Semalam masa balik kerja memang awan mendung dan angin bertiup kencang. Lepas tu hujan dan ribut melanda. Malam lepas mandi sembahyang dan makan, member opis aku telefon memberitahu yang antena di atas menara umno ( dekat dengan ofis aku ) runtuh. Tak berapa lama kemudian member ofis yang lain pulak telefon, nak cek aku hidup lagi ke tak, sebab aku kalau balik memang lalu depan bangunan Umno tu dan kadang-kadang singgah sembahyang asar kat masjid Pakistan ( berdepan bangunan umno ).
Alhamdulillah, aku masih bernafas lagi. Aku balik awal berbanding biasa semalam, mungkin awal 15 atau 20 minit sebelum antena tu jatuh menyembah bumi pada pukul 6.55petang...
Hari ni aku pergi opis, dah nampak jalan semua ditutup dan bekalan air kat opis tak ada. Sebab katanya konkrit yang jatuh tu telah menyebabkan jalan berlubang dan kena paip air...Hari ni kena lepas kat masjid la...hehehe...
Berikut gambar yang diambil semasa aku pergi ke tempat kejadian ( tak dibenarkan masuk, jadi dari jauh je la )
Konkrit yang memegang antena kena sikit pagar masjid pakistan..
Antena yang jatuh..
Aku rasa konkrit tu 4 kaki x 4 kaki, tu yang jalan pun dah berlubang dan terangkat...
Aku memang selalu balik gunakan jalan selepas masjid Pakistan ni...
Bangunan Umno..
Cladding dia pun terkoyak...
***Takziah pada keluarga Allahyarham Jahir Husaain Sulaiman yang mati terkena serpihan runtuhan dan pada semua yang tercedera...
***Kredit pada member opis, Yong yang bagi gambar clear ( sebab handphone aku tak clear )
***Kredit pada member opis, Yong yang bagi gambar clear ( sebab handphone aku tak clear )
7 ulasan:
malam tadi ada tengok kat berita dunia. al-fatihah pada yang terkorban
Syukur Alhamdullilah, adik tak apa-apa. Beso giler antena tu yer.
alhamdulillah ,masih bernafas
takziah pada yg terkorban.
innalillahhiwainnailaihirojiun
tak habis lagi tgk gmbr,
dah terdetik,
"mujur takde kemalangan jiwa.."
pastu tersentap kt penghujung entry..
innalillah..
aduhai...simpati dgn kejadian tu
ada hikmah disebaliknya...
Alhamdulillah selamat . Semoga Allah mencucuri rahmat dan meletakkan beliau di kalangan orang - orang yg soleh kepada simati , al fatihah ...
ni dekat penang kan?
Catat Ulasan