31 Jan 2014 bersamaan hari Jumaat.
Seperti yang dirancangkan beberapa bulan yang lalu
Link dan
Link, akhirnya terlaksana jugak apa yg dicita. Aku dan keluarga bertolak dari kampung bersama Abah, Pini yang menaiki kereta adik menuju ke Kajang, rumah Ijal. Setelah selesai bersolat jumaat dan makan di Kajang, kami bertolak ke PD. Kak Linda bertolak dari Sungai Buloh, manakala Kak Lili bertolak dari Penang lagi awal-awal pagi. Kak ros memang dah ada di KL atas urusan kenduri. Kali ni Hari Keluarga Haji Amir kekurangan seorang ahli keluarga, iaitu Kak Long dan keluarga yang tak dapat datang atas sebab-sebab tertentu.
Jalan nak masuk PD punya la jem, mungkin cuti sekolah menjadikan penyebab semua orang berpusu-pusu datang ke sini. Akhirnya kami sampai di apartment lebih kurang pukul 7 malam. Setelah check in kami pun turun menjamu selera ( yang disediakan pihak katering )
Selepas solat maghrib, kami memulakan aktiviti seperti yang dirancang, membaca surah Yaasin untuk disedekahkan kepada Arwah mak yang mana semua berkumpul di apartment abah.
Selelah selesai, kami bermesyuarat tentang segala perbelanjaan yang perlu dikongsi bersama dan jugak pengundian untuk menentukan ahli kumpulan untuk sukaneka yang akan berlangsung esok pagi. Malam ni ramai orang sponsor hadiah dan perbelanjaan. Mekasih pada yang sudi menye'sponsor' ( sorry, takdak ayat ni ok...hehehe )
Kami semua sedang mengambil makanan...
Kak Linda volunteer menyendukkan nasik...
Abah....dengan baju kesukaannya..( di beri oleh Ijal )
Bebudak happy je...Nabil, Iman, Naufal dan Irfan...
Biasa la, dah lepas makan malas la pulak nak bangun...gunakan waktu tu untuk bersembang...
Biasa la bebudak...dah main mesti nak menagis....Uqaiel, Ehsan dan Naufal...
Seama bacaan Yaasin yang diketuai oleh Abah...
Ni pulak masa selesai baca Yaasin dan tengah bermesyuarat...
Kutipan dan kiraan duit, Daud siap kira pakai dua-dua tangan...
Abang Ngah datang untuk sponsor...
Bincang.....
Apa la yang dikatakan oleh Kak Ros tu...
Pengendali mesyuarat merangkap organizer, Abg Yus dan Kak Linda...
Cabutan/undian pembahagian pun bermula....telus tau ni...
Angah mencabut undi...
Daud pulak....
Abah tersenyum mendapat nombor kumpulan...
Sedang sibuk orang bermesyuarat, Adik tidur..letih sangat la, drive...
***Terima kasih pada semua...!