Member Kamcing Anak Haji Amir

Sabtu, 28 September 2013

Akhirnya Bersua.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, akhirnya setelah sekian lama tak meng'update' blog ni, dapat juga menjengah seketika. Memang keadaan sekarang yang agak sibuk teramat sekarang. Semalam salah seorang yang aku kenal di kampung, Pak Lah telah kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..Abah yang pergi menziarahi jenazah beliau semalam, menitiskan air mata mengenangkan rakan sekampung yang selalu bergurau, bersembang di masjid. Dia anak salah seorang blogger yang aku kenal, Azwaliza. Alfatihah...

Arwah Pak Lah, semasa kami pinjam basikal dia ( LINK )



Semenjak dua menjak ni, aku join geng WhatsApp bekas pelajar SMRS 1993( sekolah Menengah Raja Shahriman, Beruas ). Handphone sampai berasap la. Bila tengok phone, 1000 lebih mesej whatsapp..! Diorang bercadang untuk buat gathering sempena 20 tahun kami di Bukit Merah. Rajin diorang ni. Aku ikut je mana yang aku boleh. Diantara cadangan yang dibuat ialah sukaneka dan makan malam. Disamping itu dicadangkan juga hadiah untuk ditukarkan sesama sendiri. Budget yang diberikan sekurang-kurangnya RM20...Apa yang spesel yang nak dibeli ngan dua puloh hengget ni...? Pikio punya pikio, rasanya aku nak lukis potret diorang yang diundi untuk dapat hadiah dari aku dan akan dipublish dalam blog ni dari mula sampai siap aku lukis potret tu. Ok kot aku rasa... Harap Ok...

Jamuan hari raya & reunion SMRS 1993 yang dijayakan oleh kawan aku, Mishah ( LINK ) pada hari raya yang lepas ( Memang meriah, tapi aku tak ada dalam gambar tu ) 

***Thanks pada kawan-kawan yang masih sudi singgah kat sini....

4 ulasan:

Mie berkata...

Tak pernah buat gathering sbb semuanya lost contact... Nak cari kat facebook pun susah sbb memasing guna nama samaran...

Untungla orang ada bakat melukis ni...

dear anies berkata...

rajin sggh wat gathering ye

dapor meletop ainnurmustaqim berkata...

waaaahhhh....best2..untung sapa dpt hadiah likisan ko tuh...lagi mehei daRI RM20 TAU.....

Tanpa Nama berkata...

Excellent blog! Do you have any helpful hints for
aspiring writers? I'm planning to start my own site soon but I'm a little lost on everything.
Would you recommend starting with a free platform like Wordpress or go for a paid option?
There are so many options out there that I'm completely
confused .. Any ideas? Thanks a lot!

Also visit my weblog :: hostgator review

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails