InsyaAllah, 7.30 esok pagi mereka akan bertolak dari lapangan terbang Bayan lepas. Diharap mereka dikurniakan Haji yang mabrur dan selamat pergi dan selamat kembali menemui kaum keluarga tercinta..
Walaupun suasana diselubungi keadaan yang tak berapa ceria, tetapi keletah Irfan, Naufal, Nabil dan Imran( sepupu Safwan )menceriakan sedikit suasana. Semasa bersalam dan berpeluk kak lili terasa kelu yang hanya terlafaz hanyalah " kirim salam kat Nabi..."
Kak Lili dan abang ngah pergi dengan Mak abang ngah dan mak tam. Bapak,adik-adik, Mak sedara dan sepupu abang ngah pun ada sekali menghantar mereka, manakala Aku, Naufal dan Nabil mewakili keluarga Haji Amir...( gambar akan diupload esok )
Bersama ahli keluarga abang Ngah...
terasa juga letih dan mengantuk...
Mak Abang Ngah..
Walaupun tersenyum tapi mata tetap berkaca..
Kak Zah( pengasuh Ihsan ) Kak Lili sekeluarga, Naufal dan Nabil
Updated- baru dapat mms dari Kak Lili, gambar kapal terbang yang akan mereka naik untuk ke Mekah ( dari dalam ruang menunggu )
*** kualiti gambar kurang memuaskan kerana hanya menggunakan Hand phone