Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 26 Februari 2013

Hari Keluarga Haji Amir- Berkayak ( Photo )

Memang best sangat berkayak ni, apatah lagi bersama-sama keluarga. Memang happening. Memula tu memang macam tak berapa best masa nak mengangkat kayak yang berat tu ke dalam air. Bila tengok anak-anak aku dan anak-anak sedara yang lain yang berkayak sampai tak mau naik, terus aku pun try sekali.. Memang best..!..Walaupun sakit pinggang dan bahu...

Kata tuan punya chalet, kami boleh berkayak kat sungai belakang tu, tapi agak bahaya sebab takdak bot pengiring untuk memantau keselamatan, jadik kami pun berkayak la dalam kolam bekas diorang menternak ikan ni....Memang sesuai la untuk amatur macam kami, apatah lagi ramai bebudak yang nak naik..Jom kita layan gambar...

Nabil yang mula-mula turun dengan Angah...

Kayuh jangan tak kayuh...

Memang bergaya untuk yang first time macam kami...

Achik dan Naufal.....apa yang Achik gelakkan tu..

Mula-mula semua beratur untuk mengambil giliran, pastu tak boleh tunggu terus keluarkan lagi kayak..Thanks Adik yang banyak membantu..

Angah...Solo..

Rasanya ni gambar terbaik..! Macam pro je gayanya...Angah

Aku dan Uqaiel..

Lagi Achik dan Naufal..

Safwan dan Mak Uda Pinny..

Nanti boleh berkayak di Sungai Rejang..

Abah, para ibu dan anak-anak kecil yang hanya memerhatikan dari pelantar..

Imah dan Pija, sambil di guide oleh Angah..

Lagi Imah dan Pija..

Abah dan Kak Lili...kalau tebing tu tak tinggi rasanya Abah dah boleh naik dah kayak ni...

Lagi abah dan anaknya...



Daud dan Aina...

Abang Yus dan Basyirah..

Naufal dan Achik...

Dengan Nabil pulak, dia malas dah nak kayuh...

Rasanya Kak Linda dan Basyirah yang membuat adegan melanggar tebing tu, dia ingat nak naik terus ke tebing tu...

Irfan dan Daud..

Satu keluarga..

***Gambar Adik tengah berkayak tiada dalam simpanan...Bila lagi nak berkayak..?

Hari Keluarga Haji Amir-Berkayak part 2

Final pertandingan kayak, aku pun tak ingat sapa yang menang...

Hari Keluarga Haji Amir-Berkayak part 1

Memang enjoy sangat. Aku tak masuk pertandingan ni, bagi peluang la kat orang lain, nanti menang tak best la memang "pengayak" ( ada ke perkataan ni ) profesional la katakan...hehehehhe...Aku hanya jadik pengadil yang bertopi, berbaju hitam berseluar skinny kat tepi...hehehhe



***Bila lagi nak berkayak ni..?

Rabu, 20 Februari 2013

Amir Chalet, Kampung Baru Ayer Tawar

Aku memang agak takut sikit sekiranya tempat yang aku pilih untuk aktiviti Hari Keluarga kali ni tak menyenangkan adik-beradik yang lain. Tapi bila sampai saja ke tempat ni, aku disambut oleh Pak Cik Amir ( tuan punya Amir Chalet ) memang damai terasa!!...Memang sesuai nak buat aktiviti terutamanya memancing.

Di sini disediakan dewan, surau, chalet, dorm yang memuatkan lebih dari 10 orang, tempat berkayak dan yang best sekali jeti untuk memancing. Katanya ikan yang selalu dinaikkan ialah ikan gelama, kerana sungainya berdekatan dengan muara.

Selama 3 hari 2 malam kami disini, makan ( termasuk breakfast, makan tengahari, minum petang dan makan malam ) disediakan oleh pihak Amir Chalet dengan harga yang amat berpatutan..!

Apapun aku amat berharap semua adik-beradik enjoy dan suka menghabiskan masa di sini...


Keadaan tenang, dipenuhi pokok-pokok, macam kat kampung je...

Tenang...

Dan damai....

Uqaiel, yang begitu teruja...

Berlatar belakangkan Sungai Manjung...

Jalan nak ke jeti memancing dari bilik...memang nampak takut sikit, tapi Uqaiel yang kecik tu pun boleh lalu..

Uqaiel, nak pergi ke tempat memancing....

Ada juga disediakan jeti untuk memancing...

Kolam ikan, boleh jugak kalau nak pancing talapia. Tapi yang best naik kayak la dalam ni...

Berlatar belakangkan chalet-chalet...


***Memang best tempat ni kerana mengenjoykan kami sekeluarga demi mengeratkan lagi tali persaudaraan..

***Pak Cik Amir, nanti kami boleh datang lagi sambil diberi diskaun kerana membuat preview ni...hehehhee

Isnin, 18 Februari 2013

Hari Keluarga Haji Amir- Pagi Sukaneka

Pagi hari kedua, setelah mengambil breakfast yang telah disediakan oleh pihak Amir Chalet, kami memulakan aktiviti sukaneka. Kategori kanak-kanak ada 4 acara kalau tak silap. Acara lari bawak bola ping-pong dalam sudu, acara lompat sebelah kaki, acara bawak gelang getah pakai straw dan acara muzikal chair. 
Manakala kategori remaja pula ada 2 acara iaitu susun suratkhabar mengikut mukasurat dan teka perkataan. Yang bestnya setiap kumpulan siap ada tagline lagi..!

Untuk dewasa pula acara muzikal chair, acara makan apple hijau ( untuk lelaki ), acara masukkan benangg dalam jarum ( untuk wanita ) dan acara lari bersama pasangan sambil mengikat kaki ( aku berpasangan ngan cik wife )- ketiga-tiga acara tu aku kalah..hehehehe...

Walaupun hadiah yang ditawarkan taklah seberapa, tapi kami semua memberikan sepenuh perhatian terhadap setiap acara tanda sokongan moral...Tahniah semua!!

Acara lompat sebelah kaki, kanak-kanak...

Irfan ( kiri ) dan Naufal ( kanan )...

Acik, baru nak memulakan lompatan...

Acara makan buah apple hijau ( lelaki ) Abg Yus sampai berdiri la...

Punya pulun makan, tapi dimenangi oleh Ijal...

Acara muzikal chair kanak-kanak...Dimenangi oleh Imran....cayalah..!!

Acara pemberian hadiah oleh HAji Amir...

Naufal bersama hadiah, berupa jam tangan...

Nabil beserta hadiah...

Uqaiel pun dapat hadiah...semua bebudak dapat hadiah sebenarnya, tak kira menang atau kalah..

Diorang ni orang sibuk-sibuk sukaneka diorang nak buat NAT GEO WILD pulak...

Pantang nampak binatang...katak...

Rama-rama..


***Memang terhibur sangat dan terima kasih pada Kak Linda yang sponsor hadiah...!!!

Sabtu, 16 Februari 2013

Hari Keluarga Haji Amir- Malam bersantai dan berkaraoke

Malam pertama kami sampai di Amir Chalet, selepas minum petang dan makan malam yang disediakan oleh pihak chalet ( sedap masakannya-masih teringat-ingat lagi rasa kari ayam dia ). Malam ni kami hanya beraktiviti santai iaitu berkaraoke, sebab esok akan diadakan sukaneka jadi simpan tenaga.

Mula-mula memang semua eksaited nak nyanyi terutamanya bebudak dan para remaja. Siap senaraikan lagu-lagu yang diorang nak nyanyi, tapi bila bagi kat brader DJ tu, boleh dikatakan semua lagu baru takdak!!...What the hell!!...Sampaikan Naufal nak nyanyi lagu Maher Zain pun tak dak..!! Apatah lagi lagu-lagu baru yang lain yang bebudak mintak. Yang ada lagu rock 80an, dangdut, pop yeh-yeh...menyampah sungguh!!...

Pastu yang lebih membangangkan, tengah nyanyi-nyanyi feel, tetiba terputus lagu tu, terus hilang feel..

Lepas tu semua jadik macam tak bermaya je...Budak-budak semua tarik muka masam...Sorry la semua anak-anak sedara, ni semua diluar jangkaan Bapak sedara korang ni, sebab ingatkan sebagai DJ pro, dia sepatutnya ada semua lagu...Mungkin dia ingat yang nak nyanyi ni veteren-veteren kot. Memang aku tak puas hati, semua anak-anak sedara badmood setelah semua lagu baru yang dimintak takdak, siap Aina ( anak sedara ) kata "aina lahir tahun 92, aina tak tahu lagu-lagu yang sebelum tahun 92"...Kesian....Apapun terima kasih kepada Pak Cik Amir Chalet yang bersusah payah carik DJ karaoke tu. Aku tak salahkan dia tapi salahkan mamat DJ tu...Kalu tau yang dia tak ada lagu-lagu baru, kami mungkin akan usahakan bawak sendiri...


Oleh kerana lagu baru takdak, pihak penganjur terpaksa menyanyikan lagu 80an...

Yang lain menunggu dengan muka masam..

Ni masa mula-mula masuk dewan, masa ok lagi...

Kak Lili dengan Ehsan yang demam...

Lagi-lagi mamat ni je nyanyi....macamana lagu zaman dia je banyak...

Pinny sampai garu kepala la....punya frust...ada ka suruh depa nyanyi lagu dangdut...

Bebudak yang jadi penari latar setelah lagu yang nak dinyanyikan takdak..

Muka-muka yang boring...

Dia lagi...

Daud dan Adik yang jugak frust...

Muka-muka para remaja yang jugak frust..


Nak tak nak, Adik dan Daud menyanyikan lagu Gemuruh, Search & Wings...Apa adik, cendawan akrab??

Dia ni lagi...bukan apa, rugi pulak bayar mahal-mahal tapi orang lain tak nyanyi...

Kesian Aina dan Basyrah...lagu diorang kebanyakannya takdak...kalu ada pun suara penyanyi masih ada...

Angah nyanyi lagu Peter Pan rasanya...

semua mengerumuni si DJ masa dia tengah carik lagu....hampeh..

Naufal menyanyikan lagu InsyaAllah tapi kesian, suara Maher Zain masih ada, ni bukan karaoke ni miming...!


Daud, nyanyi lagu apa tah...

Muka-muka boring...

Muka anak beranak yang boring...

Berduet ngan Imah, lagu dangdut Iwan dan Amalina...aku pun tak tau nak nyanyi lagu ni...ntah hapa-hapa..

Aina dan Basyrah dan lagu Judika, tapi miming la, karaoke takdak...

Naufal, sebelum kena kejutan elektrik...sebab tangan dia berpeluh...heran sungguh..!!!

Adik dan Imah...lagu apa tak tau..


***Aku heran betul, DJ tu siap bagi tahu, kalau tangan basah jangan pegang Microphone. setau aku la, selalu kalau buat konsert mesti berpeluh dan basah tak pernah pulak dengar penyanyi kena karan...!!...Sampai Naufal kena karan la sebab tangan dia berpeluh...apa punya peralatan tak tau...

*** Pak cik Amir Chalet, next time jangan gunakan khidmat DJ ni lagi, mungkin boleh carik yang lain je...apa-apa pun terima kasih sebab arrange kat kami...

***Sorry semua anak-anak sedara, ni semua diluar jangkaan pihak penganjur...


Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails