Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 29 Ogos 2012

Cerita Hari Raya- Ragam Sembelih Raya


Assalamualaikum dan selamat hari raya.... Hari ni dah masuk hari ke-sebelas, tapi mood raya masih lagi terasa dengan rumah terbuka dan kueh/biskut raya yang banyak kat rumah yang pagi petang siang malam kena makan kueh-kueh raya tu semua...hehehehe...

Oleh kerana itu dalam beberapa entry ni berkisar tentang hari raya keluarga Haji amir..


Kali ni nak cerita persiapan menyambut hari raya di kampung... Macam biasa abah menyediakan ayam 3-4 bulan sebelum hari raya lagi ( dia bela dari kecil )...Sebelum raya ni sembelih 5 akor ayam dan seekor angsa tua...hehehehe...

Daud dah masuk reban dah...


Furqan, sekarang dah berani pegang ayam...

Berebut pulak nak pegang ayam...Furqan dan Faiez..

Sembelih....

Buleh pulak senyum...

Settle seekor...
Bergambar sebelum disembelih...

Daud tangkap lagi seekor...




Sebelum disembelih...!!

Nak carik lagi....


Macam nak bayar zakat je gaya nya....zakat angsa....?


***Gambar orang wanita bersilat di dapur tak di rakam...hehehehe....Ayam buat rendang, Angsa buat masak merah...Macam biasa ketupat palas, nasik impit dan perut masak lemak menjadi hidangan....( ada banyak lagi gambar tapi tak dapat dimasukkan, ada masalah teknikal..)

Rabu, 22 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga, dari kiri,
Muhammad Naufal, Mohd Fadzli, Muhammal Uqaiel Nabhan, Wan Malinee dan Muhammal Nabil Nufaeil...



***Masih dalam mood raya, belum berpeluang untuk BW...mekasih semua...

Khamis, 16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433/2012


Bersongket emas tenunan tangan,
Untuk persalinan dipagi lebaran,
Berbaju kurung indah di mata,
Manis dan sopan bertudung kepala,
Jalan menunduk anak siapa,
Selamat hari raya kami ucapkan,
Pada semua handai dan taulan,
Kalau ada terkasar bahasa,
Berbuat gurau terlebih senda,
Ampun dan maaf jua yang kami pinta.

Embun menitis di pagi hari,
Fajar menyinsing di ufuk kali,
Beduk dipalu memecah sunyi,
Takbir bergema sayu dihati,
Tanda menjelangnya si Aidilfitri,
Andai ada sekelumit benci,
Mungkin ada terasa hati,
Salah dan silap apatah lagi,
Kami menghulur sepuluh jari,
Hanya kemaafan yang kami ingini. 


***Hari ni last aku update blog, seminggu lebih beraya di kampung. InsyaAllah berjumpa lagi selepas raya nanti...Yang nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat asalkan selamat..!!

Rabu, 15 Ogos 2012

Uqaiel Nabhan dan Maher Zain

Dalam umat Islam sibuk bersiap-sedia untuk menyambut Aidilfitri yang tak berapa hari lagi, jom kita layan anak Maher Zain nyanyi lagu InsyaAllah dalam bahasa melayu...




***Ni anak aku Uqaiel Nabhan laaa.....dia memang minat Maher Zain..

Kesudahan Kisah Semprit

Alkisahnya semprit yang aku cerita dulu (link), Kak Ros dah pun menyiapkan hanya satu balang kerana kesibukan dia yang terlampau menjahit manik. Dia mengirimkan kepada Daud untuk balik ke kampung kerana dia tak dapat balik bersama.

Hari tu aku berbuka makan biskut semprit, tak makan kurma macam selalu (begitu semprit-mania nya aku ). Lepas makan 8-9 ketul, baru aku suakan kepada yang lain...

Memang tak cukup la Kak Ros, dari kecik sampai besar memang suka la biskut semprit Kak Ros buat ni...!!!

Pada pukul 10 malam, tiga suku bekas telah habis dimakan...

Yang ni, tinggal dua ketul beserta serdak...masa bawak balik ke Penang...

Tu pun Nabil habiskan dengan serdak-serdak sekali...Ingatkan lepas ambil gambar nak simpan makan esok, mana tau habis...

***memang dah sebulat suara mintak tolong sesangat Kak Ros buat lagi biskut semprit..!!!

Selasa, 14 Ogos 2012

Kisah di pagi sahur yang agak sebak

Minggu lepas, Abah call gerakkan aku bangun sahur, pukul 4 lebih. Dalam keadaan termamai-mamai tu sambil membetulkan tekak yang berkahak, aku jawab la phone dengan keadaan macho macam la dah lama bangun sedangkan kelam kabut bangun....

Abah :  Asalamualaikum...

Aku : Waalaikumsalam...( sambil kontrol suara )..

Abah :  Dah bangun sahur dah ka?

Aku :  Bangun dah, baru nak makan...( hehehehe..tipu la pulak )

Abah :  Ha..baguih la...
   
            Li, abah nak ucapkan terima kasih la ....( aku terkejut jugak, kenapa pulak )

            Kad raya hang dah sampai, come lote laaaa....

            Kata-kata hang tulih tu, abah terasa la....( sambil suara dia dah lain, macam tengah

            sebak )...

Aku :  Laaa..(aku bukan boleh kalu orang sebak-sebak ni, aku pun akan terikut gak nanti )

Abah :  Sedih la...( kata abah dalam sebak )

Aku :  Takpa la abah....ni nak sahur ni ( aku potong sebak abah )

Abah :  Ok Li, terima kasih la...selamat bersahur...

Aku :  Ok..selamat bersahur gak...assalamualaikum...

Abah :  Waalaikumsalam...

Aku bukan sengaja nak potong cakap abah, tapi kalau aku tak potong dengan aku sekali terjebak kelembah menitiskan air mata...Abah tersebak sebab pantun raya yang aku karang. Aku bukannya pandai karang pantun pun, cuma kalau raya ke puasa ke memang aku karang sendiri pantun-pantun ni dan sms kat adik beradik aku. Sampaikan kalu aku tak kirim pantun diorang mintak la...hehehhe...

Kisah sahur yang agak sebak..!!



          

Isnin, 13 Ogos 2012

Masjid Lama Kampung Padang Serai

Hari ni aku nak cerita sikit pasal masjid kat kampung aku.Sayang sekali setelah masjid baru siap dibina, masjid ni dah tak terurus dan akhirnya dirobohkan. Aku tak pasti angkara siapa, sebab aku pun dah bermastautin di Penang dan hanya balik sekali-sekala.

Dari sudut nostalgianya memang banyak kenangan aku kat sini. Kat sini la aku dengan kawan-kawan ( diantaranya Ali, Jamil, Ishak ) mengaji di kelas agama dengan ustazah Rokiah. Kat sini la jugak aku melangut dengar orang-orang tua bersembang kat balai lintang masa tunggu waktu isyak. Kat sini jugak aku jadi anak murid Ustaz Azhari tiap malam Isnin. Kat sini la aku belajar azan sehingga mendapat Juara pertandingan azan di Pantai Remis. Tempat aku lepak-lepak masa bulan puasa sambil baring-baring dan basuh muka dalam kolah. Masa berteraweh, member-member yang lain main polis & thief kat luar...Bermacam lagi la yang mungkin tak dapat aku luahkan kat sini...

Daripada sudut warisan pula, cerita orang-orang tua yang aku dengar, binaan asas Masjid ni dahulunya adalah masjid di Pekan Lumut dan apabila Lumut mendapat masjid baru masjid ini dipindahkan ke Pantai Remis dan seterusnya ke kampung aku. Oleh kerana binaannya daripada kayu dan teknologi orang melayu dulu yang membuat bangunan tanpa menggunakan paku, hanya main sambung-sambung macam LEGO, membolehkan ianya dipindah-pindah. Tak dapat aku pastikan pula tahun bila. Semasa aku mula berpindah ke sini pada tahun 1982, keadaan masjid ni masih elok cuma jarang diimarahkan. Masa aku pindah tu elektrik masih belum ada, jadi dia ada generator ( enjin ) yang perlu dihidupkan, kalu enjin rosak pakai pelita minyak tanah.Terletak bersebelahan dengan kedai Pak Lang Din di simpang jalan dan ditepinya ada sebatang pokok Janggus. ( dengarnya dulu dari Arwah Wak Mahbol, yang tanahnya diwakafkan oleh Tok Wan aku, Haji Taib )..


Dan dari sudut arkitekture pulak, bangunan ini mempunyai rekabentuk atap tumpang,yang mana bumbungnya berlapis untuk aliran pengudaraan yang lebih sejuk. Inyanya ditambah dengan lubang ukiran diatas setiap pintu dan dinding. Kalau tak silap ianya dibina menggunakan kayu Cengal Batu... Sayang masjid ni...


Pandangan dari sisi

Pandangan dari sisi, tempat wanita...

Pandangan dari depan pintu masuk utama, dulu ada bumbung untuk letak motor..aku selalu lepak kat tangga tu...

Dulu kat sini ada tempat makan dan tempat simpan barang-barang ( pinggan mangkuk ). Kat sini gak tempat aku mengaji dulu-dulu...


Terbiar setelah masjid baru siap...

Kat kolah ni dulu ada bumbung...Aku pernah jatuh dalam kolah ni..hehehe

Ada satu masa ada ikan kaloi besar dalam ni...

Ni dari depan mihrab...betul-betul depan kubur..

Masjid tertua di rantau ini, Masjid Kampung Laut di Kelantan ( Bumbungnya juga sama, bumbung tumpang )


***Terima kasih kat Adik Faiez, dia yang tolong ambik gambar ni, sebelum masjid ini roboh, tu pun masa tahun 2006...Aku sayang masjid ni...!!!

***Kampung Padang Serai ni di kawasan Beruas dan Daerah Manjung, Perak bukan Padang Serai Kedah...

Jumaat, 10 Ogos 2012

Lima Kunci Untuk Mendapat Bantuan Allah

Masjid Kampung Padang Serai ( Haji Amir berbaju biru dan Naufal berbaju kuning )
1.Pertama.
Mencintai Masjid.
Masjid adalah rumah Allah yang ada dibumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapapun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.  

2.Kedua.
Solat Tahajud.
Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir.Sebab ia telah mensia-siakan datangnya pertolongan allah.
 
3.Ketiga.
Rajin Bersedekah.
Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian pasti kepada ahli sedekah.
 
4.Keempat.
Bantu Orang Lain.
Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita.
 
5.Kelima.
Banyak berselawat.
 Berselawat kepada Rasulullah SAW adalah amalan yang terpuji.Cinta akan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita.

***Selamat berhari Jumaat.....

Khamis, 9 Ogos 2012

Main Bunga Api

Masa balik kampung minggu lepas, Abang Yus ada beli bunga api untuk anak-anak dia main, dua kotak. Jadi berebut-rebut la anak-anak sedara yang lain nak main. Memula diorang mintak nak main masa lepas bukak puasa, tapi telah dilarang dan disuruh diorang main selepas teraweh.

Aku mula-mulanya memang tak berminat nak tengok, tapi memandangkan Uqaiel pun nak main sama, jadi kena la tengok-tengokkan. ( rasanya ni first time Uqaiel main sendiri bunga api ). Malam tu Basyirah, Imran, Naufal, Nabil, Uqaiel, Irfan dan Iman pun main... Tapi Iman macam tak berapa reti, sebab dua-tiga kali gak dia nak pegang bahagian bunga api...


Uqaiel, tak berapa reti nak pegang bunga api...



Imran, dah expert...

Naufal lagi la..siap belari-lari lagi...


Ni Basyirah....anak tuan empunya bunga api...hehehe


*** Aku tengok bunga api ni makin teruk kualiti dia, dah la tempat pemegang tu lembut, sekejap je dah lembik...Pastu api dia pun kurang, baru nak ambil gambar dah habis apinya...

Rabu, 8 Ogos 2012

Berteraweh dan Moreh di Kampung Padang Serai

Tahun ni alhamdulillah dapat gak sekali berteraweh di kampung ( Padang Serai ). Walaupun orangnya tak la seramai berteraweh kat Penang ni. Tapi kemeriahan dan ke'semangat'an ( ada ke words ni ..hhehehehe )semasa berselawat lebih bersemangat lagi..Imam pada malam tu Imam Muda Azmi dan bilal Pak Lang Hashim...

Lepas teraweh macam biasa la ada moreh..! Aku tak pasti malam ni turn sapa, yang aku tau Bihun sup dan kopi O kaww...hehehe...Abah siap bawak balik lagi sebab tak ramai orang yang makan.

Selepas teraweh selalunya anak-anak muda akan ketuk gendang yang diperbuat dari kulit lembu, tapi sekarang dah takdak...Mungkin semuanya berhijrah ke bandar atau yang muda-muda dulu dah pun berusia...Yang ada hanyalah kanak-kanak...


Jemaah teraweh tak sampai 2 saf..tapi masa selawat memang kuat..

Jangan salah sangka, yang mengambil gambar ni anak sedara aku, si Safwan..

Ni part yang paling best..Makan moreh..!!

Ni la juadahnya, bihun sup dan kopi O...perghhh..!!

Abang Yus...tak angkat kepala tu..

Pak Lang ( Haji ) Hasyim dan Haji Hamid..

Haji Amir...Abah la...

Beberapa orang kampung....

Abang Ngah...

Kat belakang tu Ustaz Azmi ( Aa )..

Zul, anak Pak Lang Hasyim, sedang mengemas....

Adik Faiez, nak bungkus balik ke...?

*** Lain rasanya bila dapat bersembahyang sebelah abah...rasa kagum, dengan umur dia yang lanjut dan ditambah pulak segala macam sakit tapi bersemangat menghabiskan 20 rakaat dengan bertenaga dan pantas....Ada yang muda lapan rakaat dah cabut....

Selasa, 7 Ogos 2012

Iftar Di Kampung

Bersambung entry semalam (link) tak banyak gambar yang diambil sebab semua menjamu selera. Memang meriah habis, tapi harap tak lupa pada yang tak berada...( lupa nak bagi sikit kat orang sebelah, ke dia tak dak kat rumah kot )...Tapi masa ni abah dan menantu-menantu lelaki dah pun ke Masjid sembahyang maghrib ( baru ingat nak ambil gambar ) untuk tatapan adik-beradik lain yang tak dapat pulang berbuka bersama...


Dah tambah satu set meja makan lagi, lagi meriah la...

Aneka juadah..kari ayam kampung maveles tuk makan dengan roti jala..

Tangan sapa ntah...

Ayam kampung masak kicap...perghhh...!!!

Kerang bakar, ayam goreng ni kak lili bawak balik kot...

Sambil makan sambil bergossip nampak, Kak Linda dan Farha...

Kak Lili, Safwan dan Adik..Eh Safwan nampak macam kurus ekk...

Daud dan anak-anak sedara...

Makan jangan tak makan...

Walaupun dah tambah meja makan, masih tak muat...Naufal, Irfan dan My Wife makan kat bawah...

Best friend, Irfan dan Naufal...

Safwan tukar tempat duduk pulak....

Memang makan tak ingat dunia la, asyik ingat akhirat je...hehehe


***Syukur Alhamdulillah dapat berbuka bersama keluarga tercinta dan yang paling best walaupun pelbagai juadah, takde yang terbuang....yang lebih makan untuk sahur dan bukak puasa hari berikutnya...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails