Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 22 September 2011

Persiapan Raya

Dah lama sangat aku tak meng'update' blog ni dan tak berkesempatan juga untuk singgah di blog rakan-rakan. Entry 'Adik',  pun auto publish yang aku dah buat sebelum raya lagi. Sepatutnya entry ni aku buat sebelum entry tu..Tapi kerana kesibukan, aku abaikan.

Entry ni berkaitan tentang persiapan kami sekeluarga di Kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Jom kita layan gambar yang diambil sehari sebelum kedatangan satu syawal.

Adik sedang me'monitor' Imah menyapu sampah...

Tekun sungguh dia...

Disamping mengemas rumah, kereta pun nak dikemaskan jugak...Pinny dan Ijal..

Ijal, bersungguh-sungguh tolong Pinny...

Ni Adik dan Ayman, dari tadi asyik tengok saja...

Ooo..diorang ada tugas lebih mencabar rupanya..

Tu dia...Ayman dengan dua ekor ayam...( masa kecik-kecik tak berani tu )

Adik, siap kena masuk dalam reban ayam la...tangkap ayam pun kena kontrol hensem tu..

Furqan dan adik, menunggu giliran...

Untuk menyembelih ayam...Daud dan Abah..

Sekali pandang macam PATI kena tangkap pun ada..hehehe

Tu dia, ayam bapak..
Ayam peru/ turkey...

Abah memegang ayam sambil disembelih oleh Daud..


Bergelempangan....

Bakal dijadikan rendang..

Berbalik ke dalam rumah, walaupun rumah belum siap dikemas, sarang hamster gak yang dikemas dulu si Imah ni...

Pinny yang ditugaskan untuk meng'iron' baju raya..

Abah sedang menyiapkan ketupat....berseorang lagi...hehehe
***Ada lagi entry pasal hari raya ni....tunggu...lagi satu terima kasih kat semua member-member yang mengunjungi blog ni...tak berkesempatan tuk membuat kunjungan balas buat masa ni...akan berkunjung nanti..InsyaAllah....

Rabu, 21 September 2011

Orang Baru Keluarga Haji Amir

Tahniah buat anak Haji Amir, Faizal Amir dan isteri Farha, diatas kehadiran orang baru pada 17 September yang lepas( hari ahad ) dalam dalam keluarga kalian.  Diorang dapat hero lagi ( boleh kawan dengan Iman )

Diberi nama Muhammad Iman Aisy, yang bermaksud kemewahan/kekayaan iman.
Kami semua tumpang gembira.!...

video

Selasa, 20 September 2011

Adik






Hari ni tak ada cerita berkenaan puasa atau hari raya, hanya ingin berkongsi cerita tentang keluarga aku. Gambar di atas adalah Faeiz Amir ( adik aku yang bongsu ) dan Uqaiel ( anak aku yang bongsu ). Persamaan diorang ni ialah, kedua-duanya aku panggil dengan panggilan 'Adik'. Jadi kadang-kadang kalau aku panggil sorang, dua-dua akan terperasan dan menyahut.....Hehehehe...

Ahad, 4 September 2011

Beraya Sakan..

Setelah seminggu bercuti, menghabiskan masa bersama kaum keluarga, melawat sanak saudara, dijamu dengan pelbagai juadah yang sedap-sedap. Semuanya terlalu indah untuk digambarkan dengan tulisan. Yang bermula pasti akan berakhir, yang datang pasti pergi.
Kini aku akan memulakan kehidupan seperti biasa setelah bercuti, kena kerja, kena sekolah untuk bebudak. Segala kenangan semasa aidilfitri yang lepas masih terngiang-ngiang dan akan terus tersimpan di kotak kenangan...

***Kepada yang sudi singgah ke sini walaupun ketiadaan tuan rumah, aku akan membalas kunjungan korang semua, terima kasih bebanyak....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails