Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 11 September 2009

Salam Aidilfitri

Hanya tinggal lebih kurang satu minggu lagi kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan dan bakal menyambut kedatangan Syawal iaitu bulan kemenangan bagi orang-orang yang mengerjakan ibadah puasa dan lain-lain ibadah dengan tekun di bulan Ramadhan.



Tak terlalu awal rasanya kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua yang sudi melawat blog 'Anak Haji Amir' ini, terutamanya semua ahli keluarga yang tercinta yang berada di seluruh pelusuk Malaysia maupun diluar negara.



Buat Ayahanda yang tercinta, Haji Amir, ampunkan segala dosa dan keterlanjuran, semoga sabar menanti kedatangan kami sekeluarga, InsyaAllah pada hari raya yang kedua...

Pada seluruh kaum keluarga, Maaf zahir dan batin, ampunkan segala kesalahan. Maaflah sekiranya tak dapat kad raya pada tahun ini. Di harap blog ni dapat menjadi pengganti diri.


***Ada satu pengumuman !!!!...Seperti tahun sudah, K.Ros ada cadangkan untuk mengumpul sedikit sumbangan dari semua ahli keluarga, yang mana duit tu lah yang akan digunakan sebagai segala perbelanjaan persiapan Hari Raya ( tak lah nanti siapa yang pergi Pantai Remis saja yang mengeluarkan belanja )Manakala sekiranya ada baki, duit tu akan diserahkan semula pada abah, mungkin tuk membayar segala bil air dan elektrik.

Cadangan telah dibuat iaitu RM 100.00 bagi yang dah berkeluarga, manakala RM50.00 untuk yang bujang.
Antara yang telah dihubungi dan memberi persetujuan ialah Ijal, Pinny dan yang empunya Blog. Cadangan masih terbuka untuk apa-apa pindaan...Sekian Harap maklum....

9 ulasan:

imah berkata...

wah...cantiknya kad rya ni...imah kire setuju la...amboi kpni sponser smpai 300...byk sungguh diut dia...bersinaq-sinaq mata imah...hehehe..kt cni imah pun nk mintak maaf gak kl ada tersalah, tersilap,termarah dan termerajuk..sesungguhnya itu semua diluar kesedaran dan kewarasan imah..SELAMAT HARI RAYA...jumpa rya nti..

p.i.n.n.y berkata...

bknnya byk duit imah ooii...ari2 kpini dh ter'transfer' 2x duit kt abah..

buat semua...
'SALAM AIDILFITRI..'pini pn nk mtk ampun dan maaf atas segala kesalahan yg pini dh buat..semoga hari raya ni mengeratkan lagi hubungan kita sekeluarga...

Fadzli Amir berkata...

Pinny...Abg.Li dah deleted dah...mintak maap atas segala keterlanjuran...Segala kesulitan amatlah dikesali....

p.i.n.n.y berkata...

akhir2 ni senyap je blog ni..mana pg semua orang??dok busy jahit manik ngan buat koi raya kot...

Fadzli Amir berkata...

Ye lah, takde pon org bagi komen2. Mungkin jugak la diorg tengah jahit manik2 kat baju raya tu. Ni semua imah ler punye influen ni....

imah berkata...

hahaha...apa plak imah yg salah...imah x bersalah pun dlm hal ni..depa sibok beribadah kot untk mendptkn 'KEBERKATAN RAMADHAN'(pk positive)..hehehe..imah punya manik pun belum siap lagi..blk kg bru nk buat...adoiii...cm x sempat je nk buat...habis la imah..xleh la nk glamor..

p.i.n.n.y berkata...

imah,xde maknanya kalau glamer2 tp dok kt dapur je raya nnt bancuh air..kuikuikui

malinee berkata...

tak pernah tak cantik pun lukisan utk kad ari Raya, tak kira lukisan pepe pun, berebut geng duk minta suruh lukis sama, so sowryyyy.. limited person jer kan abg... hehehhee... luv it that statement

Amir daud berkata...

salam...maaf lama xjenguk blog fmly..bz skit,daud stuju,xkira papun,daud stuju..wlaupun daud x jenguk blog ni,daod soh org len tlong jengukkn..daud mtk maaf byk2 jkalau da tsalah tsilap,yg buat hampa marah kt daud,mtak maaf drihjung rmbot hgga hjung kuku..jmpa hampa semua kt kg...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails