Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 11 Ogos 2010

Naik Hantu DiHari Pertama Puasa

Aku betul-betul melepaskan kemarahan hari ini. Kemarahan yang terpendam sejak 'dia' memulakan kerja renovation kat rumah abah. Semuanya bagai serba tak kena. Tapi aku tak pun pernah mengungkit tentang 'harga', tapi aku cuma mengomel tentang ketelitian kerja ( workmanship )... Aku bagaikan naik hantu hari ni bila abah menelefon mengatakan jubin lantai dah mula dipasang... Tanpa memikirkan yang dalam bulan puasa ni aku seharusnya berbanyakkan sabar... Tanpa memikirkan yang 'dia' lebih tua daripada aku...Entah syaitan mana yang menghasut sedangkan tiada syaitan pada bulan puasa ini...

Tanpa memberi peluang padanya membalas, aku sebutkan satu persatu ketidakpuasan hati tentang cara kerjanya.....Sehingga dia terdiam dan memohon maaf...
Adakah aku salah??...Aku cuma mempertahankan hak aku dan keluarga aku, walaupun aku tahu aku tak ada apa-apa hak atau sumbangan...tapi macammana dengan sumbangan dari Pinny, Abah dan Ijal setakat ini...Secara tidak rasminya aku yang menjadi bertanggungjawab atas segala kesilapan 'dia'...

Adakah aku bersalah...? ( bersambung kerana aku perlu balik awal untuk membeli juadah berbuka puasa kerana aku masih lagi berpuasa hari ini )

2 ulasan:

p.i.n.n.y berkata...

abg li jgn la salahkan diri sendiri pulak..dah memang salah dia..sepatutnya bila kita dah bagi dia buat kerja tu dia mesti la buat betol2..bukan kita suruh dia buat kerja free..kita bagi upah..kalau x boleh buat cakap awal2 dulu x boleh buat..jgn ingat kita org kampung boleh buat sesuka hati...orang bodoh je x kan marah kalau benda mcm ni jadi..

nak nyesal pun x guna..semua dah jadi..dugaan kot utk kita semua..redha je lah..mudah2an ada hikmah semua ni..

imah berkata...

betul 2..setuju ngn kpini..mgkin ade hikmah atas ape yg berlaku..dan kta berhak utk menegur..so dia tau ape yg dia salah..biar dia sdr skit yg kta ni bkn senang tuk ditipu..kta ada otak tuk berfikir dan jgn anggap yg kta org kg cm dia,so dia senang2 je nk tipu kta..kita nk tolong org melayu @ lbh tepat lagi org kg kta sendri tp bla depa dh pijak kepala kita,kita kna ketuk skit kepala depa..ni je la caranye tuk sdr kan org yg cmni..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails