Aku balik kampung hari sabtu dan ahad lepas. Apa yang aku nak komen sikit kat sini air punya la slow lagi slow dari siput babi kat belakang rumah. Hari ni aku dapat tahu dari adik aku yang air langsung takdak kat kampung.
Aku pun apa lagi hangin la satu badan, kesian kat abah dan adik-adik kat kampung. Aku pun telefon la Lembaga Air Perak ( LAP ) Pantai Remis. Ada la sorang mamat tu angkat, perbualan lebih kurang macam ni,
Aku : Assalamualaikum, saya nak buat laporan yang kat Kampung Padang Serai takde air la hari ni...
Mamat LAP : Waalaikumsalam, ye kami dah tahu dah, sekarang tengah buat pembaikan..
Aku : Boleh saya tahu kat mana yang rosak tu...
Mamat LAP : Er..er...saya pun tak tahu kat mana...
Aku : Awak kerja dengan LAP tapi awak tak tahu, macamana pelanggan macam saya yang nak tau, tapi awak kata tak tahu..Walaupun kami kat Padang Serai ni semua orang kampung, jangan la nak memperbodohkan kami...( aku dah mula naik angin )
Mamat LAP : Takpe lah ye terima kasih....( Terus letak telefon...)
Aku apa lagi, memang angin la satu badan....Aku telefon balik..
Aku : Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni..
Mamat LAP : Er...er...Mohd. Azlami....
Aku : Encik ke yang letak telefon tadi..?
Mamat LAP/Mohd Azlami : Er,....saya banyak kerja la...orang ramai mintak tu, mintak ni...
Aku : Ok encik, sebagai pelanggan yang membayar perkhidmatan encik, tak sepatutnya encik buat macam tu....ok takpa saya akan buat satu surat tentang perkara ni...Terima kasih....( aku pulak letak telefon )
Aku tak faham la, kat kampung selalu je masalah air, kita merdeka 50 tahun dah...Tapi masalah macam belum merdeka lagi. Lagi satu petugas-petugas awam ni macam buat kerja sambil lewa je..Takkan la bila pelanggan tanya buleh cakap tak tahu, ( kalau aku cakap kat bos atau client aku tak tahu, maunya aku kena marah..) Bila aku cakap lebih sikit, boleh pulak letak telefon, sungguh kurang hajar namanya..!( Bayangkan la kalau aku kata aku sibuk dengan client aku sebab aku letak telefon, apa agaknya yang client aku tu nak buat?? ) ..langsung takdak skill PR ( public relation )....Kalau kita tak bayar sikit duit dah terhegeh-hegeh nak potong air...Tapi bila pelanggan ada masalah, bukannya nak jawab dengan berhemah...
Apa yang ADUN pengkalan baru buat pun aku tak tau la...aku sehari suntuk cari FB, cari email nak cc surat aku kat LAP Perak...Tapi hampeh, memang kuno betoi la...Ye la ko tadbir kampung-kampung macam kampung aku, tapi tak semestinya still pakai telefon, fax dan surat menyurat je...Memang ......la....
12 ulasan:
ish krg ajar betul...apa slh nyer jwb baik2..bkn kena byr pon
kat kampung akak pun kurang lebih sama dik non.. bukak air bilik ayaq ni, hilang air blik ayaq sana.. tengah syampoo kepala, tup2 ayaq hilang.. ggeram.. tiap kali balik kg cam tu.. now abah dah letak tank besaq dah kat rumah dia.. hee
pasal PR kerajaan ni kann.. sorry to say. memang menyakit kan hati.. akak boleh maki2 lagi. geram sanga.t.
Laaa...ada plak cmtu..apa2 hal pun pelanggan is always right...kta pun tau sbb kta pun kerja melayan pelanggan..kta byr depa,kna la lyn elok2..bkn nk ckp la..depa dh tunjukkn sikap yg x baik..mna kta x mark depa cmtu..tumpah nila setitik,rosak susu sebelanga..renung2kn dan selamat beramalll......
Please wake up LAP. You are there to serve us. Please be more helpful and courteous. We deserve better service. Furthermore, we are now in 2013 not 1953.....
Please wake up LAP. We deserve better service. We are now in 2013 not 1953. Please be more helpful and courteous. This issue has been prolonged for quite sometime. What is your action plan?
Mungkin dia ada alasan utk tidak menjawab, tapi bila dah di provokasi, biasanya macam tu lah jawapannya.
Anyway selamat berpuasa dan banyak2 bersabar... hehe
Nak raya ni lagi le kena simpan air siap2 nanti silap2 haribulan pagi raya tak dpt mandi pulak.
Bab manners ni semua bergantung kepada individu tu sendiri, bukan semua penjawat awab berperangai macam hampeh ada juga yg jalankan tanggungjawab dengan baik. Ikut rezeki kita. Agaknya itu cara Allah nak bagi ujian kat kita kot nak tengok kita sabar ke tak. Ujian Allah kan datang denga n pelbagai cara.
bulan2 puasa ni takde air leceh la. nanti nak raya lagi nak pakai air. nak masak2 lagi. harap2 cepat la masalah dapat diselesaikan
ishhh..xpatut la..ckp cam tu..ckp la elok elok kan..
Assalamualikum,
ahhh siannya takdak ayor. Takda letrik tahan lagi. Tapi cara Yob tu layan pelanggan memang tak pro. Duit nak, servis hancus. Yob Li patut cakap kat Boss dia direct!
Pini ada call jgk aritu..bgtau nk bt aduan xde air..pastu dia ambik nama,alamat dgn no fon..dia ckp nnt dia call blk..oklah sbb igt dia nk konfemkan la kt mana rosak ke apa..tp smpai hari ni x call blk..hampeh..nsb dah ada air..
Betul@...kadang2 bila call main pass pass last2 xde kesudahan..
Catat Ulasan