Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 25 Jun 2009

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang, aku lancarkan post pertama untuk blog aku untuk yang julung-julung kalinya. Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hasrat aku untuk menulis, walaupun seingat aku dari masa sekolah rendah lagi aku berminat untuk menulis. Pada waktu itu aku cuba untuk menulis cerita kanak-kanak yang berbentuk penyiasatan, yang mana aku cukup terpengaruh dengan cerita tulisan Enid Blyton seperti ' Tujuh Perisik', ' Lima Penyiasat', 'Hardy Boys' dan ' Nancy Drew'. Tapi semuanya hanya separuh jalan, kerana aku lebih cenderung untuk melukis dari menulis.

Aku ingat lagi yang mula-mula memperkenalkan aku ngan cerita penyiasatan nih ialah kakak aku, Kak Linda. Kalau tak silap masa tu aku berumur 5 atau 6 tahun. Masa tu kami sekeluarga tinggal di Kampung Batu Hampar ( Dalam ), rumah Tok. Kak Linda meminjam buku 'Nancy drew' dari perpustakaan sekolah Batu Hampar dan dia telah membacanya untuk aku yang mana tidaklah boleh membaca waktu itu..

Bila aku mula bersekolah, aku pulak jadik hantu pada buku siri penyiasatan nih. Sampai satu masa tak silap aku masa dalam darjah empat ( 1986 ), masa tu cikgu Jaafar berusaha untuk memastikan semua pelajar memasuki satu peraduan yang dijalankan oleh TV pendidikan. ( semua jawapan, kertas, stem, dan pos dibuat dengan susah payah oleh cikgu Jaafar, kami hanya bagi nama jer ) Dan Allah dah takdirkan untuk aku mendapat tempat kedua kalu tak silap yang membolehkan aku memenangi beberapa buah buku cerita, salah satunya ialah buku siri Bujal ( yang diadaptasi dari cerita Tarzan - aku ingat semua buku tu dah hilang dah )

Walaupun begitu, aku bukanlah ada pengalaman atau belajar secara terperinci macamana untuk menjadi penulis, hanyalah sekadar belajar semasa menduduki SPM dulu ada la. Namun begitu apa-apa pun aku dah start menulis semula. Apa yang aku rasa nak tulis atau meluahkan perasaan aku akan tulis dalam blog aku ni, BLOG ANAK HAJI AMIR.

8 ulasan:

imah berkata...

wuihh....best la..dah ada blog sendiri...salut la...imah pn xtau nk wat mende ni....apa2pun gud luck..selamat maju jaya...GAMBATTE KUDASAI!!!!!!!!!!!!!!

imah berkata...

nti lukis la gambar imah...pas2 post la kt cni..hehe...bru glamor...

benzema berkata...

nti lukis la gambar safwan

benzema berkata...

pas tu lukis la plak gamba ummi

Fadzli Amir berkata...

lukis tu bleh imah, tapi asyik tak jadik jer....habih camno??/

Fadzli Amir berkata...

amboi-amboi, ko sapwan macam-macam permintaan, tapi insyaAllah paknjang akan usahakan, memang ada plan nak wat cam tu, nak lukis kartun dalam blog nih

p.i.n.n.y berkata...

pini pn nk jgk...

Aloka berkata...

amboi-amboii....scan la gambag yg a.li lukih tu pastu post la kat sini....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails