Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 27 Februari 2015

Family Day 2015( Hari Ukhuwah )-Part 1

Alhamdulillah...Setelah seminggu berlalu akhirnya dapat juga aku mencoretkan cerita tentang kami, keluarga Haji Amir kat sini...Seperti yang dinyatakan pada post yang lalu, Link. Kami sekeluarga berjaya menjalankan segala aktiviti seperti yang dirancang. Alhamdulillah...

Diantara aktiviti yang dijalankan adalah program ziarah seperti yang tertera di jadual post yang lepas.
Setelah sampai ke Sekin Hotel pada petangnya, kami pergi menziarahi keluarga Pak Cik Ahmad Saidi yang mana bakal menjadi Bapa Mertua adik aku, Firdaus Amir @ Daud.

Terima kasih kepada Pakcik Saidi dan keluarga yang melayan kami dengan ramah. Malam tu kami dijamu dengan bihun goreng...Perghhh...!...lazat....
Kakak-kakak kami disamping 'Bakal' isteri dan bakal Mak Mertua Daud..
Alhamdulillah....InsyaAllah nantikan khabar yang gembira dari kami, InsyaAllah...

**Aku doakan agar perhubungan ini berkekalan hinggalah ke majlis akad dan terus ke akhir hayat...Aminn

Jumaat, 13 Februari 2015

Tuan Guru Nik Aziz..

Assalamualaikum....
Dipagi Jumaat yang agak pilu, dengan kehilangan seorang Ulamak, pemimpin yang kita hormati, sanjungi dan sayangi...
Alhamdulillah...aku dapat jugak berjumpa dengan beliau.....itu pun pada hari raya tahun 2013...
Semoga Allahyarham di tempatkan bersama orang-orang yang soleh...









Video kami anak-beranak berjumpa Tuan Guru Nik Aziz....

Selasa, 10 Februari 2015

Perancangan Family Day ( Hari Ukhuwah )

InsyaAllah pada cuti tahun baru cina yang akan datang, sekali lagi kami Anak-Anak Haji Amir akan menagadakan program tahunan, Hari Keluarga yang ke-4. Terima kasih buat semua ahli keluarga yang bertungkus lumus dalam melaksanakan perancangan untuk kali ini. Kali ini akan diadakan di Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Sekinchan Selangor.

Terima kasih buat Kak Linda dan keluarga, Daud dan Imah yang yang telah berjumpa dengan pengurusan Sekin Hotel.



TENTATIF PROGRAM

KHAMIS ( 19 FEB 2015 )

2.30 ptg   -  Ketibaan ahli keluarga
3.00 ptg   -  Mendaftar masuk
5.30 ptg   -  Tea time & taklimat
7.30 ptg   -  Makan malam
8.30 mlm  -  Sesi suai kenal di Sekinchan ( program ziarah )

JUMAAT ( 20 FEB 2015 ) 

7.15 pagi  -  Sarapan pagi
7.45 pagi  -  Memulakan perjalanan ke Homestay ( untuk acara sukaneka )
8.00 pagi  -  Sukaneka dalam sawah bendang*
12.00 tgh  -  Makan tengahari ( untuk wanita sahaja, lelaki akan makan selepas solat Jumaat )
12.30 tgh  -  Solat Jumaat
3.30 ptg    - Lawatan- Menaiki tram ke IKS & Homestay / minum petang
8.00 mlm  -  Makan malam / BBQ**
                -  Perasmian
                -  Penyampaian hadiah
                -  Persembahan kumpulan / keluarga
                -  Cabutan bertuah
                -  Karaoke

SABTU ( 21 FEB 2015 )
7.30 pagi    -    Sarapan pagi
8.00 pagi-12.00 Tgh  -  Aktiviti bebas ( Memancing / Naik menara tinjau / Sesi bergambar )
12.30 tgh    -    Check out & Pulang ke destinasi masing-masing.

* Bawa baju yang sesuai. Sediakan baju salin/towel kerana kemungkinan akan basah.
** Tema: Arabian Night- Sila pakai pakaian yang bersesuaian dengan tema. Hadiah lumayan menanti keluarga yang paling kreatif.

Diharapkan semua ahli keluarga dapat memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Isnin, 9 Februari 2015

Selamat Datang Puteri Ku..

Assalamualaikum...
Dah berbulan-bulan rasanya aku tak update blog. Sampaikan seorang kawan menegur kenapa lama tak update...( terima kasih kepada silent reader Encik Md Rizal )...Membuatkan aku rasa macam terjaga dari tidur yang agak panjang...Memang banyak benda yang aku nak coretkan, cuma keadaan tak mengizinkan. 

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana telah melengkapkan keluarga aku dengan kehadiran seorang Puteri buat kami sekeluarga pada 20 Disember 2014 yang lalu. Mungkin itu salah satu sebab kenapa sekian lama aku tak dapat update kat sini. 
Sekali lagi perasaan berdebar-debar yang sama ketika menunggu kehadiran 3 anak yang terdahulu aku lalui. Tapi lagi hebat debarannya kerana dulu aku boleh bersama dengan wife dalam labour room, tapi yang ni tak boleh sebab kena operate. Aku hanya menghantar dengan pandangan sayu dan doa je.

Terima kasih buat semua saudara-mara yang datang melawat waima dari jauh. Semua ucapan tahniah hanya layak diterima oleh Cik Wife yang bersusah payah melahirkan anak kami yang keempat ni. Dan terima kasih jugak buat anak-anak yang banyak membantu. Dah boleh menolong dah abang-abang ni, sidai kain, angkat kain, pergi kedai.Ingat lagi malam 20 hb tu lebih kurang pukul 11.45 malam, 3 orang anak lelaki aku ni la yang sama-sama tolong basuh dan menanam uri di kawasan perkuburan, nanti boleh ceritakan kepada adik perempuan depa bila dia dah besar.

Alhamdulillah...sekali lagi kerana melengkapkan kami dengan kehadiran Puteri bernama Dhia Irdeena....

Saat yang sangat mendebarkan...mata tak lepas dari memandang...

Semasa baru berusia beberapa minit..

Kegembiraan yang terpancar dari wajah abang-abang...


Tok we dan Mak Tok yang datang melawat...terima kasih..
Tok Wan dari Perak pun datang dengan kakak dan adik-adik serta anak saudara...Terima kasih...

Dhia lah pelengkap hidup kami...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails