Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 24 Julai 2009

Bergambar Hari Raya Tanpa mak..


Assalamualaikom....


Lama dah tinggal blog ni rasanya..sibuk skit skarang nih, almaklumlah nak jaga Naufal & Nabil, sementelah pulak ada orang baru, Uqaiel Nabhan dan umminye plak tak berapa segar. Semua lukisan yang nak buat untuk post kat sini tak siap lagik. Minggu lepas jumpa Adik faiez kat umah kak lili, dia ada la tengok sikit lukisan tu....


Sementara tu k.long ada email satu gambar kat aku. K.long suruh post kat blog pastu tulis ler cerita sikit. Sedih tengok gambar tu, semua kurus-kurus kering jer. menurut K.Long gambar tu diambil masa hari raya ( tahun yang pertama ) selepas kematian mak, maknanya tahun 1996 le kalu tak silap.
Tengok sorang-sorang macam tak ceria jer. Abah pun kurus lagi, rambut pun hitam lagik. Rasanya mase ni yang dah kawin k.long & k.lili jer. Tengok Pinny ngan Imah, kecik jer ngan tudung pun sengat. Ijal lak masa ni le tengah buas ni. Kecik jer ( ingat masa balik kampung baru nih, aku gelak kat dia, sebab dah gemuk , mulut jadik kecik jer ) Daud dan adik pun kecik jer. tak sangka cepat sangat masa berlalu, semuanya dah besar-besar dah. Yang dah besar bertambah besar.( aku ler tu )
Kejap jer masa berlalu. Sebenarnya aku ni tak tau apa nak tulis berkenaan gambar yang k.long kirim ni. Oleh yang demikian, mintak tolong ler pada semua pembaca terutama anak-anak haji amir tolong komen bebanyak...
adioss...

Khamis, 23 Julai 2009

Video Klip artis Di Kampung Padang Serai



Kita berhibur sikit dulu , jangan hiba-hiba baca post sebelum nih..Sementra nak tunggu post baru siap, layanlah dulu video klip nih yang dijayakan oleh Safwan, Fildza & Amirul Hakim(Angah).Video Klip nih dah lama dah, kalu tak silap tahun lepas punya. Yang empunya ideanya ialah Adik Faiez, dia lah jurukamera, dia la director, dia la yang arranged tempat pengambaran semua-semua dia ( termasuk bancuh air teh & buang sampah sekali ) sehingga terhasillah video klip nih.... Lokasi kat belakang rumah abah, tempat kopek kelapa ngan bersiang ayam ( kalu sembeleh ayam la )

Mungkin ada diantara ahli keluarga kita yang dah tengok klip ni, tapi bagi yang belom tengok tu, layannn....

Sepatutnya ada satu lagik klip nih, yang Fildza menyanyi, eh miming tak tau mane pegi tah...Sapa yang ada buleh ler bagi..

Rabu, 8 Julai 2009

Orang Baru Keluarga Haji Amir

Muhammad Uqaiel Nabhan Bin Mohd. Fadzli. Akhirnya lahir pada 5 Julai 2009 pada jam 4.57pagi. Uqaiel bermaksud cerdik, dan Nabhan permaksud pahlawan.... Mungkin sebab dia menyabung nyawa untuk lahir ke dunia yang fana nih. Setelah Ummi dia berhempas-pulas menanggung kesakitan, setelah di bubuh ubat untuk memaksa dia bersalin sebab mengikut kata doktor air ketuban dah kurang dan kena bersalin jugak.
Masa baru keluar tu aku tengok tali pusat dia terbelit kat tengkok, doktor cepat-cepat rungkaikan lilitan tali pusat tu 2 kali....lepas tu terus dia nangis.... Alhamdulillah........

Moga-moga Muhammad Uqaiel Nabhan menjadi anak yang soleh hendaknya....Amiiiinnn.....











Rabu, 1 Julai 2009

Kenangan masa sakit

Gambaran abah bersusah payah naik basikal untuk beli mi goreng dan air oren botol.


Dah dua malam Nabil ngan Naufal batuk lepas tu muntah. Diorang baru lepas demam selsema, batuk. Nabil lak dah dua minggu semenjak kena lelah itu ari. Kesian tengok, tido jer batuk pastu terus muntah keluar semua kahak ngan apa yang diorang makan malam tadi. Ubat tak yah cerita la dah dua kali pi klinik, ubat dah abis tapi macam tu jugak.


Kesian tengok diorang, apa yang aku boleh buat ialah sapu Vicks jer kat badan diorang, kat kaki, pastu berserah kat Allah, supaya Allah ringankan beban sakit diorang sikit. Tapi tak pa gak sebab siang diorang aktif, tak duduk diam.


Teringat aku masa aku kecik-kecik dulu, aku la yang paling banyak sekali sakit ( aku rasa la ) dan yang paling menyusahkan mak dan abah. Masa aku urut badan Naufal ngan vicks, teringat masa arwah mak urut belakang aku masa aku kena penat & batuk dulu. tangan mak kasar je kesan kerja dapur yang mak selalu buat.Masa tu aku tak berapa suka sangat pasal tangan mak kasar. Pastu apa yang mak bubuh kat dada aku untuk redakan penat ngan batuk aku, mak pi ambik DAUN POKOK KAPAL TERBANG kat luar ( kadang-kadang mak suruh kakak-kakak aku ambikkan ) Pastu mak ramas-ranmaskan dengan air dan mak sapu kat tengkok, dada. Kalu tak silap mak letak sikit asam limau, bau dia ya Allah saja yang tau, sampai nak termuntah. Tapi mak kata untuk buat ubat ni tahan la sikit. Aku sukup tak suka kalu mak bubuh daun kapal terbang ni, tapi mungkin masa tu mak mana nak carik ubat lain dah untuk mengubati aku. Aku insaf mengenangkan saat tu. Rindu plak nak rasa tangan mak mengurut belakang aku, walaupun kasar, amat-amat rindu.......Kekadang abah pon urut gak aku, mungkin dia tak tahan dengar aku menanggung sakit masa tu.


Ingat lagi kalu lepas baik dari demam atau penat mak mesti tanya, nak makan atau minum apa. Seperti biasa aku cakap nak air oren ngan mi goreng. Abah akan naik basikal pi batu hampar atau beruas untuk beli apa yang aku mintak. Dalam keadaan kekurangan diorang tunaikan permintaan aku. Tapi bila abah dah beli, aku bukan makan sangat pun sebab mulut rasa tak sedap. Tak tau sapa yang makan, adik-adik aku atau pon kakak-kakak aku.
Tapi semuanya tu hanya tinggal kenangan dan sejarah yang tak mungkin hilang dari kotak fikiran aku ini....
Adiooss

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails