Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 22 April 2010

Hari Keluarga Tadika Al-azhar

10 April 2010,( dah lepas lama dah) tadika Naufal ada buat family day merangkap hari sukan yang mana telah berlangsung di dalam Dewan Majlis Perbandaran di Balik Pulau.
Naufal bersemangat ynag mana boleh dikatakan semua acara dia masuk( cikgu pilih dia sebab dia cerdik sikit ), tu pun sebab dia melilau ke rumah sukan yang lain, kalu tidak semua acara dia masuk.
Memandangkan semua acara berkumpulan, dia tak dapat hadiah secara individu, hanya hadiah berkumpulan.
Di akhir acara, rumah merah ( kumpulan Naufal ) di nobatkan sebagai juara keseluruhan....
Video Naufal bermain kasut terompah...

Tunggu giliran...Ni sebenarnya masa mula-mula sampai, dia baik lagi, lepas tu ntah pegi mana...
Melilau ntah ke mana bersama Nabil..

Nabil memang macam tu, kalu orang nak tangkap gambar dia, dia buat lari-lari...
Uqaiel yang tak berapa sihat, tertidur....
Ni masa pengumuman di akhir acara...
Masa makan pagi....Roti ngan air kotak....
Dengan best friend....

Ambik gambar sendiri...


Acara yang di tulis kat Tag Nama dia, tapi lebih dari tu dia masuk...


Ni masa nak mula acara pakai kasut gergasi ( video dia Nabil terdeleted...)


Ni masa dinobatkan sebagai juara, nak ambil hadiah...

Tunggu giliran nak ambil hadiah....


Yeaa...Naufal dapat hadiah....( sebiji epal dan setapawe coklat )
*** Kami suami isteri ada masuk acara lari ketam( membelakangkan pasangan, pinggang diikat dan lari mengiring. Tapi malangnya kami dapat no last sebab Wan jatuh. Sepatutnya kami tak masuk acara ni sebab berbeza ketinggian, jadi kaki pon tak sama panjang, bila sorang lari dengan langkah panjang sorang lagi langkah pendek, tu yang jatuh tu...Sorry my wife......

3 ulasan:

p.i.n.n.y berkata...

baca dr atas hepi je tgk naufal ngan nabil...tp bila part ending tu...emosi berubah..sian abeli ngan kak wan..huhu..xpelah taun depan cuba lg...hehe

Fadzli Amir berkata...

Tu la, masa diorang mintak suruh masuk acara tu dia cakap acara memancing tuk perempuan, tu yang Kak Wan setuju tu, tapi terus tukar acara leri ketam...

Amir faiez berkata...

la...klu memancng xpa gak...da d xprience...lari ketam???pelik!!next year try again...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails