Cuti sekolah yang baru lepas, keluarga Kak Ros ada datang ke Penang. Datang pun sekejap je sebab Abang Lang ada tugas kat USM. Pini dan Imah pun ada datang tapi masa kami pi Muzium Perang ni diorang dah balik.
Tak tahu nak bawak diorang pergi mana, teringat pulak ada War Museum kat Batu Maung, terus la pergi kat sana. Mulanya ingatkan free ataupun murah macam Muzium kat Malaysia yang lain, tapi mahal gak RM 20 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak. ( Komen aku-memang ok untuk kita mempelajari tentang sejarah negara kita sendiri, tapi kalau orang tu datang dengan anak-anak yang ramai dan orang yang tak berkemampuan memang agak membebankan )
Walaupun dimomokkan dengan cerita seram yang dikaitkan dengan tempat ni, kami semua tetap bersemangat dan berani..! Tapi agak terkilan sebab datang dah lambat 5.30 lebih, sebab tak sempat nak habiskan lawatan...hehehe
|
Semua bersemangat...! |
|
Salah satu terowong yang ditutup, katanya banyak binatang berbisa...tapi ada yang kata banyak sangat gangguan... |
|
Selfi di tempat meriam..meriam ni dimusnahkan pihak british supaya tak digunakan oleh Jepun.. |
|
Berek pegawai yang mengendalikan meriam...2 pintu bilik yang ditutup sebab katanya terlalu kuat gangguan sampai kena histeria kalau masuk ( sebab ramai orang dibunuh tentera jepun di sini.. |
|
Meriam .. |
|
Tempat tentera jepun 'Potong kaparraaa..' |
|
Diantara berek tentera..( ada untuk tentera British, ada untuk Melayu dan Gurkha ) |
|
Bagus berek dia, semua ada ventilation holes untuk pengaliran udara..( basikal Jepun ). |
|
Bekas terkena hentaman Bom dari kapal terbang Jepun... |
|
Selfi kat tangga pulak... |
|
Diantara tangga asal... |
|
Katanya patung-patung ni digantung sebab malam malam banyak Langsuir beterbangan..?? |
|
Salah satu terowong... |
|
Meriam... |
|
Anak saudara dan bapak saudara... |
|
Angah... |
|
HAbis dah...walaupun tak habis meneroka.. |
|
Ruang simpanan barang yang agak keras kerana dijadikan tempat meletak mayat masa pendudukan jepun...Patung yang dibuat kat atas bumbung tu dikatakan dibuat berdasarkan makhluk yang menjelma semasa proses pemuliharaan sedang dijalankan.. |
Memang best, tapi kena kuat stamina kalau nak datang sini, banyak tangga yang nak dilalui dan terowong yang nak dipanjat... Akan datang lagi dengan keluarga nanti, dan nak datang awal sikit supaya sempat menghabiskan penerokaan..
Ada satu berek yang dihias dengan kayu-kayu dan langsir, katanya disitu paling keras sebab tempat mayat-mayat dibakar tentera Jepun....( gambar tak ambik ) Dan Muzium ni diantara 10 tempat paling berhantu di Asia ( oleh National Geography )
**Jangan la takut nak datang, sebab yang berkuasa hanyalah Allah S.W.T...!
4 ulasan:
bln 3 aritu sempat ke sini tp x msk sbb da lbh kol 7pm ;-(
wah seronoknya
saya suka pineng
tapi tak pernah sampai tempat ni
sampai tempat makan je hihi
Yup..ada tgk rancangan kat Nat Geo tu...tapi ada pihak yg kata 'kisah2 menakutkan itu hanya direka utk pupulariti,so lebih ramai yg akan datang ke muzium ni' :P
macam spooky je kat situ..?
Catat Ulasan