Member Kamcing Anak Haji Amir

Isnin, 30 Julai 2012

Mari Melukis: Episod Buat Kad Raya

Agak sibuk diwaktu-waktu yang begini...Masih lagi berkesempatan untuk melukis. Nak dekat nak raya ni ( dekat dah ka..) mula la nak menghantar kad raya. Jadi kena la buat lukisan sikit untuk kad raya tu...Memang dulu-dulu (masa bujang ) buat sendiri kad raya 100%, lukis, kad, tulisan...Tapi sekarang ni tak sempat la, sementelah pulak banyak yang nak dihantar, jadi aku hanya lukis lepas tu print dan tampal atas kad raya saja...

Jom kita belajar melukis....


Dimulakan dengan Bismillah....dan dengan menggunakan pensel mula buat lakaran luaran apa yang kita nak lukis di atas kertas lukisan water colour...

Lepas tu detailkan setiap subjek yang kita lukis, mulakan dengan muka dulu sebab kalau muka hancus, baik tak yah buat badan hehehehe.......Naufal...

Aku la....memang tak reti nak lukis muka sendiri...

Cik Wife...

Uqaiel....

Last sekali, Nabil....

Siap semua muka yang kita nak lukis.....

Bila dah siap muka baru detailkan badan ...dan masukkan sekiranya nak masukkan apa-apa tulisan...Tahun ni aku nak tulis jawi pulak....

Lepas tu mulakan mewarna, macam tadi jugak mulakan dengan muka dulu... ikut la medium warna apa yang kita suka...aku guna water colour je...

 Bila dah siap muka, warnakan baju....

Masukkan kerawang-kerawang atau sulaman sikit pada baju orang perempuan, takkan plain je....

Warnakan tulisan Selamat Hari Raya pulak...


*** Belum siap lagi....relek dulu.....Nanti kita tengok kesudahannya..dengan Uqaiel pijak alatan melukis la, Nabil dan Naufal tumpang melukis jugak la......Rehat sekejap...

Sabtu, 28 Julai 2012

Pagi-pagi

Layan Ustaz Danial Zainal Abidin kat TV9.....dengan tajuk jauhi sombong...

"No man is a complete island.."

Malas nak tulis panjang-panjang.......

Hehehehe...ari ni tak kerja, nak relax sikit sebelum buat kad raya....next next entry....

Jumaat, 27 Julai 2012

Ragam Puasa

Dah masuk hari keenam kita semua berada dibulan Ramadhan. Macam-macam kerenah kat rumah, budak-budak la. Macam hari rabu lepas kami sekeluarga terlambat bangun untuk bersahur, sedar-sedar dah pukul 6. Samada alarm handphone tak berbunyi atau kami yang tidur mati..!...hehehehe...nasib baik la hari rabu Naufal takde KAFA, leh balik awal. Siap sehari lepas tu Abah tolong kejutkan dengan call dari kampung....hhehehehe....Tapi diorang ( Naufal dan Nabil ) steady, puasa penuh setakat ni tak tinggal lagi....

Walaupun baru hari keenam berpuasa, tapi dah pun mendengar lagu raya. Tak macam dulu lagu raya hanya berkumandang di corong radio pada 15 hari berpuasa dan amatlah dinanti-nanti oleh semua. Sekarang ni boleh dengar bila-bila, pada hari raya cina sekalipun..!...hehehe.....Adik aku, Faiez puasa pertama dah pun dengar ( masa dia balik kampung menaiki motor ). Kira aku ni ok la jugak...

Tiga hari lepas, sambil dengar lagu raya sambil aku SMS adik-beradik aku tanya diorang tengah dengar lagu raya ke...Kak Long siap jawab, aik baru puasa dah dengar lagu raya, dia kata dia tengah dengar bacaan Quran Sheikh Mishary.......Insaf jap aku, terus tutup lagu raya, bukak bacaan quran........
Tapi tak boleh lama, terus mengantuk...hehehehehe...( tu masa Syaitan takdak tu )....

Waktu berbuka dan bersahur biasa-biasa saja, makanan tak pernah tak habis semua licin....Anak-anak tak banyak songeh, diorang makan apa je yang ada, tapi kena ada telor...hehehehe...

Banyak pulak songeh...oklah sambung lagi nanti...Selamat Berpuasa..!!!

Sabtu, 21 Julai 2012

Hari Pertama

Alhamdulillah....
Allah panjangkan umur kita untuk sampai ke bulan Ramadhan tahun ni. Dah pun lewat petang, lebih kurang 45 minit lagi kita semua akan berbuka puasa untuk hari yang pertama ni. Selalunya kalau hari pertama berbuka, juadahnya agak grand dari hari-hari biasa, selalunya la...

Aku hari ni tak tahu la makan apa,( konon baget apa yang ada atau terhidang tu la yang menjadi santapan ), sebab hari ni aku berbuka di rumah mertua jadi tak tahu la apa yang diorang masak. Tapi aku dah terbau udang goreng yang menyiksa batin...hehehhehe...

Naufal dan Nabil jugak berpuasa pada hari pertama hari ni. Walaupun kelihatan agak lemah tapi masih boleh aktif berlari-lari dan nak berbasikal....memang best la diorang ni..!

Udang BBQ, ni masa kat kampung dulu...

Kalau kat kampung, mesti abah akan sembelih ayam...
Ok lah, selamat berbuka semua...!!!!

Jumaat, 20 Julai 2012

Siapa Di Luar..?

Salam...
Aku nak panjangkan permintaan tolong anak sedara aku Ayman, sesiapa sahabat  blogger yang sekarang berada di luar negara, bolehlah emelkan gambar dan ucapan selamat hari raya, untuk disiarkan dalam Surat Khabar KOSMO...Sila emelkan pada link yang diberikan...

Terima kasihh...!!!!

Selamat Datang Sayang...!!

Kekasih ku datang lagi..
Ramadhan....
Ya, Ramadhan datang lagi menjengah. Memberi peluang kepada insan kerdil seperti aku mengumpul sebanyak mungkin pahala dan peluang keemasan yang diberikan pencipta, Allah yang Pengasih dan Penyayang. Hanya kepada umat Nabi terakhir, Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., bukan kepada umat-umat nabi terdahulu yang bertubuh besar, gagah perkasa dan panjang umurnya .

Ya, insan kerdil dengan jangka umur yang pendek seperti aku amat memerlukan belas kasihan dari Rabbul Jalil. Oleh kerana kasihnya Allah pada Junjungan Besar Nabi Muhammad, maka dikurniakan bulan yang mulia, bulan Ramadhan kepada kekasihnya dan tempiasnya dapat kepada aku umatnya.

Semua kebajikan digandakan buat kita dibulan ini. Semua amalan sunat digandakan pahalanya seperti amalan wajib. Manakala amalan wajib digandakan sebanyak 70 kali. sepertimana kata ustaz dalam ceramahnya, sekiranya kita bersedekah pahalanya seperti membayar zakat dan sekiranya kita membayar zakat/nafkah digandakan menjadi 70 kali ( contoh bayar zakat RM 1000 sama dengan pahala kita berzakat RM 70,000..!!!! ) Tapi yang paling penting sekali niat atau hati kita...." Innamal a'malu binniat" yang bermaksud Hanya sesungguhnya segala amalan itu dengan niat. Tak lupa juga anugerah " Lailatul qadar" dari Allah buat kita.

Sekadar hiasan, Masjid Kampung Seronok, Bayan Lepas..
Dengan kedatangan Ramadhan yang mulia ni, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan buat Bapak yang disayangi Haji Amir, Isteri yang dicintai, anak-anak, kaum keluarga, sanak saudara, kawan-kawan, jiran-jiran dan tak lupa juga semua pengunjung blog Anak Haji Amir...Semoga kita semua mendapat keberkatan....

***Panjang pulak aku tulis ni...hehehe

Khamis, 19 Julai 2012

Alahai Bendera Negeri Ku

Semalam masa balik ke pejabat dari 'site', aku terperasan sesuatu yang tak betul masa berhenti kat lampu trafik. Aku nampak deretan bendera negeri-negeri di Malaysia di bangunan Komtar tu. Kalau korang orang Perak macam aku mungkin akan perasan, kalau tak mungkin rasa dah betul dah. Cuba tengok betul-betul....

Lampu trafik kat simpang enam, berhadapan dengan Komtar..Nampak tak...

Zoom sikit....amacam...

Zoom lagi....nampak tak ( walaupun tak berapa jelas )

Bendera negeri ku digantung terbalik..!!!!

***Tak tahu kat sapa aku nak lapor.....

Rabu, 18 Julai 2012

Seorang Lagi?


***sekali lupa pulak dah apa nama seorang lagi tu.....hehehehe

Selasa, 17 Julai 2012

Uqaiel dan Pembonceng, sepupunya Iman

Gambar lama, sewaktu Ijal datang ke rumah. Sempat lagi Iman membonceng di belakang Uqaiel. Menunggang dengan cermat dan berhati-hati..!!


***Buat Adik yang berulang alik ke tempat praktikal..!!!

Jumaat, 13 Julai 2012

Ke Sekolah Naufal dan Nabil ( S.K.Mutiara Perdana )

Semalam, ambik cuti sebab nak kena pergi ke sekolah Naufal dan Nabil untuk menandatangani keputusan peperiksaan yang baru lepas. Disamping bertanyakan prestasi pelajaran diorang.

Masa sampai ke kelas Naufal pukul 11 lebih, dia nampak seronok sebab boleh balik terus lepas tu. Bila jumpa cikgu kelas dia, Cikgu tunjukkan keputusan peperiksaan, banyak gak subjek. Semuanya B, kecuali Pendidikan Islam dan Sains dapat A manakala Matematik dapat C..Dia ni kena lebihkan lagi latihan matematik ni. Lupa pulak nak tanya kedudukan dia dalam kelas. Periksa kali ni tak menyebabkan dia turun atau naik kelas, tunggu akhir tahun baru ada. Cikgu dia tak cakap banyak sebab hanya mengajar dia matapelajaran Sains saja.

Lepas tu pergi pulak kelas Pra sekolah Nabil. Diorang tengah tengok cerita kartun kat TV. Bila sampai turn kami, Cikgu dia tunjukkan keputusan dia pulak, semua ditahap 3, cuma satu je tahap 2 iaitu bahasa inggeris ( semuanya sampai tahap 6, oleh kerana baru setengah tahun, jadi cikgu kira tahap yang ke tiga saja ) Nabil dapat komen positif dari cikgu, yang katanya Nabil pandai ambil hati semua orang dan semua orang suka nak kawan dengan dia. Dia jugak dapat menguasai semua pelajaran. Cuma kata cikgu dia yang tak tahan tu, dia terlalu banyak bercakap sampai cikgu tak larat nak dengar. Sampai cikgu dia tanya, cuti sekolah yang lepas ada bawak diorang melawat Zoo ke.. Sebab kata dia, dah lebih 2 minggu ( selepas cuti ) Nabil tak habis-habis lagi cerita pasal dia pergi zoo.

Akhir sekali kata cikgu tu yang diorang berdua ada potensi untuk berjaya masa darjah enam nanti ( katanya ada ustazah yang mengajar Naufal pun kata Naufal ok )

Nabil dan Naufal di depan sekolah...

Makan kat kantin..


*** Anak-anak abah belajar la pandai-pandai...dan jadi anak yang soleh..!
( gambar ni masa hari pertama bersekolah )

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails