Member Kamcing Anak Haji Amir

Isnin, 14 April 2014

Tahniah Aina Mardhiah..!

Pada hari Sabtu lepas, anak saudara aku ni, Aina telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Hafazan Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Kolej Vokasional Ipoh. Dia mewakili sekolah-sekolah di Daerah Kinta Utara.Dimana telah menempatkan dia sebagai wakil Negeri Perak untuk ke peringkat Kebangsaan pada 15-17 Mei 2014 yang akan berlangsung di Kolej Matrikulasi Banting.InsyaAllah ramai dikalangan Mak dan Pak saudara yang berkesempatan dan mungkin juga Tok Wan akan mengiringi beliau pada hari tersebut...

Alhamdulillah, akhirnya segala usaha penat lelah yang di curahkan telah mendapat balasan..Tahniah daripada kami semua.....Terima kasih kerana Aina menjadi perintis dan dorongan pada anak-anak saudara yang lain...!

Semasa menunggu giliran...untuk menjawab soalan hafazan..

Hadiah berupa piala dan wang tunai...

Menaiki pentas ditemani Ummi...

Bersama salah seorang abang, Angah...

Bersama Guru Besar dan guru-guru pengiring...

Diapit abah dan ummi...


Bersama Pengarah Pendidikan Perak...
 Video yang dirakam...

*Tahniah lagi sekali Aina...!
**Teguran buat Jabatan Pendidikan Negeri Perak atau pihak penganjur, naikkanlah sikit hadiah wang tunai tu...ni dah peringkat NEGERI takkan hanya RM45 je untuk juara hafazan peringkat negeri yang telah kalahkan 9 wakil daerah.....bagi la galakkan kat murid yang bersungguh-sungguh....Carik la sponsor, insyaAllah ada ahli korporat orang kita yang sudi....

3 ulasan:

Khai♥Rin : anies berkata...

hebat2!!
tahniah3!!

Mie berkata...

Tahniah juga. Untungnya ayah ibu yang ada anak sebegini...

Daddy Ziyyad berkata...

Tahniah..

Sejuk hati melihat anak anak menghafaz Al Quran...

Betul, moga diberi perhatian ttg hadiah wang tu...RM45 tu melampau sangat utk juara peringkat negeri

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails