Member Kamcing Anak Haji Amir

Sabtu, 16 Februari 2013

Hari Keluarga Haji Amir- Malam bersantai dan berkaraoke

Malam pertama kami sampai di Amir Chalet, selepas minum petang dan makan malam yang disediakan oleh pihak chalet ( sedap masakannya-masih teringat-ingat lagi rasa kari ayam dia ). Malam ni kami hanya beraktiviti santai iaitu berkaraoke, sebab esok akan diadakan sukaneka jadi simpan tenaga.

Mula-mula memang semua eksaited nak nyanyi terutamanya bebudak dan para remaja. Siap senaraikan lagu-lagu yang diorang nak nyanyi, tapi bila bagi kat brader DJ tu, boleh dikatakan semua lagu baru takdak!!...What the hell!!...Sampaikan Naufal nak nyanyi lagu Maher Zain pun tak dak..!! Apatah lagi lagu-lagu baru yang lain yang bebudak mintak. Yang ada lagu rock 80an, dangdut, pop yeh-yeh...menyampah sungguh!!...

Pastu yang lebih membangangkan, tengah nyanyi-nyanyi feel, tetiba terputus lagu tu, terus hilang feel..

Lepas tu semua jadik macam tak bermaya je...Budak-budak semua tarik muka masam...Sorry la semua anak-anak sedara, ni semua diluar jangkaan Bapak sedara korang ni, sebab ingatkan sebagai DJ pro, dia sepatutnya ada semua lagu...Mungkin dia ingat yang nak nyanyi ni veteren-veteren kot. Memang aku tak puas hati, semua anak-anak sedara badmood setelah semua lagu baru yang dimintak takdak, siap Aina ( anak sedara ) kata "aina lahir tahun 92, aina tak tahu lagu-lagu yang sebelum tahun 92"...Kesian....Apapun terima kasih kepada Pak Cik Amir Chalet yang bersusah payah carik DJ karaoke tu. Aku tak salahkan dia tapi salahkan mamat DJ tu...Kalu tau yang dia tak ada lagu-lagu baru, kami mungkin akan usahakan bawak sendiri...


Oleh kerana lagu baru takdak, pihak penganjur terpaksa menyanyikan lagu 80an...

Yang lain menunggu dengan muka masam..

Ni masa mula-mula masuk dewan, masa ok lagi...

Kak Lili dengan Ehsan yang demam...

Lagi-lagi mamat ni je nyanyi....macamana lagu zaman dia je banyak...

Pinny sampai garu kepala la....punya frust...ada ka suruh depa nyanyi lagu dangdut...

Bebudak yang jadi penari latar setelah lagu yang nak dinyanyikan takdak..

Muka-muka yang boring...

Dia lagi...

Daud dan Adik yang jugak frust...

Muka-muka para remaja yang jugak frust..


Nak tak nak, Adik dan Daud menyanyikan lagu Gemuruh, Search & Wings...Apa adik, cendawan akrab??

Dia ni lagi...bukan apa, rugi pulak bayar mahal-mahal tapi orang lain tak nyanyi...

Kesian Aina dan Basyrah...lagu diorang kebanyakannya takdak...kalu ada pun suara penyanyi masih ada...

Angah nyanyi lagu Peter Pan rasanya...

semua mengerumuni si DJ masa dia tengah carik lagu....hampeh..

Naufal menyanyikan lagu InsyaAllah tapi kesian, suara Maher Zain masih ada, ni bukan karaoke ni miming...!


Daud, nyanyi lagu apa tah...

Muka-muka boring...

Muka anak beranak yang boring...

Berduet ngan Imah, lagu dangdut Iwan dan Amalina...aku pun tak tau nak nyanyi lagu ni...ntah hapa-hapa..

Aina dan Basyrah dan lagu Judika, tapi miming la, karaoke takdak...

Naufal, sebelum kena kejutan elektrik...sebab tangan dia berpeluh...heran sungguh..!!!

Adik dan Imah...lagu apa tak tau..


***Aku heran betul, DJ tu siap bagi tahu, kalau tangan basah jangan pegang Microphone. setau aku la, selalu kalau buat konsert mesti berpeluh dan basah tak pernah pulak dengar penyanyi kena karan...!!...Sampai Naufal kena karan la sebab tangan dia berpeluh...apa punya peralatan tak tau...

*** Pak cik Amir Chalet, next time jangan gunakan khidmat DJ ni lagi, mungkin boleh carik yang lain je...apa-apa pun terima kasih sebab arrange kat kami...

***Sorry semua anak-anak sedara, ni semua diluar jangkaan pihak penganjur...


Parody Anak Hj Amir

Tayangan video yang di tayangkan pada malam Hari Keluarga Haji Amir yang membuatkan semuanya gelak sampai tak sedar diri. Video yang berdurasi 6.11 minit ini di buat oleh Daud, Imah dan Faiez. Memang enjoy....!!

Khamis, 14 Februari 2013

Alhamdulilah, semuanya berjaya..!

Terasa cepat masa berlalu. Diam tak diam berlalu sudah 3 hari 2 malam, Hari Keluarga Haji Amir yang telah dirancang beberapa bulan lalu. Alhamdulillah....bersyukur sangat-sangat kerana aku ada ahli keluarga yang memang sporting yang bersama-sama menjayakan Hari keluarga bagi tahun 2013 ni.

Terasa amat berbaloi, segala perancangan, penat lelah dan wang yang dihabiskan untuk menjayakan aktiviti tersebut. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua ahli keluarga, Kak Long sekeluarga yang sanggup turun dari Kuantan, Kak Lili dan Kak Linda sekeluarga yang bersungguh-sungguh menjayakan Hari keluarga ni. Kak Ros dan Ijal sekeluarga yang menggagahkan diri untuk join walaupun terkekang. Pinny yang sanggup balik dari Serawak. Daud, Imah dan Faiez yang mempunyai idea-idea kreatif yang membuatkan kami tak kering gusi... Dan tak lupa jugak buat Abah tercinta yang memang sporting untuk turut serta...Dan tak lupa jugak kepada keluarga aku sendiri, Wife dan anak-anak. Aku bangga ada korang semua sebagai keluarga...    

Oleh itu diminta semua ahli keluarga ku yang sporting-morting untuk memilih gambar manakah yang paling best sekali diantara semua gambar tatkala kita menyaksikan tayangan video parodi oleh Daud, Imah dan Faiez...( ada gambar yang tak ada, seperti Angah )...






































***Korang semua memang The Best!!!!.....

Jumaat, 8 Februari 2013

Perancangan Hari Keluarga Haji Amir yang Ke-3 ( 2013 )

TENTATIF HARI KELUARGA Hj. AMIR 2013

9 February 2013 – 11 February 2013



SABTU (09/02/2013)

12.00 pm : Berkumpul di laman rumah dan memulakan perjalanan (sapa lambat

tinggal!!)

2.00 – 5 pm : Check-in Chalet

5.00 pm : Minum petang dan aktiviti bebas

6.00 - 9 pm : Persiapan + solat maghrib / isyak.

9.15 - 10 pm : Dinner

10.15 - 12 pm : Sesi berkaraoke dan tayangan video

12.15 am : Berehat / Tidur



AHAD (10/02/2013)

5.50 - 6.30 am : Bangun dan bersiap untuk sembahyang subuh berjemaah

8 - 9.30 am : Breakfast

9.30 - 12 pm : Sukaneka

12.30 - 3 pm : Lunch + solat + rehat

5 - 7.00 pm : Aktiviti berkayak / memancing

7 - 9.30 pm : Persiapan + solat maghrib / isyak berjemaah + dinner

9.30 - 12 am : Persembahan keluarga / game show ( tertakluk pada keadaan ) + sesi penyampaian

hadiah

12 - 3.00 am : Aktiviti memancing (optional)



ISNIN (11/02/2013)

5.50 - 6.30 am : Bangun dan bersiap untuk sembahyang subuh berjemaah.

8 - 9.30 am : Breakfast

9.30 - 12 pm : Sesi bergambar + aktiviti bebas

12 - 2.00 pm : Check-out

*** Disediakan oleh adik Faiez...Semuanya bergantung kepada mesyuarat akhir di Chalet Amir
dan mungkin ada sedikit perubahan..

*** Sesiapa yang ternampak orang jual umpun-umpun untuk dibuat umpan memancing, silalah beli dulu dan claim kemudian...( atau nak beli udang dan sotong pasar pun boleh )

***Moga Allah permudahkan semua perancangan kita...Amiinnn...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails