Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 30 November 2011

Iphone ke ni?



Masih lagi kat kampung, ternampak Naufal tengah pegang iphone, letak kat telinga dia. Aik, mana pulak dia dapat iphone ni. Siapa punya, dah la merah menyala pulak tu. Jom kita tengok...

Naufal tengah pakai iphone...

Eh Bertangkai pulak...

Alamak, bukan da...


Sekali sikat daaa...sapa punya tak tau...



***Sapa yang empunya sikat silalah komen....!!!

Selasa, 29 November 2011

Mesin Urut Abah

Abah dah ada kerusi urut. Kalau lenguh-lenguh badan tu dah takde sapa nak urut, boleh la baring sambil kerusi tu urut. Hadiah daripada anak-anak sempena hari lahir abah yang baru lepas. Bila balik kampung, yang menjadi salah satu tarikan, kerusi urut ogawa ni la. Lepas sorang-sorang mengurut badan diorang, sampai ada yang tidur-tidur la punya asyik..!!! 

Naufal yang pertama kali cuba....
Mengeliat-mengeliat dia, sakit katanya....
Sapa pulak yang menerai mesin urut abah ni......
***Nasib baik bebudak kecik takut dan tak berminat, kalau tak jenuh berebut la dengan diorang...

Ahad, 27 November 2011

Nasi Lemak Kopi-O

Naufal dan Nabil memang suka sangat makan nasi lemak. Tapi diorang panggil nasi lemak kopi-O ( nama rancangan pagi kat TV9 ). Naufal memang makan pedas dan Nabil makan nasi lemak gulai yang tak pedas. Tapi kebelakangan ni Nabil pun dah makan pedas dah.
Tapi apa yang tak bestnya, kalau diorang makan nasi lemak ikan bilis, ikan bilis yang bersalut kuah tu diorang letak tepi, tak makan. Kata masin la, pedas la.

Pagi tadi sarapan makan nasi lemak kopi-O lagi dan macam biasa diorang tinggalkan ikan bilis bersalut kuah tu.

Abah : Naufal, kenapa tak makan ikan bilis tu?

Naufal : Ikan bilis ni masin la..

Abah : Ikan bilis tu la bagus, ada zat besi. kalau makan tulang jadi kuat macam besi.

          Baru la tak sakit.

Nabil : Tengok macam abang ( anak pengasuh ) tu, dia tak makan ikan, kaki dia berdarah kena kaca.

Abah : ...............!!!


***Nabil seorang yang banyak bercakap orangnya...Selamat menyambut tahun baru Hijrah buat semua dan selamat bercuti...!!!

Sabtu, 26 November 2011

Seksi, Top less..!!!

Tajuk memang mengujakan..!!...Tapi tak de apa-apa, cuma berkisar apa yang berlaku di kampung. Kalau berkumpul ramai-ramai kat kampung, bebudak la yang paling seronok sekali. Kat kampung la diorang boleh berjumpa sepupu-sepupu diorang dan boleh main pasir la, rumput la, ayam la, kucing dan macam-macam lagi. Bila dah berlari-larian sana sini mula la panas dan kena bukak baju..

Bila dah bukak baju baru la nampak segala gendut dan sesulit...Tengok la diorang posing ala-ala Fasya Sanda....Hai anak-anak.....

Naufal, Nabil dan Irfan...
Gembira sungguh diorang bergambar...Kat belakang tu Uqaiel...

Tersengih diorang, Ihsan pun nak masuk jugak, tapi belum cukup kategori lagi...


***Seksi tak..???

Jumaat, 25 November 2011

Hari Raya Korban 2011/1432 Hijrah

Terlampau sibuk sangat sekarang ni, almaklumlah dah nak hujung tahun. Menyebabkan blog berhabuk dan entry yang nak dipublish pun terbantut. Walaupun dah nak sampai ke penghujung bulan Zulhijjah, cerita pasal Hari Raya Korban yang lepas aku nak buat hari ni. 

Macam biasa semua ahli keluarga ada kecuali Kak Long yang beraya di Tumpat, Kelantan dan Pinny yang tak balik dari Serawak. Dan macam biasa jugak selalunya hari raya korban ni selalunya simple-simple je, yang meriahnya cuma masa buat korban. Selepas bailk dari sembahyang sunat aidil adha, balik rumah untuk makan, sementelah pulak Pak Ndak Can, Pak Lah dan pak Jali ( Tok Siak ) Ustaz Aa ( Imam ) dan Imam Ramadhan ( yang masuk Akademi al-Quran yang lepas ) ada kat rumah, diorang datang ziarah.

Selepas semuanya balik, kitaorang pun pergi la ke tempat penyembelihan, kat rumah Pak Lang Hasyim. Bila sampai kat sana, seekor lembu dah tumbang ( lembu orang lain ), manakala lembu kami masih berdiri gagah.

Abang Ngah mewakilkan kat Pak Lang Hasyim untuk menyembelih..
Lembu kami, masih teguh berdiri...
Walaupun cuba ditarik kaki, tak berganjak...
bantuan lebih ramai orang diperlukan, tu pun susah...
akhirnya menyembah bumi...
 Adegan menyembelih tak sempat Safwan rakam sebab dia buat mode video.....

Selepas siap disembelih, upacara melapah dijalankan...Semua anak-anak lelaki Haji Amir mengambil bahagian...

Tapi ramai juga orang kampung lain yang membantu...terutamanya anak-anak Pak Lang Hasyim
Hampir siap dilapah..

Nabil, Irfan dan Naufal, diantara yang meramaikan...

Safwan, Abang Yus dan Abang Ngah..

Abang Yus, Ijal, Safwan dan Abang Ngah..

Tuan Director, Haji Amir...

Abang Ngah mengasah kapak...

Kaki lembu yang dipotong terpaksa dibawa dengan cepat sebab hari dah mula hujan...
***Gambar semasa membahagi-bahagi daging tiada kerana masa ni semua orang mengambil bahagian...


Dah ada yang mengecop kaki ni...hehehehe

Pakcik ni nama dia "MAN KIAMAT", aku baru first time jumpak...ganas nama dia...

***Seperti biasa harap mohon dan maaf andai entry ini ketinggalan zaman yang teramat...

Rabu, 16 November 2011

Burger Sangat Tinggi.!!


Malam tu Nabil mintak nak makan burger, manakala Naufal pulak makan nasik goreng cina. Aku pun start moto pergi gerai jual burger walaupun hujan renyai-renyai. Kedai tom yam pulak tutup kena pergi kedai yang lagi satu. Bila dah siap semua, balik rumah la.

Masa diorang tengah makan tu tetiba Nabil bersuara,

" Abah, burger ni sangat tinggi , Nabil tak boleh nak bukak mulut besar, ada skru.." sambil mengangakan mulut dia yang comot dengan sos tomato dan mayonis....heheheh....

"Ada skru" tu ambil dari banyak tengok Nat Geo Wild la tu.....

*** Terlalu sibuk kebelakangan ini, entry pasal raya haji pun tersangkut lagi. Thanks pada yang sudi singgah..!!

Selasa, 1 November 2011

Penangan IKEA..

Semalam sampai ke Penang dalam pukul 2.30pagi ( office ) Dari office ke rumah dah pukul 3... Setelah berpenat lelah berjalan sehari suntuk dalam IKEA. Memang letih sangat-sangat tapi pagi ni dah kena pergi office.
Entry semalam aku salah tulis, bukan 'Shoe House' tapi SHOW HOUSE...hehehehe....typing error....
Walaupun letih tapi best sebab dapat shopping gila-gila punya. Main ambil je apa yang kita nak untuk Show House. Nak tu ambik, nak ni ambik...memang best kalu shopping macam ni, pasal duit jangan dihirau, semua masuk akaun boss...


Lobby Grond Floor dari tingkat satu...

Masa tunggu member nak makan...

 Mula-mula macam malu-malu, ambil sikit je...

Lepas tu penuh satu troli...

Last sekali...tu dia sampai 6 troli dibuatnya...

 Semasa nak masukkan barang dalam kereta...CRV dan PAJERO..pun tak muat, kena susun elok-elok dan duduk bersama barang-barang.. 
 *** Selepas makan malam, pukul 9.30 malam bertolak ke Penang, walaupun pada mulanya sesat seketika, dapat juga carik highway....hehehe...Habis dalam RM 10 K + + gak semalam...


Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails