Kini semuanya hanyalah tinggal kenangan. Tak mungkin dapat diundurkan masa...Moga kita bertemu di Syurga dengan izin Allah...
Member Kamcing Anak Haji Amir
Khamis, 17 Disember 2009
Pinny Menerai Kereta Ijal..
Nak Tanya Pendapat....
Kalau tak pun dia balik dari masjid selepas sembahyang subuh di masjid berdekatan, pastu singgah kat rumah kita dan tidor atas sofa kita dan yang lebih dramatik lagi ialah sampai pukul 11 pagi pon belum bangun lagi sedangkan orang lain dalam rumah kita dah bangun, mandi, makan....
Tu lah yang berlaku kat Kampung aku sekarang ni. Nak dimarah suruh bangun nanti dia terasa pulak. Aku nak cakap apa pun tak tau, dulu aku ada sound sikit dia, tapi rasa macam terkasar bahasa pulak, pastu abah cakap biaq la kat dia. Kalu aku cakap lembut berkias-kias bak melayu dedolu yangcakap penuh berlapik dengan bunga-bunga, lagi teruk dia buat tak tau je ( tak tau le dia betul-betul tak faham atau buat-buat tak faham)
Yang kesiannya adik-adik pempuan aku la, tak pasai-pasai kena pakai tudung dalam rumah sebab ada orang bukan muhrim dalam rumah. sampai nak mengemas pun tak boleh sebab landing atas sofa siap ngan selimut lagi.***Gambar tak da kena mengena dengan cerita, gambar naufal dan nabil..
Menyusur jalan pulang ke Kampung Batu Hampar Dalam
Pada hari raya yang pertama, selepas selesai urusan penyembelihan korban, kami telah pergi menyusuri jalan ke kampung Batu Hampar Dalam, ke rumah Tok yang lama. Sepatutnya kami semua nak turun dari kereta dan meninjau keadaan tapak rumah lama yang telah ditanam dengan pokok kelapa sawit, tetapi keadaan rembang ( pukul 12 tghari) sementelah pula ada budak-budak kecil yang ikut seperti Uqaiel dan Ihsan, membatalkan niat kami.
Gambar kurang jelas kerana aku mengambil gambar sambil memandu( dengan pemanduan perlahan tak lebih dari 15km/j). Semoga dapat mengimbau kenangan semasa tinggal di Kampung Dalam ( walaupun ada diantara tempat-tempat yang sudah tak kelihatan )
Aktiviti di Rumah Abah
Walaupun Raya Haji dah lepas, oleh kerana kesibukan yang melampau tak dapat nak postkan video ni. Inilah diantara aktiviti di petang hari raya kedua, yang mana oleh kerana ramai anak-anak Haji Amir yang berada di kampung, dapat dilihat bagaimana teraturnya pembahagian tugas-tugas untuk membuat kerja rumah...
Semoga ini semua dapat memberi tauladan kepada semua ahli keluarga yang lain tentang betapa teraturnya kerja-kerja di rumah dilakukan...Hehehehe...
Layan...diharap dapat membengkokkan tengkok sedikit untuk mendapat gambaran yang lebih jelas...
Anak Saudara Baruku Seorang LELAKI....
Dah lama tak update, kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi...Hehehehe....
Semalam aku terima khabar berita yang gembira, adik aku Faizal aka Ijal ( yang dulunya tersangat nakal semasa kanak-kanaknya ) telah bergelar BAPA!!!!...
Tahniah...!!!!!! x lapan puloh juta kali.....
Welkam to de klabbbb........
Namun begitu aku tak dapat lagi segala detail, yang aku tahu dan diberi tahu, anak saudara baruku adalah seorang LELAKI ( buleh menjadi geng Uqaiel ni )
Semoga Farha dan Baby Baru berada dalam keadaan sihat-walafiat....
Pada Ijal, lagi sekali TAHNIAH BRO.......
Ahad, 13 Disember 2009
Takbir
Diantara aktiviti di malam raya, Bertakbir bersama ahli keluarga di Masjid KAmpung Padang Serai....( ahli keluarga yang lain tak da, mungkin diorang bertakbir di rumah masing-masing ataupun hanya layan takbir di TV )
**Di post oleh PINNY, IMAH dan ADIK
Jumaat, 11 Disember 2009
happy birthday...!!

"Allah selamatkan kamu..
Anak Haji Amir
Adik 10/12
Menantu Haji Amir
Abg Yus 11/12 Kak Farha 9/12
Cucu Haji Amir
Pija 16/12 Angah 19/12
Semoga ulangtahun kelahiran pada tahun ini menjanjikan rezeki yang berganda. .serta rezeki yang berkat dan dekat pada Nya. Semoga dianugerahkan kebahagian, kesihatan dan kekuatan untuk menempuh masa-masa yang mendatang. SELAMAT HARI ULANGTAHUN....