Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 15 Disember 2010

Anak-anak dan Alam Sekitar

Perihal anak-anak yang sangat suka dan teruja bila ada aktiviti yang berkaitan alam sekitar ( hahaha...bukan apa pun, pi lepak je kat mana-mana, tepi pantai ke taman permainan ke )


Taman Permainan Bukit Dumbar

Uqaiel dihinggapi rama-rama..

Naufal dia paling minat...

Nabil yang agak takut dengan rama-rama..

Taman Permainan Sungai Nibong Kecil
Uqaiel memang tak boleh jumpa kucing, mesti nak pegang...

Pantai Batu Feringghi
Semua macam tak sabar-sabar nak main air laut, sampai basah seluar ( tak bawak seluar mandi )


Pantai Jerejak ( Berdekatan Queens Bay Mall )

Nabil..


Naufal..

Jumaat, 10 Disember 2010

Pengunjung Taman Tasik Taiping yang Bodoh Sombong

Ahad lepas bersamaan 5 Disember 2010, kami sekeluarga pergi melawat ( melawat tu )Taman Tasik Taiping ( setelah pergi kenduri di rumah arwah Pak Su dan menziarahi Abang Nan ).Pada mulanya kami bercadang cadang untuk bergambar beramai-ramai berlatarbelakangkan keindahan tasik. Tapi , disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, hanya singgah sebentar sahaja kerana hari telah beransur senja.

Cerita dia macam ni, semasa menyusur jalan( di Jalan Taman Tasik ) mencari tempat letak kereta, ( Ijal dah pun park )aku yang mendahului yang lain hingga ke hujung jalan membuat pusingan -U di satu 'roundabout' kecil ( di hadapan Hotel Flamington ) lalu memasuki semula Jalan taman Tasik. Kak Linda dan Kak Ros mengekor di belakang. Jalan tu dua lorong, tapi kedua-dua lorong tu kenderaan dari arah zoo guna, jadi bila aku patah balik dan memasuki semula jalan tu, semua kereta yang menggunakan lorong tu untuk memotong seakan marah, diorang hon, memasang lampu tinggi dan yang paling geram sekali diorang merenung dengan renungan macam nak makan. Tapi seingat aku la, masa mula-mula buat u-turn tu memang ada 'arrow' yang menandakan jalan tu boleh dimasuki ( bukan one way )...Oleh kerana semua kereta seakan marah dan diorang menggerakkan bibir mengatakan sesuatu yang aku tak dengar ( mungkin memaki hamun agaknya, berdasarkan riak muka yang garang bak samseng ) Aku tahu la diorang anggap yang jalan tu sehala ( one way ), sampai isteri aku pun cakap " abang , ni jalan one way kot, tu yang diorang marah"...aku yang keliru terus parking kat tepi. ( takut gak kalu tersalah masuk jalan sehala)

Lepas menunggu agak lama, baru aku dan Ijal buat satu pusingan jauh sekali lagi ...Bila dah sampai hari pun dah nak gelap, cuma dapat tangkap beberapa keping gambar saja, lepas tu kami pun balik...

Untuk lebih kepastian, aku dah menghubungi Majlis Perbandaran Taiping. Dapat bercakap dengan encik Kamarulzaman, Jurutera di bahagian teknikal ( yang menyelia tentang hal ehwal trafik ). Menurut beliau, Jalan Taman Tasik tu dua hala dan memang dulu ianya satu hala tapi empat bulan yang lalu.

Jadi kesimpulannya, jalan tu memang dua hala, bukan satu hala macam yang dianggap oleh penduduk Kemunting atau Taiping yang memang bodoh dan sombong itu .!! Semua yang hon, tinggikan lampu dan merenung macam nak makan aku tu aku anggap memang penduduk Taiping dan Kemunting yang BODOH SOMBONG..!!!! Tak mungkin diorang tu orang luar macam aku sebab kami tak tahu pun jalan tu sehala atau dua hala.! Nasib baik aku drive masa tu, ( tak boleh nak tangkap gambar ) kalau tak dah tentu korang semua dapat tengok gambar muka orang-orang yang BODOH tu..Macam bagus,lain kali kalu nak marah pun, buat la research dulu, jangan ingat dah pandai tapi BODOH..!!!

Jalan Taman Tasik yang memang dua hala, di hujung jalan kelihatan Hotel Flamington ( kat situ la ada roundabout yang aku buat u-turn )

Hotel Flamington daripada seberang tasik..

Kami yang hanya sempat bergambar dalam keadaan cuaca dah mula gelap ( tanpa berlatar belakangkan Tasik )



***Harap maaf kiranya entry ni agak kasar bunyinya, tapi percayalah ini adalah kerana kesakitan hati yang melampau, kerana di perlakukan sedemikian oleh orang-orang Kemunting/ Taiping yang langsung tak mesra alam..!!!


Isnin, 6 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah

Mencari Keberkatan Masa

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru.

Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.

Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.

Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.

Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang.

Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu. Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan.

Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati.

Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan.

Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka.

Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun manusia menghinanya. Insan yang keji tetap keji, walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta. Seorang raja atau sultan yang meraikan harijadi setiap kali menjelang musimnya dengan menganugerahkan darjat dan pangkat kepada orang lain, belum tentu dia sendiri mendapat darjat dan pangkat yang tinggi di sisi Allah.

Mungkin belanja hari jadinya itu akan menjadi beban kepadanya pada hari akhirat kelak; dari mana wang itu datang dan bagaimana ia digunakan?! Seorang miskin di ceruk yang terpencil, mungkin tiada siapa yang mengambil tahu hari lahirnya dan tiada pula anugerah atau hadiah yang diperolehi.

Namun, itu bukan tanda kehinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.

Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)

“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).

Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasulNya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.

Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka kehairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini.

Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman : (maksudnya)

“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96).

Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya)

“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29).

Kata Nabi Isa: (maksudnya)

“Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31).

Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab? Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam).

Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.

Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.

Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.

Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Telah saya kongsi ia dengan pembaca dulu. Doa ini sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, saya lafazkannya. Saya kira saudara pembaca juga demikian. Menjelang tahu baru, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.

***Artikal nukilan Dr. Asri Zainal Abidin ( Mantan Mufti Negeri Perlis ) ini dipetik dari http://drmaza.com/


*** Jangan lupa petang ni baca doa akhir tahun ( lepas asar ) dan doa awal tahun ( lepas maghrib )

Selasa, 16 November 2010

Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh,


Kepada sekelian kaum muslimin, khususnya kepada anak cucu Haji Amir dan para pengujung blog anakhajiamir, aku mengucapkanselamat menyambut hariraya Adha kali ini.


Semoga kita menghayati pengorbanan para anbiya, para auliya dan semua perjuang agama Allah ini di sepanjang zaman.



Allahu Akbar, Allahu Akbar, walilahi al-Hamd

*** Berhari Raya dari perantauan....

Isnin, 15 November 2010

Hari penyampaian Hadiah Tadika Irfan

13 hb November, aku diminta oleh Kak Lili untuk menghantar Irfan ke USM, bagi majlis penyampaian hadiah-Dalam hati, budak-budak tadika sekarang ni 'advance' sungguh, majlis penyampaian hadiah pun buat kat dewan yang besar-besar. Dulu mana ada, sedangkan aku sendiri pun tak pernah masuk sekolah tadika....



Macam biasa, terlambat lagi. Majlis di atas kertas bermula pada pukul lapan, tapi pukul lapan aku baru sampai rumah Kak Lili, tu pun setelah memandu kereta ala-ala filem transporter, nasib baik pagi lagi kereta tak banyak dan Encik polis pun belum keluar buat rondaan...Setelah mengambil Adik ( yang ada kat rumah Kak Lili )dan Safwan, terus bergegas ke rumah Kak Zah.



Kak Zah pengasuh Irfan dah marah-marah, kata Safwan. Katanya, Irfan dah siap lama dah, mana Pak Njang tak datang lagi. Irfan segak berbaju batik, berkopiah sulam, berseluar slack dan berkasut raya. Bila ditanya, dia pun tak tahu nak pergi ke mana.



Setelah sampai ke Dewan D, USM, kami pun masuk ke dewan yang memang dah penuh orang. Yang paling menyampah ialah kami terpaksa tunggu sehingga pukul sepuluh pagi baru upacara dimulakan, dengan alasan, kesilapan teknikal. Kalau tahu awal-awal lagi kami dah pergi makan dulu kerana perut belum lagi diisi dengan apa-apa makanan pepejal sejak dari bangun tidur, yang sempat hanyalah seteguk air paip buat melapik perut itupun secara tak sengaja semasa memberus gigi pagi tadi. Setelah menunggu acara yang dimasuki oleh Irfan, kami mengambil keputusan untuk keluar bersarapan pagi setelah bunyi perut kami lebih kuat dari nyanyian nasyid budak-budak tadika. Dengan meninggalkan Irfan yang mana kami jangka akan dijaga oleh guru-guru dan semua hadirin yang hadir kerana dia agak comel. Kami bersarapan di restoran Khalil di luar kawasan USM, dengan Adik makan Kue Tiaw goreng mamak kosong ( kerana kelihatan agak kosong tanpa awaih-awaih ), aku makan Murtabak mee segera yang ntah rasa apa-apa, manakala Safwan makan Roti telor bawang 2 keping ( kerana lapar yang teramat seperti tidak menjamah makanan selama 18 bulan ).

Dibawah disertakan beberapa gambar dan video...






Irfan yang amat nergaya...


Bersama Adik dan Safwan...

Safwan yang boring sorang, menghabiskan masa menangkap gambar kasut..


Sebab 2 orang bapak saudara dia sedang mencari ilham....

Oleh kerana kesejukan penghawa dingin yang melampau...

Nak tidoq pon, cover la sikit...ni cover banyak, sampai nak menutup mulut...

Setelah selesai, bergambar bersama Irfan yang memenangi hadiah kedatangan...


Petang tu jugak kami balik ke kampung ( untuk menghantar Adik, Safwan, Irfan dan Ihsan ).
Pada keesokan harinya, seperti biasa pagi kami memancing, dapat la 11 ekor..selepas balik rumah terus mula memasak untuk makan tengahari...diantara menunya ialah....

Sup tulang "Perghhhh", yang kekurangan garam..


Ikan Ngek-ngek goreng ( yang baru dipancing )


Sayur peria bersos tiram ala-ala perasa udang dan sotong berkunyit...


Sambal kicap bercili hijau tak cukup masak ( oleh adik )

Ni pulak masa nak mula makan, Daud call....



Video, Irfan bernasyid....

Ni pulak penyampaian hadiah kepada Irfan...

Jumaat, 12 November 2010

Pergi Memancing

Peristiwa ni berlaku dah lama dah, cuma sekarang je baru dapat siapkan kartun dia...selepas ni lah minat untuk memancing datang semula...




**Moral of the story,
1) Jangan menipu dan jangan memaksa orang lain menipu
2) Kalau nak menipu jugak, agak-agak la, jangan la sampai tak logik...

Khamis, 11 November 2010

Tahniah Ayu..

Hari ni keputusan UPSR diumumkan. Cucu Haji amir yang berdebar-debar menunggu keputusan adalah Dalilah. Di umumkan disini Dalilah mendapat telah 5A...Ya 5A....dia telah mengulangi sejarah Kak Linda, mendapat 5A dalam penilaian darjah lima, duapuluh lima tahun yang lalu ( kalau tak silap la )


Dalilah menggeletar kengerian semasa hendak pergi mengambil result UPSR



Tahniah diucapkan kepada Dalilah, semoga dia berjaya dimasa akan datang dan mengulangi kejayaan Ummi dia ( Kak Long )...TAHNIAH sekali lagi...!!!!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails