berlangsung esok pagi. Malam ni ramai orang sponsor hadiah dan perbelanjaan. Mekasih  pada yang sudi menye'sponsor' ( sorry, takdak ayat ni ok...hehehe ) 
Kami semua sedang mengambil makanan...

Kak Linda volunteer menyendukkan nasik...

Abah....dengan baju kesukaannya..( di beri oleh Ijal )

Bebudak happy je...Nabil, Iman, Naufal dan Irfan...

Biasa la, dah lepas makan malas la pulak nak bangun...gunakan waktu tu untuk bersembang...


Biasa la bebudak...dah main mesti nak menagis....Uqaiel, Ehsan dan Naufal...

Seama bacaan Yaasin yang diketuai oleh Abah...

Ni pulak masa selesai baca Yaasin dan tengah bermesyuarat...

Kutipan dan kiraan duit, Daud siap kira pakai dua-dua tangan...

Abang Ngah datang untuk sponsor...

Bincang.....


Apa la yang dikatakan oleh Kak Ros tu...

Pengendali mesyuarat merangkap organizer, Abg Yus dan Kak Linda...

Cabutan/undian pembahagian pun bermula....telus tau ni...


Angah mencabut undi...


Daud pulak....


Abah tersenyum mendapat nombor kumpulan...







Sedang sibuk orang bermesyuarat, Adik tidur..letih sangat la, drive...
***Terima kasih pada semua...!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails