Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 16 Mac 2010

Memancing Di Sungai Kampung Padang Serai

14 Mac 2010 yang lalu, berlangsungnya satu aktiviti yang agak memberangsangkan, memancing di sungai belakang rumah Pak Can. Kami semua balik ke kampung kerana jemputan kenduri di rumah Mak Lang Rosnah ( mak mentua Kak Ros ) manakala ada yang balik sebab cuti sekolah sekarang ni. Diantara yang balik dan menjayakan aktiviti kali ni ialah Kak Long dan keluarga, abang Ngah dan keluarga( kak Lili tak ikut ), Kak Linda dan keluarga, Pinny, adik, Abah dan aku sekeluarga.

Pada malamnya aku dan adik berhempas-pulas menyediakan perambut dan joran ( terima kasih juga buat Dalilah dan pinny( buat air kopi )-sampai tidur pukol 2 lebih la....
Pada pagi esoknya ( cadangnya nak pergi lepas suboh, tapi kak Lili suruh makan breakfast dulu ) lebih kurang pukul lapan lebih kami semua pergi ke sungai belakang rumah Pak Can ( dekat jambatan UIE ). Semua berminat untuk ikut tengok saja pada mulanya, tapi semua boleh dikatakan memancing.
Walaupun hasil tangkapan tak berapa banyak dan tak berapa besar, ( serta empunya blog tak mendapat apa-apa habuan ) tapi amat berpuas hati sebab semua sporting untuk menjayakan aktiviti kali ni, sampai Kak Linda, Abang Yus, Abang Long dan Kak Long pun turut serta!!

Sampai pukul sebelas lebih kami pun balik.... Dengan tangkapan sebanyak 9 ekor..
Berikut adalah carta tangkapan ikan kali ini...

Abah - 1 ekor
Adik - 3 ekor
Kak Linda - 1 ekor ( dapat gak, jeles tol )
Safwan - 4 ekor ( ni yang tak puas hati ni dah la orang yang tolong bubuh umpan, lepas tu umpan yang dia bubuh sendiri pun alahai, cemetot je, macamana buleh dapat )

Abah, bersemangat dan yang mula-mula dapat ikan..

Pakai spek hitam lagi tu....

Abah, pelbagai gaya, tempat memancing...

Mula-mula sampai, malu-malu lagi, duduk-duduk dulu.....

Pegang-pegang ikan yang ditangkap...
Nun dikejauhan, family sapa tu????
Macam best je.....Nanti kita zoom...

Tu dia, Kak Long dan family... Best..!!
Tasneem dan Dalilah....Errr pandai ker tu??
Kak Linda dan family...Bersemangat...

Tersenyum...walaupun belum dapat ikan..dan kat sini jugak le Kak Linda dapat ikan( gambar tak de terdelete )

Adik dan Pinny...( pinny tu bukan pancing pon, berlakon je )
Ni yang tak puas hati, sempat lagi bergambar dan dapat ikan....Adik..
Pinny...Kata nak memancing??Adik....

Ni bukan memancing, ni bergambar namanya....

abah lagi...
Bergambar lagi...


Safwan dapat ikan....

Irfan, menangis nak balik....
Ikan yang dipancing....
Safwan, tak puas ati lagi.....
Naufal, anak abah, tunggu hingga ke akhir, sampai demam..
Masih sabar menanti......
Yang dinanti tak kunjung tiba....


Best aktiviti kali ni...next time buat lagi.....

Nabil pun merasa jugak memancing....
*** walau apapun terima kasih pada semua yang sudi bersama-sama menjayakan aktiviti kali ini.... Semoga acara yang akan datang mendapat sambutan dari semua...( lagi satu pasal joran tu , takpa aih hampa guna, nanti next trip pun Li akan sediakan semua alatan, yang penting semua join dan semua enjoi...!!)
*** Lagi satu nak bagitau kat Daud, yang pancing dia kami tak pakai sebab perambut dah habis. Bukan pe nanti dia kata pancing dia je pancing bertuah plak ( macam kat teluk senangin, sebab pancing dia yang Ijal pakai je dapat ikan )- semua pancing Abeli....hehehehe......

13 ulasan:

p.i.n.n.y berkata...

memang bestt...semua org sporting dan enjoy..pini malas nk tunjuk skill..nk simpan untuk bulan 6 nnt..hehe

fazlinda berkata...

mmg betul. akak setuju ngan pini and lee, aktiviti ni best sgt. insyaallah kita rancang betul2, nnti bulan 6 kita boleh buat sekali lagi. kak ros kata dia pun dh start training memancing.

ape2 pun, tahniah dan tima kasih bebyk untuk lee (tuan empunya blog ni) sbb bersusah payah untuk memastikan aktiviti kali ni berjln lancar. next time mesti dpt ikan.... besar punya.....

Fadzli Amir berkata...

InsyaAllah.... mudah-mudahan doa kak linda ( untuk li dapat ikan besar ) dimakbulkan...Tak la asyik berputih mata tengok orang lain dapat ikan....

p.i.n.n.y berkata...

k ros pun dh start training..??unbelievable!!

Fadzli Amir berkata...

Unbelievable???.....Believe it...Ni kira buleh masuk Ripley's believe it or not la....

tasneemghaffa berkata...

kuikuikui
dissapointed abes je paknjang.ilex la.nnt uat agy xtvt cmnyh.best! tp,best agy tido kot (??) ahaha ^^

Amir faiez berkata...

oh yeah...tp kan nape adik rase adik dpat lbey ikan dr sapuan....ni da kire sabotaj ni...nk report kt abah....nk report gak...

Amir faiez berkata...

adk rase kite kene bt mcm dlam cd pancing aritu la...letak je trus dapat....bru feel...

p.i.n.n.y berkata...

ek eleh..boring tol tasneem..tdo je keje...

nnt kita cari la tempat yg byk ikan skt..bak kata k linda..belum letak pancing dh dpt ikan..baru feel nak memancing..

faizal berkata...

klau brani jom mncing kat laut la.. tgk sapa dpt bwk naik ikan gelama...

tasneemghaffa berkata...

ehehe.tido itu best makude.ta caye,cube la ^^

jap,ade ke belum letak pancing da dpt ikan? err..cm ta logik la pulok ahaha.idea kensel! ^^

imah berkata...

knp IMAH xde dlm GMBR ni???????
oooooo sbb IMAH xblk......sbb ape IMAH xblk?????oooooo sbb IMAH x cuti......sbb ape IMAH xcuti????
ni suma salah UiTm sbb xwat cuti bln 3.....WAAAAAAAAAAAAA.....imah nk jgk memancingggg.....smp ati hampa suma x ingt kt IMAH.....sob..sob..sob....

Fadzli Amir berkata...

Ijal-Eleh, tu pon sebab pancing bertuah daud( ni Daud yang kata la)

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails