Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru


Gambar Naufal & Nabil lama...
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.

Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.

Rasulullah s.a.w bersabda:

" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)

***Selamat Hari Guru buat semua guru di luar sana terutama sekali semua cikgu-cikgu aku dari aku sekolah rendah sampai sekolah menengah, para pensyarah termasuk juga cikgu-cikgu anak-anak aku di Sekolah Mutiara Perdana dan semua adik-adik dan abang ipar yang bergelar guru...

***Terima kasih pada Cikgu Raja Iskandar.( cikgu yang mengajar aku ekonomi masa tingkatan enam di SMAB, Sitiawan )...Cerita ni di ambil dari wall beliau...

***Dua hari sudah, Naufal dah siap tanya nak beli hadiah apa untuk cikgu dia...Hari ni diorang dah ada hadiah untuk cikgu diorang, sorang satu....

10 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

selamat hari guru :)

Khai♥Rin : anies berkata...

Meriah cikgu ahri ni dpt byk hadiah

MystoryPic berkata...

Tanya Naufal.... besar nanti nak jadi cikgu tak?

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

seronok jadi cikgu tiap tahun ade sambutan dan dapat hadiah ....tapi padan lah dengan jasa dan pengorbanan mereka ...

fadzli Amir berkata...

Naufal katanya nak jadi angkasawan...katanya...

Cikli berkata...

Fadzli, terima kasih. Hang pun dah jadi cikgu yang ajar aku bagaimana nak kenal anjing yang dah cukup umur atau belum.
Selamat hari guru, cikguku.

imah berkata...

Comel depa pkai bju tu..depa dpt hadiah ka ari guru?

seharum kasturi berkata...

beruntungnya jadi cikgu , setiap tahun dapat hadiah dan panggilan cikgu tu kekal hinga hujung nyawa ...

Ct Aja berkata...

Selamat Hari guru........ seronoknya jadi cikgu cuti panjang..hi3

Azian Elias berkata...

assalamm.. weii apa khabar?? senyap je awak ek.. kita pun dulu cikgu.. selamat hari guru yee..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails