Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 29 Oktober 2010

Hantar Kak Lili

Waktu sekarang telah mencecah 12.38 tengahmalam, baru saja balik dari menghantar Kak Lili dan Abang Ngah ke tabung haji bayan lepas bagi menunaikan fardhu haji. di temani 2 orang hero aku yang tak tahu erti penat, Naufal dan Nabil.
InsyaAllah, 7.30 esok pagi mereka akan bertolak dari lapangan terbang Bayan lepas. Diharap mereka dikurniakan Haji yang mabrur dan selamat pergi dan selamat kembali menemui kaum keluarga tercinta..

Walaupun suasana diselubungi keadaan yang tak berapa ceria, tetapi keletah Irfan, Naufal, Nabil dan Imran( sepupu Safwan )menceriakan sedikit suasana. Semasa bersalam dan berpeluk kak lili terasa kelu yang hanya terlafaz hanyalah " kirim salam kat Nabi..."

Kak Lili dan abang ngah pergi dengan Mak abang ngah dan mak tam. Bapak,adik-adik, Mak sedara dan sepupu abang ngah pun ada sekali menghantar mereka, manakala Aku, Naufal dan Nabil mewakili keluarga Haji Amir...( gambar akan diupload esok )
Bersama ahli keluarga abang Ngah...
terasa juga letih dan mengantuk...
Mak Abang Ngah..
Walaupun tersenyum tapi mata tetap berkaca..
Kak Zah( pengasuh Ihsan ) Kak Lili sekeluarga, Naufal dan Nabil
Updated- baru dapat mms dari Kak Lili, gambar kapal terbang yang akan mereka naik untuk ke Mekah ( dari dalam ruang menunggu )

*** kualiti gambar kurang memuaskan kerana hanya menggunakan Hand phone

6 ulasan:

Amir faiez berkata...

adik doakan k.lily & abg ngah slmat pegi & slmt pulg ke tnah air & dikurniakan hji yg mabrur...i'll take care of your sons...

Amir faiez berkata...

alhamdulillah...akhirnye dpt gak komen...

fazlinda berkata...

Km sekeluarga pn sama. Terkilan sbb lupa nk tipon kak lili mlm td, tapi dh hntr sms dh kt dia. Semoga dpt beribadat ngan tenang dan dipermudahkn. Amin.,

Fadzli Amir berkata...

Tak pe la Kak Linda, tak yah le terkilan. Gathering kita kat umah kak lili aritu pon dah sangat2 berjaya...sori la tak sempat nak upload gambar ari tu...

imah berkata...

imah pun sdh gak..imah igt kli2 g ari sb2 n nk kol ari jum tp kli2 dh gi dh..xsempt nk ckp ngn kli2............

xpe la imah doakn slmt pg n blk..i'll take care of ur sons 2..

p.i.n.n.y berkata...

sedih jgk tgk gambar kak lili..nasib ari2 balik jgk utk gathering famili..pini sempat call kak lili sebelum dia pegi tabung haji ari2..

pini pun doakan kak lili dgn abg ngah selamat pegi dan balik..me too..will take care of ur sons..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails