Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 4 April 2013

Pekena Nasi Arab

Setelah lama mendengar tentang kesedapan nasi arab ni, minggu lepas baru aku berpeluang untuk merasa kelazatannya bersama keluarga. Tu pun selepas pusing empat lima kali mencari tempat nasi arab tu ( oleh kerana kami tak tau nama restoran tu, jadi bila carik dalam gps tak bagi detail ). Akhirnya sampai jugak kami di Restoran Nasi Arab Qasar Hadramawt, Bandar Perda.

Kami datang bersama MIL dan sorang anak sedara, Syafiq...FIL tak ikut, tapi kalu dia tahu kami nak datang sini mesti dia nak ikut...hehehe

Signboard kat luar yang kami tak perasan...

     Ni pulak entrance kat dalam...



Bahagian dalam...



Nasik hujan panas berlaukkan kambing 1 kilo...

Nasik setimbun dalam pinggan sebesar talam...

Mula-mula nampak macam banyak, tapi habis jua...

Memang terbaiklah...nanti buleh datang lagi..

Ni yang cik wife aku punye bahagian....hehehe


***Lain kali kita datang lagi...
***Gambar yang atas-atas tu ihsan dari google...

12 ulasan:

Kayu Manis berkata...

dtg sini asyik terliur ajelah koroje nya.

~one~malinee~ berkata...

Nasi yg diorder Nasi Ujan Panas arab mai, 1 Kilo saiz hage RM55.00, air jus EPAL satu jug, mmg air jus terbaik yg penah rase coz mmg pure, xrugi lah mkn situ, bebaloi-baloi

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

Fuhh..sedapnya..siap hidang dalam pinggan besar camtu? tu yg nampak lagi special ....

Dr K berkata...

nasi arab ni, kalau pandai si tukang buatnya, mmg best bro...nampak banyak, tapi tak sedar habis kita makan..hahaha

JunAina berkata...

Nasi dia mesti lembut jakan? Makan nasi saja pun sedap ja...

Murni Alfathunnisa berkata...

owh..qasar hadramawt..dekat je dengan umah. memang sedap nasi arab kat sini. lama jugak dah tak pi. nasi arab macam ni lebih afdhol makan ramai2..sebab hidangannya besar. kalau dua orang pegi, share pun kadang-kadang tak habis.

dear anies berkata...

namanya hmpr sm dgn resto kt KL ni..penah mkn jg..sedappppp

Aku Seorang Pengembara berkata...

Salam Yeop

Kalau bagi kat Pak Arab, setalam tu untuk dia sorang jer....makan sampai muntah...hehe

Unknown berkata...

perghh sempoi !

Chik Att berkata...

Hari tu pi ...sekali nasi dah habis da...kempunan...

khaifaiz berkata...

feberet tu... alahai.. lapar sudah

dapor meletop ainnurmustaqim berkata...

terbaek derrrr

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails