Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 16 November 2010

Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh,


Kepada sekelian kaum muslimin, khususnya kepada anak cucu Haji Amir dan para pengujung blog anakhajiamir, aku mengucapkanselamat menyambut hariraya Adha kali ini.


Semoga kita menghayati pengorbanan para anbiya, para auliya dan semua perjuang agama Allah ini di sepanjang zaman.



Allahu Akbar, Allahu Akbar, walilahi al-Hamd

*** Berhari Raya dari perantauan....

Isnin, 15 November 2010

Hari penyampaian Hadiah Tadika Irfan

13 hb November, aku diminta oleh Kak Lili untuk menghantar Irfan ke USM, bagi majlis penyampaian hadiah-Dalam hati, budak-budak tadika sekarang ni 'advance' sungguh, majlis penyampaian hadiah pun buat kat dewan yang besar-besar. Dulu mana ada, sedangkan aku sendiri pun tak pernah masuk sekolah tadika....



Macam biasa, terlambat lagi. Majlis di atas kertas bermula pada pukul lapan, tapi pukul lapan aku baru sampai rumah Kak Lili, tu pun setelah memandu kereta ala-ala filem transporter, nasib baik pagi lagi kereta tak banyak dan Encik polis pun belum keluar buat rondaan...Setelah mengambil Adik ( yang ada kat rumah Kak Lili )dan Safwan, terus bergegas ke rumah Kak Zah.



Kak Zah pengasuh Irfan dah marah-marah, kata Safwan. Katanya, Irfan dah siap lama dah, mana Pak Njang tak datang lagi. Irfan segak berbaju batik, berkopiah sulam, berseluar slack dan berkasut raya. Bila ditanya, dia pun tak tahu nak pergi ke mana.



Setelah sampai ke Dewan D, USM, kami pun masuk ke dewan yang memang dah penuh orang. Yang paling menyampah ialah kami terpaksa tunggu sehingga pukul sepuluh pagi baru upacara dimulakan, dengan alasan, kesilapan teknikal. Kalau tahu awal-awal lagi kami dah pergi makan dulu kerana perut belum lagi diisi dengan apa-apa makanan pepejal sejak dari bangun tidur, yang sempat hanyalah seteguk air paip buat melapik perut itupun secara tak sengaja semasa memberus gigi pagi tadi. Setelah menunggu acara yang dimasuki oleh Irfan, kami mengambil keputusan untuk keluar bersarapan pagi setelah bunyi perut kami lebih kuat dari nyanyian nasyid budak-budak tadika. Dengan meninggalkan Irfan yang mana kami jangka akan dijaga oleh guru-guru dan semua hadirin yang hadir kerana dia agak comel. Kami bersarapan di restoran Khalil di luar kawasan USM, dengan Adik makan Kue Tiaw goreng mamak kosong ( kerana kelihatan agak kosong tanpa awaih-awaih ), aku makan Murtabak mee segera yang ntah rasa apa-apa, manakala Safwan makan Roti telor bawang 2 keping ( kerana lapar yang teramat seperti tidak menjamah makanan selama 18 bulan ).

Dibawah disertakan beberapa gambar dan video...






Irfan yang amat nergaya...


Bersama Adik dan Safwan...

Safwan yang boring sorang, menghabiskan masa menangkap gambar kasut..


Sebab 2 orang bapak saudara dia sedang mencari ilham....

Oleh kerana kesejukan penghawa dingin yang melampau...

Nak tidoq pon, cover la sikit...ni cover banyak, sampai nak menutup mulut...

Setelah selesai, bergambar bersama Irfan yang memenangi hadiah kedatangan...


Petang tu jugak kami balik ke kampung ( untuk menghantar Adik, Safwan, Irfan dan Ihsan ).
Pada keesokan harinya, seperti biasa pagi kami memancing, dapat la 11 ekor..selepas balik rumah terus mula memasak untuk makan tengahari...diantara menunya ialah....

Sup tulang "Perghhhh", yang kekurangan garam..


Ikan Ngek-ngek goreng ( yang baru dipancing )


Sayur peria bersos tiram ala-ala perasa udang dan sotong berkunyit...


Sambal kicap bercili hijau tak cukup masak ( oleh adik )

Ni pulak masa nak mula makan, Daud call....



Video, Irfan bernasyid....
video
Ni pulak penyampaian hadiah kepada Irfan...
video

Jumaat, 12 November 2010

Pergi Memancing

Peristiwa ni berlaku dah lama dah, cuma sekarang je baru dapat siapkan kartun dia...selepas ni lah minat untuk memancing datang semula...




**Moral of the story,
1) Jangan menipu dan jangan memaksa orang lain menipu
2) Kalau nak menipu jugak, agak-agak la, jangan la sampai tak logik...

Khamis, 11 November 2010

Tahniah Ayu..

Hari ni keputusan UPSR diumumkan. Cucu Haji amir yang berdebar-debar menunggu keputusan adalah Dalilah. Di umumkan disini Dalilah mendapat telah 5A...Ya 5A....dia telah mengulangi sejarah Kak Linda, mendapat 5A dalam penilaian darjah lima, duapuluh lima tahun yang lalu ( kalau tak silap la )


Dalilah menggeletar kengerian semasa hendak pergi mengambil result UPSR



Tahniah diucapkan kepada Dalilah, semoga dia berjaya dimasa akan datang dan mengulangi kejayaan Ummi dia ( Kak Long )...TAHNIAH sekali lagi...!!!!

Ahad, 7 November 2010

Mengkuang Dam

Pada 23 dan 24 Oktober yang lalu, kami sekeluarga telah berkumpul di rumah kak Lili/Adik di seberang jaya, Pulau Pinang, untuk berkumpul sambil membuat sedikit kenduri tuk kak lili sekeluarga yang dijadualkan bertolak ke Tanah suci mekah.

Pada sebelah petang selepas kenduri, kami sekelurga telah membuang masa yang terluang dengan pergi bersiar-siar di Empangan Mengkuang.
Oleh kerana kami keluar dari rumah boleh dikatakan agak lewat, lebih kurang 6 lebih, jadi waktu yang kami habiskan di sini pun hanyalah sekejap. Baru nak bersantai dah nak masuk maghrib.
Diantara faktor yang kenapa kami keluar lambat punyelah banyak... Hehehehe...

Abah yang berkeras tak nak pergi, pada mulanya...Tapi setelah dipujuk oleh adik dan Ijal..


Apa yang disembangkan oleh Abah dan kak Linda sampai tersengeh tu...


Basyirah dan Iman...


Ijal dan family



Pasangan bercinta...Abang Lang dan Kak Ros....Cewahhh..



Bersantai di tepi tasik, sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan..



Gambar sekeluarga mula dirakam sebelum hari gelap
Bila azan maghrib bergema, kami semua meninggalkan Empangan Mengkuang menuju ke masjid yang berhampiran, menyahut panggilan Si Pencipta...

Sabtu, 6 November 2010

Hari Anugerah Cemerlang Tadika al-azhar

31 haribulan Oktober 2010, adalah hari majlis anugerah cemerlang Tadika al-Azhar, sekolah Naufal. Naufal dapat nombor tiga je daripada kelas 5 tahun. Disamping itu dia ada jugak masuk beberapa acara dalam majlis tu, diantaranya Nasyid dan pelakon latar dalam cerita Beauty & tha beast.



Di sini ada beberapa gambar dan video pada majlis hari tu.

Video Naufal naik pentas mengambil hadia setelah diumumkan mendapat nombor tiga ( pengacara membaca nama salah )



video

Sebagai Beast dalam cerita Beauty & The Beast( yang jadi Beauty tu lelaki )



video

Apa-apa pun, tahniah kepada Naufal..!!!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails