Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 17 Februari 2010

Teluk Senangin...2

Kak Lili tersengeh sambil memangku Ehsan..

Tu dia Mak Datin...Kak Ros dukung Uqaiel bersama Kak Linda..

Abah bersama cucu-cucunya, bermandi manda...

Adik dan penulis Blog...berhempas-pulas memujuk ikan...

" Macam ni la cara-cara letak umpan.." kata CIKGU FAizal kepada anak saudaranya...

Abah bukan main lagi....
Adik nak masuk dalam air...


Ijal....memancing sambil mendendangkan lagu menatap matamu nyanyian Ariel yang merupakan lagu kegemarannya serta anak-anak muridnya.....


Ni kenapa lak ni...????

Adik dah masuk dah, berlatar belakangkan pemandangan indah..


Ijal dan Adik...



Abah, Abang Yus dan bebudaks...


BAwak NAbil pegi tepi pantai sebab kena obor-obor...

Bila la nak dapat ikan ni sambil mendendangkan lagu Akulah Kekasihmu nyanyian AXL...


Imah pulak berposing ( sebelum ni diala camerawoman )


Opocot..... tetiba datang seorang cikgu yang suka melompat....


Angah kena mata kail kot....

Lagi mandi...

Safwan dan Angah...


Main pasir dengan Nabil sambil diperhatikan oleh Naufal...

Pemandangan kawasan kami lepak...

Ijal nak menyelam, siap pakai google...

aktiviti tepi pantai...


Orang perempuan dengan aktiviti masing-masing...

Abang Lang, orang mandi dia sibuk nak buat kerja...


Abang Ngah menjamu selera sampai tersenget-senget...

Angah menjamah roti...



Uqaiel Nabhan dengan Ummi...

Orang perempuan semua lepak tempat teduh...


Berlatar belakangkan langit yang biru...


Apa yang dibualkan tu..??


Main bolasepak pantai, salah satu aktiviti...Diketuai oleh Abang Yus..

Ijal, berjaya gak membasahkan dirinya....


Diantara aktiviti... menanam orang hidup...Angah..

Sambil doa dibaca beramai-ramai...

Berlatarbelakangkan pemandangan yang indah, kelihatan Naufal....


sedang menangkap anak ketam.....

Seakan berputus asa setelah tiada tangkapan dibuat....

Alamak.., diorang tu macam ada yang best je....????

nampaknya ada hasil....




Tu dia, satu-satunya tangkapan hari ni, seekor ikan gelama...cukup la untuk seisi keluarga buat makan tengahari ni ( berserta udang umpan yang banyak )

" Tu la, orang suruh nyanyi lagu ariel, tak mau...." kata Ijal dengan riaknya...

Lepas tu terus bersemangat kembali untuk memancing......letak umpan...
lepas tu kembali semula ke laut.... dengan semangat yang berkobar-kobarnya..

Irfan yang hanya main pasir...
Ok ler tu Irfan...tak berenang di air, di pasir pon jadi la....

Aina dan Basyirah, tak berenggang...


Abang Ngah....cekak pinggang nampak..


Setelah penat mandi, abah dan abang yus menyambung kembali tugasan yang belum selesai...makan...


Lagi pemandangan ...

Kak Lili, abang Ngah dan Ehsan...

Ummi dan Uqaiel...

Mandi lagi....

Mana ikan ni, satu pon tak nampak...

Orang tangkap ikan, diorang tangkap obor-obor....

abang Ngah membawa Irfan mandi...


Adik dapat apa tu...???..sekali seluar dalam daaa...
Nabil terhencot-hencot.....
Sakit kaki....
Kena obor-obor...
Kak Lili dan Ehsan....
Teropong apa tu.....???
Sempat lagi peace walaupun sakit....
Masih tak berputus asa walaupun menyedari tak ada harapan...
Ummi dan Uqaiel.. ** bersambung....

Teluk senangin..3


Abah dah siap-siap...

Iman, tido...

Sempat pancing lagi...

Adik pon sama...

Memancing dalam laut sambil anak saudara mandi-manda..

I was here...hehehe

Naufal tunjukkan hasil tangkapan anak ketam..

Masih lagi di tepi makanan...

Siapa yang menyorok balik pokok ni...??...Abah..

Barang-barang yang telah dikemas...

untuk berangkat pulang...


Kami balik rumah lebih kurang pukul 12 lebih...rasa sekejap sangat...tak puas pulak.
Tapi rasanya berkelah kat air terjun hari tu lagi best, sebab kat sini terasa panasnya( tepi pantai ).....Sampai dirumah lebih kurang pukul 1 lebih sebab jem kat Pantai Remis.....
Apa-apa pun terima kasih pada semua anak, menantu dan cucu Haji Amir kerana telah bekerja keras dalam menjayakan aktiviti kali ini ( terutamanya orangperempuan la yang bertungkus-lumus menyediakan makanan yang lazat sampai tidur lewat dan bangun awal )
Kepada yang tak dapat mengikuti aktiviti kali ini seperti K.Long sekeluarga, Pinny dan Daud, jangan terasa, InsyaAllah akan dirancang lagi aktiviti seumpama ini di masa akan datang..
Adioss...
*** Perancangan untuk berkelah di kawasan air terjun ( belum di tentukan lagi di mana - dan cadabgan boleh diberikan, jangan kat kampung Kenuak dah la sebab jauh sangat ) pada 13 Jun 2010- cuti sekolah. Diharapkan K.Long, Pinny dan Daud dan semua ahli keluarga dapat bersama memeriahkan lagi aktiviti ini disamping mengeratkan tali silaturrahim....

Selasa, 2 Februari 2010

Uqaiel Dah pandai Menyulur..

Ahad lepas ( 31 Jan 2010 ) Uqaiel Nabhan dah pandai menyulur. Habis satu rumah dia jelajah. Bawah meja, bawah kerusi....

InsyaAllah raya cina ni nak balik kampung, habis la kena tutup pintu rumah abah, kalu tidak mesti sampai ke luar rumah...

Walaupun begitu, gambar-gambar taklah menunjukkan dia sedang menjulur, tapi gambar sebelum nak mandi....



*** Lagi satu PENGUMUMAN buat semua anak, cucu dan menantu Haji Amir...InsyaAllah Pada 15 Feb 2010 bersamaan 1 RabiulAwal 1431 ( Isnin ), rancang nak pergi berkelah di Teluk Senangin ( berdekatan Damai Laut Resort ). Sila beri cadangan tentang apa yang kita nak bawak ( makanan ), persiapan, pembahagian tugas dan juga apa aktiviti. Kita ada masa 2 minggu untuk sampai ke tarikh tersebut.
Kena rancang betul-betul sebab kata Adik kita kena sampai awal untuk memilih tempat. Cadangan kena bertolak pada pukul 7.30pagi, jarak perjalanan lebih kurang 15 - 2o minit.
Manakala tiupan angin selaju 10 batu nautika dan ramalan cuaca panas....He...he...he...
Lagi satu, cadangan kutipan RM 50 ( pada sesiapa yang pergi je la )untuk menyediakan barang-barang makanan.
Sekiranya ada apa-apa cadangan sila berikan diruangan komen....
Semua anak, cucu dan menantu Haji Amir dijemput hadir...!!!!

Bomba Yang Baik..!!!

Ahad lepas selepas naik kuda di Andalusia Riding Centre, masa nak balik bertembung dengan kereta bomba yang hendak memadamkan kebakaran hutan berdekatan...maklumlah musim panas ni, lebih senang hutan nak terbakar.

Aku tanya kat bebudak( Naufal dan Nabil ) nak tengok bomba padam api tak...diorang cakap nak, pusing balik terus parking belakang kereta bomba...Bila aku cakap keluar je, berterabur diorang keluar...Dapat gak diorang tengok macamana bomba padamkan api...

Lepas tu aku cakap, jom kita tangkap gambar kat depan kereta bomba, masa tengah tangkap gambar tu la brader bomba tu ( ingat ketua dia kot ) datang kat kami dengan muka seriusnya, cuak gak ingatkan dia nak marah. Nabil terus lari mendapatkan aku, tapi Naufal steady je..Bila dia dah dekat, dia bukak topi dia terus dia pakaikan kat Naufal... Ha..ha..ha...Aku pun apa lagi terus snap gambar la..Pastu Nabil pulak menerai topi bomba tu...Siap aku suruh brader bomba tu ambik gambar sekali....

Bomba sedang memadamkan kebakaran sambil diperhatikan olah Naufal dan Nabil..
Bergambar di depan kereta bomba, Naufal, Nabil dan Syafiq( sepupu depa-sama umur dengan Safwan)..

Naufal dan Nabil ( Nabil tu tengah menahan nak terkencing )

Naufal menerai topi brader bomba...

Sampai terpejam mata la...

Nabil pulak..macam berat je kepala...

Dengan brader bomba ( terlupa nak tanya nama )

Masa balik diorang mula tanya, "abah, bomba tu baik ke?" aku jawab " ye la, baik sebab tolong padam api".... Pastu diorang tanya lagi " Askar baik ke?"...."Baik "..aku jawab....Lepas tu habis diorang tanya Polis, ambulan,doktor, ntah apa-apa lagi ....
Apa-apa pun terimakasih Abang Bomba...!!!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails