Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 30 Mei 2014

Isu Terkini.

Salam di pagi Jumaat yang penuh Barokah. Agak sibuk kebelakangan ini lantaran menyebabkan agak terabai blog aku ni.
Tak ada apa yang nak diperkatakan, hanya nak menyentuh tentang isu yang sedang hangat diperkatakan akhir-akhir ni. Isu makanan yang dicemari dengan DNA babi. Ramai orang menyalahkan pihak Cadbury.

Tapi bagi aku la, yang salah adalah kita sendiri, ya umat Islam keseluruhannya sendiri.Mungkin ramai yang akan marah dengan kenyataan aku ni.
Tapi ini hakikatnya, bukankah fardhu kifayah bagi umat Islam sendiri menyediakan apa-apa sahaja barangan keperluan termasuklah makanan untuk kegunaan umat Islam sendiri. Sekiranya umat Islam tak dapat menyediakan keperluan kegunaan Islam sendiri, kesemua kita berada dalam keadaan berdosa!..Dalam keadan umat Islam yang ramai populasinya di dunia ni, mana syarikat hak milik Islam yang mengeluarkan Coklat untuk umat Islam...Mana..?...Sekiranya ada pun, kita selalunya masih mengutamakan barangan keluaran bukan Islam, mungkin kerana 'jenama'nya yang dah popular.

Jadi tak timbul isu mereka sengaja nak menginaya kita umat Islam, sebab memang itu agenda mereka. Seperti yang termaktub dalam Al-Quran, yang bermaksud,


Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Lagi satu, pihak berkuasa la yang tak berapa nak tegas dalam menangani isu macam ni..

*Itu pendapat aku la....


 

2 ulasan:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

dah takut nak makan coklat :( ..

Daddy Ziyyad berkata...

Nak cadangkan juga supaya JAKIM letak tanda HARAM kat rokok...

Makan coklat ada dna babi, marah..melenting..Tapi hari hari hisap rokok, tak kisah...buat2 bodoh fatwa dah keluar..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails