Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 17 Disember 2010

"Ikan Di Lombong Memanggil-Manggil"

Abah memang dah tahu yang kami nak pergi memancing hari tu, tapi dia ingatkan ke tempat biasa ( sungai kat rumah Mael Pisha ). Ini adalah kerana, aku dah suruh adik carik cacing sebelum aku balik ke kampung dan malam sebelumnya aku dah pun menyediakan segala kelengkapan. " Nak mancing apa Li, hujan lebat semalam, air naik " kata abah memprovok.

Pagi tu selepas subuh, kami semua ( adik, Ijal dan anak-anak saudara ) tak tidur balik. Kami bersiap-siap nak pergi cari makanan. Masa tu la Kak Long dan Kak Ros telefon abah. Abah bagitahu diorang yang aku tak tidor malam la sebab bersemangat nak pergi memancing. Aku diam je..( setahu aku malam tadi tidor lena sampai susah abah nak gerak sembahyang susuh kat masjid )..

Lepas breakfast dan beli makanan untuk orang kat rumah kat Pengkalan Bharu, kami terus ke Pantai Remis untuk membeli perut ayam ( buat umpan ). Bila sampai rumah, siap-siap barang, pastu tunggu Naufal , Nabil dan Ijal breakfast ( diorang tak ikut tadi ) terus naik kereta pergi tempat memancing. Masa lalu depan rumah Mael Pisya, abah marah.


" La hampa nak mancing kat mana??.."


aku jawab, " Kat lombong.. "


" Mana ada ikan kat sana..!!!" abah meninggikan suara..( sebab sebelum tu Ijal, Adik dan anak-anak saudara ada pergi memancing kat lombong, dapat lima ekor, kecik-kecik )


" Tak pa la, kita try la. Mana tau..." aku membalas...


" Kalau tau hampa nak pi lombong, malaih aku nak pi..!!" kata abah marah, terus bukak topi dia...


Aku tahu dia marah, tapi nak buat macam mana. sebelum tu aku ada berbincang ngan adik..


"Kita pi lombong la, abang Li. Best sikit. Tak best la asyik dapat ikan yang sama je..." Kata Adik.


" Bukan apa adik, kalu kat sungai tu, memang dah tau dapat ikan ngek-ngek. Kalu kat lombong tu ada ka.? Nanti kalu tak dapat ikan, bising pulak abah tu.." kata aku...


Akhirnya aku mengalah, bukan apa, nak juga merasa mancing kat tempat baru dan merasa dapat ikan selain dari ikan ngek-ngek....


Abah terus marah-marah...Betul-betul punya marah. Takut jugak aku, mana tahu nanti dia tak dapat ikan, terus ajak balik..Tapi masa nak mula-mula nak naik kereta tadi ( masa tu abah belum naik lagi ) aku sembang dengan Safwan dan Angah..


" Safwan, Ngah, meh kita doa kat Tuhan bagi Tok Wan dapat banyak ikan, tak la dia marah nak balik. Kita tak dapat ikan pun takpa.." sambil doa aku di aminkan oleh diorang.


Bila sampai je kat lombong, aku terus siapkan pancing yang aku baru beli untuk dia, siap letak umpan cacing sekali...Abah terus ambik pancing tu dan mula memancing dengan marah-marah...Tup-tup terus dapat ikan talapia..kecik. Abah ambik ikan tu terus buang balik dalam lombong..


" Aku kata ikan kecik-kecik. Nak buat hapa..." abah marah lagi..


Lepas tu abah dapat lagi ikan. Bak kata orang, letak je dapat, letak je dapat, walaupun tak berapa besar. Yang besar dia dapat ada la lima, enam ekor.


Kami pun ada dapat jugak ikan, yang kecik, yang besar, tapi memang abah la yang dapat paling banyak sekali...


Sampai masa nak balik, orang lain dah simpan-simpan, Abah masih nak memancing dan dapat ikan.


" Dah pukul berapa dah ni, nanti nak pi kenduri pulak.." kata Abah, tapi terus memancing..


Memang puas hati la kali ni, walau pun banyak ikan kecik-kecik. Cuma yang tak puas hatinya aku tak puas memancing sebab kena tolong orang lain bubuh mata kail la, tali putus la, ladung hilang la, sampaikan masa memancing tu rasa sekejap sangat..!!!


Tapi ok la, semua orang bersemangat sampai ada yang digigit lintah pun tak sedar..


Safwan yang memeriksa kaki dia yang kena gigit lintah ( menjerit-jerit dia kena gigit )


Sempat ambil gambar masa nak balik je.....



Ni abah masa tengah pancing..Naufal dan Nabil tolong kutip ikan yang abah dapat, letak dalam plastik..


Adik, pergi agak jauh untuk mendapatkan hasil yang besar..!!



Abah dan along...



Berjalan pulang.. akhirnya..




Abah yang memula marah, akhirnya akur....
yang tempat ni Best..!!!
*** Dulu kalau telefon Abah, dia akan kata, " Bila nak balik memancing? ikan kat sungai tu memanggil-manggil hang.."

Tapi sekarang dia kata lain pulak " Bila nak memancing.? Ikan kat lombong memanggil-manggil "...

9 ulasan:

Amir faiez berkata...

hui jgn men...along kua tgn pon mrah tu...abah dok slalu ckap kt sapuan nk ajak p mncg...xsabaq sgt dah tu...tp kesian kt k.inda nk siang ikan tilapia aritu...yg kcik2 banyak ngat...pasni kte amek yg besaq2 ja...yg kcik2 lpas blek la...

Fadzli Amir berkata...

Klau nak ambik yang kecik2 tu buleh, tapi kena kerahkan tenaga la, semua tolong bersiang, kamu, safwan dan semua bebudak lain...jangan nak best masa memancing dan makan je, buat macam masa sembelih ayam...tak gitu adik...kalau diorang geli, tak ke mananya geli tu. Orang kampung tak kisah semua tu...heehehe...Bukan ape, ikan kat lombong tu punya la banyak, kalu ambik yang kecik pon tak abis rasanya...Apa pun, mancen jangan tak mancen..!!!

imah berkata...

betul2..hampa pun kna la tolong siang ikan gak..rsanya siang ikn lg lma dr pncing ikan..hehehe
pasni imah pun nk join pncing gak la..teringin..teringin nk menunjukkan skill..hehehe

Fadzli Amir berkata...

Nak tunjuk skill tu bleh imah, yang afdalnya, kalu kamu leh bubuh umpan sendri, kalu mata kail sangkut leh settle sendri, ladung hilang leh ikat sendiri.....itu la yang lebih afdal lagi...wallahu aklam bissawabbbb....

fazlinda berkata...

kesian kt anak2 ikan tu, baru nk kenal donia dh kena pancing.... tapi goreng pon sodap........

ummi aina berkata...

salam.Selama hari ni tak prnh pn bg komen,dok baca komen org je...kdg2 sedih,sayu..tak kurang jgk yg best,suka..bl baca gelak srg2.Tp akak respect la kt kamu li sb berusaha ujudkn blog anak hj amir ni. sebenarnya family kita ni mmg best sgt bak kata org "best in the world"...

Fadzli Amir berkata...

Akhirnya...!!! penantian yang selama ini dinanti2kan....heheheh....Akhirnya setelah sekian kalinya, Kak Ros berjaya jugak memberikan komen yang amat bernas...!!!...Bukannya apa, untuk menandakan sokongan kepada blog ni, cuma perlu komen je pada setiap entry, tu dah lebih dari cukup dah...apapun terima kasihhh....Komen jangan tak komen...

Unknown berkata...

assalamualaikum tuan saya pun org pantai remis jugak kt mane tmpt ni? besar jugak tempat die

Unknown berkata...

asslamualaikum saya pun org pantai remis jugak kt mane lombong ni ye?

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails