Member Kamcing Anak Haji Amir

Ahad, 26 Januari 2014

Menu Family Day

Setelah berbincang/mesyuarat sesama ahli keluarga di WEECHAT @ sembang-mambang Anak Haji Amir, beberapa malam yang lalu, akhirnya inilah hasilnya untuk menu Family day 2014...

Day/Date
Event
Time
Menu
Friday (31 Jan 2014)
DINNER
8.00-9.00 PM
Ayam goreng berempah
Ikan masin
Kari daging
Sambal belacan + ulam
Buah betik
Air oren

Saturday (1 Feb 2014)
BREAKFAST
8.00-9.00 AM
Bihun/mee goreng
2 jenis kuih
Teh tarik/kopi O

LUNCH
12.30-1.30 PM
Sambal tumis telur rebus
Kari ikan kembung
Ulam + sambal belacan
Buah limau
Air sirap

DINNER
8.00-9.00 PM
Ayam masak merah
Telur dadar + hot dog
Sayur Campur
Buah betik
Air oren

Sunday (2 Feb 2014)
BRUNCH
10.00-11.30 AM
Ayam masak merah
Masak lemak labu + asin2
Sambal belacan
Kerabu perut
Buah tembikai
Air sirap


*Terima kasih untuk semua dan setiausaha, Imah....

Sabtu, 25 Januari 2014

Pergi Sekolah

Beberapa hari lepas, aku pergi ke sekolah Naufal & Nabil kerana dipanggil untuk mengambil wang bantuan kerajaan untuk pelajar sekolah bernilai RM 100 setiap pelajar. Semasa sampai ke kelas Nabil, aku tengok dia leka bersembang dengan kawan sebelah dia, sedangkan cikigu sedang memberi arahan supaya mereka membaca buku...Nabil masih terus bersembang...hei, dia ni la....Beberpa minit lepas tu baru dia perasan yang aku tengah tengok dia...

Masa jumpa cikgu kelas dia, cikgu bagitau yang dia ok, tak bising dalam kelas. Aku cakap kat rumah dia la yang paling banyak cakap sekali....

Masa aku ke kelas Naufal pulak dia tekun tengah buat kerja sekolah...hehehe....Lepas ambil duit, cikgu benarkan bawak balik diorang. diorang ajak pergi makan aiskrim la pulak....hehehehe...Layan aiskrim dulu sebelum hantar diorang balik..!

Selphy...Tunjuk duit seratus yang diterima...


 Layan diorang makan aiskrim....


***Lazatt....
***Untuk semua AJK, petang ni ada mesuarat PIBG, jangan lupa..nak pi kenduri dulu...

Selasa, 21 Januari 2014

19 Tahun Dalam Kenangan..

Hari ni aku masih lagi dalam minggu oreantasi, walaupun aku diantara pelajar yang masuk lambat ke ITM Manjung. Aku bergegas ke dewan makan. Mata aku melilau mencari kelibat Abang Senior yang mengendalikan oreantasi kami. Dia tengah makan dengan kawan-kawan dia. Aku memberanikan diri,
" Abang, saya kena balik...Mak saya sakit, masuk hospital"..kata aku dengan suara bergetar...

Setelah mendapat kebenaran, aku bergegas ke stesen bas Manjung. Setelah mendapatkan tiket, mulalah perjalanan aku ke Ipoh.Fikiran aku kacau bilau sepanjang perjalanan. Aku terus memujuk hati, dengan mengatakan tiada apa yang berlaku pada Mak...Perjalanan terasa sungguh perlahan....

Akhirnya aku sampai juga ke Hospital, setelah tercari-cari akhirnya aku terpandang susuk tubuh insan yang melahirkan aku ke dunia ni, di kelilingi kakak-kakak aku dan abah...Mata cengkung Mak memandang tepat ke mata aku. Dia kelihatan semacam sukar untuk bernafas disamping penyedut gas yang menutupi mulutnya..."Ya Allah...." bisik hati ku....Mak masih diam membisu, tapi matanya tetap memandang ke mata ku, seperti sedang memberitahu, " Li, mak sakit.."..

Aku menjadi kelu, malah aku langsung tak mendekati mak apatah lagi bersalam.! Walaupun aku ingin sangat memeluk mak pada saat itu, tapi aku seakan kaku...Mungkin aku tak sanggup untuk melihat mak menderita menanggung sakit...Aku betul-betul tak tau waktu itu....! Ampunkan Li mak...

Setelah beberapa ketika, mak kelihatan makin tenat.Aku jadi tak tentu arah. Masa aku ke surai, kelihatan Abang Ngah sedang membaca Quran. Selepas tu aku pergi semula ke katil mak. Ketika itu kami semua diminta untuk meninggalkan mak. Katil mak ditutup tirai...Hanya kedengaran di balik tabir doktor dan misi sedang membuat sesuatu..!..Keadaan semakin tegang...Doa tak lepas dari mulut aku, agar mak sembuh...

Akhirnya doktor membenarkan kami masuk,..Ya Allah...mak di biarkan ternganga dan paip terkeluar dari mulut mak.. Aku menutup mata mak sambil cuba mencabut paip tersebut dari mulut mak, tapi tak boleh....! Paip tu bukan hanya di dalam mulut tapi jauh dimasukkan ke dalam...Tahu lah aku yang mak hanya tinggal jasad..! Tiada lagi insan yang aku sayang di dunia ini....! Innalillahiwainnailaihirojiunnn....Kosong...Aku rasa kosong....

Aku diminta kakak-kakak untuk memanggil adik-adik aku yang pada masa tu mungkin tak tahu apa-apa, yang sedang bermain di bawah kerana kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dalam wad. Bila aku sampai ke bawah, adik-adik aku sedang bermain di dalam taman . Semasa menaiki tangga aku nyaris-nyaris bergaduh dengan pak guard yang tak membenarkan adik-adik aku masuk ke wad..!..
"Mak dah mati!"..aku menjerit pada pak guard tu....

Mayat mak tak mau dilepaskan oleh pihak hospital, kerana pihak hospital berkeras nak melakukan pembedahan untuk mengetahui punca kematian mak...Setelah mendapat bantahan, akhirnya mak dilepaskan...

Pertama kali aku menaiki van jenazah....Dalam linangan air mata sepanjang perjalanan aku cuba yakinkan yang ini hanya mimpi..!Waktu itu aku berdoa agar mak kembali bangun...!..

Aku sedar yang mak takkan kembali lagi, lebih-lebih lagi ketika dalam kesedihan jari aku ini menulis kalimah shahadah di dahi mak...Ketika kukucup pipi dan dahi mak buat kali terakhir....Ketika aku sembahyangkan mak...Ketika aku turunkan jasad mak ke dalam lahad...Ketika talkin dibaca oleh Arwah Pak Njang Mokhtar...Aku sedar ini bukanlah mimpi...

**Itu cerita 19 tahun dulu, mak pergi meninggalkan kami pada 21 Januari 1995..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Mak dan mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....Alfatihah....
**Mak pernah kata yang mak tak mahu menyusahkan anak-anak mak..Allah memakbulkan doa mak...Mak pergi dalam waktu sakit yang singkat...
















Sabtu, 18 Januari 2014

Mari Melukis- Jeti 1

Hari ni ada masa lapang sikit, jadi bolehlah kita melukis sikit. Dah lama nak lukis gambar jeti ni, baru berkesempatan nampaknya. Ok, tanpa melengahkan masa, seperti biasa sediakan bahan-bahan asas untuk melukis, kertas lukisan, pensel dan mungkin juga pemadam.

Dimulakan dengan Bismillah....

Mula-mula kita buat garisan horizontal dulu, untuk membahagikan antara laut dan langit...


Lepas tu buat lakaran apa yang ada di jeti, seperti bot atau kapal atau sampan atau tongkang...hehehehe


Dah nama pun jeti, jadi mesti ada jeti kan...lukis jeti..

Lepas tu kita gelapkan sikit lakaran tadi supaya setiap subjek lebih jelas....


Masukkan bayang-bayang untuk lebih menimbulkan subjek kita...


Siap, buat masa ni.. Mudah je kan....Ni belum habis lagi, kita sambung lagi nanti pada post akan datang.....

***Nak kena keluar sat...

Isnin, 13 Januari 2014

Perancangan Untuk Hari Keluarga pada Cuti Raya Cina 2014

TENTATIF HARI KELUARGA Hj. AMIR 2014
31 Januari 2014 – 2 Februari 2014
JUMAAT (31/01/2014)

8.00am :                    Bertolak dari rumah ( hanya untuk anak-anak di kawasan utara    sahaja)

12.00pm :                    Dijangka sampai dan berkumpul di rumah Ijal di Kajang.

1.00 - 2.00pm :            Sembahyang Jumaat ( bagi yang lelaki )

2.00 – 3.00pm :           Makan tengahari. ( sila berikan cadangan )

3.00pm :                      Bertolak ke Port Dickson

4.00pm :                      Dijangka tiba di Rumah tumpangan PD.

5.00 – 6.00pm :           Minum petang ( catering ) ????

7.00 – 9.30pm :           Persiapan + solat maghrib / isyak berjemaah + dinner ( catering )

10.30pm - 3.00am :    Memancing pantai ( optional ) atau tidur/rehat.


SABTU (01/02/2014)

5.50 - 6.30am :            Bangun dan bersiap untuk sembahyang subuh berjemaah

8 - 9.30am :                 Breakfast ( catering )

9.30 – 12.00pm :         Sukaneka

12.30 – 2.30pm :         Lunch ( catering ) + solat zohor & asar

4.00 – 6.00pm :           Aktiviti pantai ( mandi, memancing dan sebagainya ) sambil Minum 
( catering )
7.00 - 9.30pm :            Persiapan + solat maghrib / isyak berjemaah + dinner ( catering )
9.30 – 11pm :              Persembahan keluarga / game show( tertakluk pada keadaan) + sesi penyampaian hadiah
11.00 - 12.30am :        Aktiviti memancing pantai ( dihadkan untuk tidur awal supaya tak mengganggu pemanduan balik esok )  sambil bersembang(optional)

AHAD (02/02/2014)

5.50 - 6.30am :            Bangun dan bersiap untuk sembahyang subuh berjemaah.

8 - 9.30am :                 Breakfast ( catering )

9.30 – 12.00pm :         Sesi bergambar + aktiviti bebas

12.00 – 2.00pm :         Check-out & bertolak balik.



*.Semuanya bergantung kepada mesyuarat akhir dan mungkin ada sedikit perubahan..

** Kak Linda katanya akan menguruskan hal catering & sukaneka.

*** Semua cadangan adalah dialu-alukan..

**** Sesiapa yang ternampak orang jual umpun-umpun untuk dibuat umpan memancing, silalah beli dulu dan claim kemudian...( atau nak beli udang dan sotong pasar pun boleh )


*****Moga Allah permudahkan semua perancangan kita...Amiinnn...


Jumaat, 10 Januari 2014

Hukum Akad Nikah di Masjid


Semalam masa balik kerja, seperti biasa aku singgah bersembahyang Asar di masjid Kampung Rawa. Dah 6.30 dah baru dapat buat Asar. Masa aku sampai memang penuh kereta parking kat depan masjid tu, oo..ada majlis akad nikah. Lepas berwuduk terus aku sembahyang....Punya la bising, diorang dah habis akad dah tengah bergambar. Nanti kalau aku sebut kaum tu kata aku rasis pulak, tapi memang bising sangat la, macam rasa dalam pasar pulak. Bayangkan macamana nak mendapatkan khusyuk kalau dah bising macam ni.!

Bila dah selesai solat, keadaan bising masih berlanjutan, aku tengok pak cik yang selalu lepak kat masjid tu pun tak kata apa. Siap diorang dukung ada satu mamat tu lagi ( aku tak tau apa motif dia, mungkin bergurau)..Bukan saja budak-budak yang buat bising, malah orang tua pun lagi teruk..!

Walaupun diorang di bahagian belakang, tapi bising sampai ke depan..

Kereta pengantin..

Berkelompok-kelompok...



Macam ni la, memang dulu pun aku masa kawin akad nikah di masjid jugak, tapi kami jaga adab, tatatertib dan tak buat bising. Sekarang dah jadi trend semasa, kalau nak nikah je mesti kat masjid.Aku tegur satu kelompok, kelompok yang lain masih lagi bising....

Ni mai kita tengok video ni apa hukumnya buat akad nikah di masjid, aku nak cakap banyak pun tak guna....

Khamis, 9 Januari 2014

Anak Haji Amir The Return - part 2

Tujuan sebenar kami ke Johor ( Link )adalah untuk menemukan abah dengan kawan lamanya semasa bertugas dalam British Army di Singapura dulu. Kawan lama dia, Haji Tahir ( yang akhirnya diserapkan dalam TLDM ). Akhirnya terubat rindu setelah lebih kurang 32 tahun tidak berjumpa.

Makan-makan di rumah Haji Tahir...

Sambil berborak kisah-kisah lama..

Terpancar kegembiraan setelah sekian lama tak berjumpa...

Tengok gambar lama sewaktu dalam tentera..

Abah barisan belakang, dua dari kiri...

Yang ni pulak Abah ( depan -hensem tu...) dan Allahyarham Pak Cik Syarif...

*Abah gembira anak-anak puas hati.....!!
** Terima kasih pada semua adik-beradik yang bersusah payah menjayakan rombongan ni...!

Rabu, 8 Januari 2014

Anak Haji Amir The Return-Part 1

Assalamualaikum pembuka bicara....
Berbulan-bulan aku tinggalkan blog ni bersawang tak berjaga bagai peliharaan yang kehilangan tuan. Hehehhe...Terlalu sibuk sekarang ni. Walaupun begitu aktiviti anak-anak Haji Amir pada cuti sekolah yang lalu telah pun berpenghujung minggu lepas.

Diantaranya ialah rombongan ahli keluarga Haji Amir ke Negeri Johor untuk menemukan Haji Amir dengan kawan lama beliau semasa bertugas sebagai tentera British di Singapura suatu ketika dahulu....Layan gambar perjalanan kami sekeluarga...!

Perjalanan dari Kuala Lumpur..

Kak Linda dan keluarga sebagai ketua rombongan..

Menginap di Homestay Sri Delima 2

Berkumpul setelah penat berjalan jauh...

Orang kata sambil menyelam minum air, alang-alang dah sampai johor....

Kak Linda dengan ikon Maybank...

Tok Wan bersama anak, cucu dan menantu...

Abang Yus layan water park dengan Imran...

Kak Linda dan keluarga...

Mak sedara dan anak-anak sedara...




Tok Wan pun join jugak...

Abah memang sporting walaupun dia sakit lutut...







Iman dan Imran....lebih kurang sama besar ja...

Abah, tersenyum...

Ni benda ni punya tinggi....tapi...

Abah naik selamba je...caya lah abah..!

***Diorang semua memang enjoy sesangat la tu dapat pergi Legoland....Terima kasih kepada yang menyumbangkan gambar..
***Bersambung part 2..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails