Kekasih ku datang lagi..
Ramadhan....
Ya, Ramadhan datang lagi menjengah. Memberi peluang kepada insan kerdil seperti aku mengumpul sebanyak mungkin pahala dan peluang keemasan yang diberikan pencipta, Allah yang Pengasih dan Penyayang. Hanya kepada umat Nabi terakhir, Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., bukan kepada umat-umat nabi terdahulu yang bertubuh besar, gagah perkasa dan panjang umurnya .
Ya, insan kerdil dengan jangka umur yang pendek seperti aku amat memerlukan belas kasihan dari Rabbul Jalil. Oleh kerana kasihnya Allah pada Junjungan Besar Nabi Muhammad, maka dikurniakan bulan yang mulia, bulan Ramadhan kepada kekasihnya dan tempiasnya dapat kepada aku umatnya.
Semua kebajikan digandakan buat kita dibulan ini. Semua amalan sunat digandakan pahalanya seperti amalan wajib. Manakala amalan wajib digandakan sebanyak 70 kali. sepertimana kata ustaz dalam ceramahnya, sekiranya kita bersedekah pahalanya seperti membayar zakat dan sekiranya kita membayar zakat/nafkah digandakan menjadi 70 kali ( contoh bayar zakat RM 1000 sama dengan pahala kita berzakat RM 70,000..!!!! ) Tapi yang paling penting sekali niat atau hati kita...." Innamal a'malu binniat" yang bermaksud Hanya sesungguhnya segala amalan itu dengan niat. Tak lupa juga anugerah " Lailatul qadar" dari Allah buat kita.
Dengan kedatangan Ramadhan yang mulia ni, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan buat Bapak yang disayangi Haji Amir, Isteri yang dicintai, anak-anak, kaum keluarga, sanak saudara, kawan-kawan, jiran-jiran dan tak lupa juga semua pengunjung blog Anak Haji Amir...Semoga kita semua mendapat keberkatan....
9 ulasan:
salam ramadhan
selamat berpuasa =)
salam ramadan 1434H utk en fazli sekeluarga
selamat beribadah dan berpuasa ramadhan karim
salam ukhuwah dan salam ramadhan dari bunda
Salam.. ayuh kita sama-sama merebut pahala sebanyak mungkin di bulan barokah ini dan semoga tahun hadapan diberi kesempatan utk bertemuanya lagi..
mcm mana posa thn ni bro ?
Salam Ramadhan anak Haji Amir ...
hai.. salam kenal,
follower no.571
done follow sini,
jom follow teman yea..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
Catat Ulasan