Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 9 September 2010

HARI RAYA..

Hari ni hari terakhir aku bekerja sebelum cuti hari raya... Rasa teramat malas yang melanda sejak dari hari isnin lepas makin menjadi-jadi. Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat, terlihat di tepi jalan orang sibuk membeli-belah untuk persiapan hari raya. Yang paling ketara sekali ialah gerai menjual daging lembu, yang mana kelihatan orang yang berbaris panjang menunggu giliran membeli daging, amat aneh sekali!..Begitu juga dengan gerai menjual santan yang dikerumuni oleh ramai orang, dah semestinya resepi lontong atau rendang yang menjadi pilihan untuk menjadi hidangan.

Di kampung pun semua orang tengah bersiap-siap untuk menyediakan juadah untuk berbuka dan pagi raya. Menurut Daud yang mengangkat telefon kat rumah abah, empat ekor ayam telah disembelih. Manakala Kak Ros dan Kak Long sedang menyediakan awaih-awaih untuk memasak kari. Mungkin riuh rendah suasana kampung dibuatnya, yalah dengan suara anak cucu, itu belum lagi hiruk pikuk bunyi ayam itik...Alangkah meriahnya..!!!

Aku di sini masih lagi mengadap komputer meneruskan kerja yang belum dan tak pernah selesai...nama pun kerja. Terbayang suasana kampung, meriahnya bila beramai-ramai berkejaran menunjukkan 'skill' menangkap ayam, ada pula yang curi tulang semasa mencabut bulu ayam. Menyanyikan lagu hari raya sambil bekerja..Walaupun letih berpuasa, semuanya bersungguh-sungguh dalam menyiapkan persiapan menyambut hari kemenangan, 1 syawal.

Pada petangnya pula, pergi ke bazar ramadhan Pantai Remis, mencari kuih-muih dan yang penting sekali laksa mi yang tak dapat dijumpai semasa bukan bulan puasa. Tapi Ijal tak menyukainya sebab peristiwa silam yang menghantui benak fikirannya membuatkan dia loya tekak bila disebut laksa mi...

Malam ni InsyaAllah, selepas Isyak,aku akan memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman. Doakan mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan kami dan selamat sampai ke kampung, tanpa ada meninggalkan apa-apa barang pun seperti kuih raya, baju raya dan sebagainya..Harap-harap dapatlah bertakbir bersama-sama ahli keluarga di masjid malam ni...

Pada semua pengunjung Blog Anak Haji Amir, diucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga dengan kedatangan syawal ini diberkati Allah akan apa jua yang kita lakukan dan Allah menerima semua amal ibadat kita di bulan ramadhan yang lepas...

1 ulasan:

p.i.n.n.y berkata...

selamat hari raya..dah raya kelima baru la pini berkesempatan nak baca blog ni..sekejap je masa berlalu..dah abis dah raya..jumpa lagi raya tahun depan..insyaallah...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails