Tengah kecoh isu kempen sentuh anjing kat laman sosial sekarang ni. Kalu nak tahu tentang isu tu kena tanya la ustaz, walaupun aku tahu apa hukumnya tapi aku takmau la menjelaskan kat sini.
Aku nak share berkenaan anak-anak aku yang memang suka sangat kalau tengok binatang tak kira la walaupun cicak, katak mahupun lipas, semuanya nak pegang...
Kat rumah memang ada bela kura-kura dengan ikan laga. Kura-kura tu memang diorang jaga betul. Makan dia mandi dan basuh dia...Punya sayang siap cium la. Nabil pulak masuk toilet pun bawak kura-kura sebagai teman, tak ke pelik....
|
Ni dua ekor kura-kura peliharaan bebudak...dua-dua jantan rasanya... |
|
Nabil, selamba ja cium kura-kura.... |
Ikan laga pulak memang sepasang, cuma diletakkan penghadang sebab asyik nak gaduh je...Ahad lepas aku bukak penghadang tu, diorang dah mula risau. Naufal siap cakap, " Abah, ikan jantan tu smackdown ikan betina tu..!"...Siap kata ikan betina tu murung je...Tapi akhirnya semalam bila balik rumah, bila tengok dah membuahkan hasil... Ikan tu dah bertelor!...Cuma tunggu samada jadik atau tak...
|
Penuh diorang letak hiasan... |
|
Yang jantan tengah menjaga telor, yang betina lemah je kat bawah.. |
|
Ni dia hasilnya, telor ikan laga.. |
Dulu masa cuti sekolah diorang duduk di kampung, Tok Wan belikan burung puyuh kat diorang. Tu pun sebab diorang nak sangat-sangat. Tok Wan kesian terus beli...Tapi semua mati. Yang satu tu sebab dia mati kerana kaki dia patah, Nabil bawah masuk bilik main atas katil sampai tertidur. Mungkin tertindih tanpa disedari la tu...
|
Masa kat pekan rabu, Pantai Remis...diorang tak berganjak tu yang Tok Wan beli tu... |
|
Tinggal kenangan... |
|
Kotak untuk meletakkan burung puyuh... |
*Banyak lagi aih haiwan yang boleh kita nak sentuh....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan