Kini semuanya hanyalah tinggal kenangan. Tak mungkin dapat diundurkan masa...Moga kita bertemu di Syurga dengan izin Allah...
Member Kamcing Anak Haji Amir
Jumaat, 29 April 2011
Memulakan Perjalanan Ke Port Dickson
Gaya Asuhan Ibu Bapa
Mari kita memuhasabah kembali diri kita, bagaimanakah cara kita mengasuh anak-anak kita. Secara umumnya kita rasakan tidak melakukan apa-apa kesilapan sesmasa mendidik anak-anak. Bagaimanapun, mari kita semak tip di bawah...gaya asuhan manakah menjadi amalan seharian kita di dalam mendidik anak-anak... KESAN GAYA ASUHAN POSITIF IBU BAPA TERHADAP SIKAP DAN TINGKAHLAKU ANAK 1) Jika anak sentiasa diberi kasih sayang tanpa syarat ia akan menjadi seorang yang penyayang. 2) Jika anak selalu ditabahi ia akan menjadi seorang yang penyabar. 3) Jika anak selalu diberi galakan ia akan menjadi seorang yang yakin diri. 4) Jika anak selalu diberi pujian ia akan menjadi seorang yang menghargai dirinya. 5) Jika anak dilayan dengan saksama ia akan menjadi seorang yang bersikap adil. 6) Jika anak diberi pengiktirafan ia akan suka dan sayang pada dirinya dan pada orang lain. 7) Jika anak dihormati ia akan menghormati orang lain. 8) Jika anak sentiasa didampingi dan diterima ia akan menjadi seorang yang tahu menjadikan dunia ini tempat yang seronok, selesa dan bahagia. 9) Jika anak sentiasa dihargai ia akan menjadi seorang yang produktif. 10) Jika anak diberi perlindungan ia akan menjadi seorang mempunyai kepercayaan diri. KESAN GAYA ASUHAN NEGATIF IBU BAPA TERHADAP SIKAP DAN TINGKAHLAKU ANAK 1) Jika anak selalu dikecam ia akan menjadi seorang yang suka mengecam orang lain. 2) Jika anak selalu diseterui atau dimusuhi ia akan menjadi seorang yang suka bergaduh dan berkelahi. 3) Jika anak selalu dihina ia kan menjadi seorang yang pemalu dan kurang yakin diri. 4) Jika anak selalu diberi pujian berlebihan ia akan menjadi seorang yang riak dan sombong. 5) Jika anak selalu dilayan dengan kekerasan dan marah-marah ia akan menjadi seorang yang agrasif dan suka membantah. 6) Jika anak selalu dibeza-bezakan ia akan menjadi seorang yang tidak puashati, irihati dan rasa bersalah. 7) Jika anak dipersalahkan ia akan menjadi seorang pembohong dan pendendam. 8) Jika anak selalu dikritik ia akan menjadi seorang tidak yakin diri. 9) Jika anak selalu dimenangi walaupun bersalah ia akan menjadi seorang yang biadab, suka menyalahkan orang lain dan besar kepala. 10) Jika anak selalu disisir ia akan menjadi seorang merasakan dirinya tiada harga diri. 11) Jika anak selalu dibohongi ia akan menjadi seorang pembohong dan penipu. |
Khamis, 28 April 2011
Wahai telur, kau palsu ke ori..??
Mestila baca bismillah dan doa, aku pun makan la nasik lemak tu. Aku kopek la telur rebus yang aku beli tadi. Bila dah bukak, konon-konon nak cek la samada telur tu telur palsu. Belek kiri, kanan, atas bawah telur tu takde lekuk ( untuk udara ). Terus la bukak telur putih tu, sebab diorang kata ( diorang kata la, bukan aku kata ), kalau telur palsu ada selaput hitam kat telur kuning tu...
Memang ada!!!...aku dah kena dah la...Terbeli telur palsu. Terus buang la jawabnya..Memang Penang yang dapat trace dulu tentang telur palsu ni, negeri lain aku tak tau la ada ke takdak. Pasal ciri-ciri telur palsu ni pun aku baca kat blog member, Cik Att. Tapi tak sangka pulak aku buleh dapat. Aku rasa memang gerai yang jual nasik lemak tu tak tau, diorang main beli je, apatah lagi kalau dapat murah. Nanti aku slow talk ngan broder gerai tu, ada gak aku jumpa dia kat mesjid sembahyang zohor...
Rabu, 27 April 2011
Hari yang Lesu
Selasa, 26 April 2011
Lagi Main Bowling
Makannnnn...
***Walaupun letih, tapi memang berbaloi-baloi....( apatah lagi, semua perbelanjaan ditanggung oleh Kak Linda dan Abang Yus...)
Isnin, 25 April 2011
Baju terbalik
Khamis, 21 April 2011
Pizza Bentayan
Sekali lagi kita berjumpa dipagi Jumaat yang mulia ni. Pagi semalam sewaktu aku sedang menggodek-godek blog aku, aku terperasan yang chatbox aku di datangi oleh seseorang. Beliau ialah tuan empunya Pizza Bentayan ( link post aku yang sebelumnya tentang pizza ni di sini )
Encik Hatta. Akhirnya luahan hati aku mendapat perhatian daripada tuan empunya pizza.
Di sini aku paparkan, apa yang kami sembangkan ( yang mana aku cut & paste bulat-bulat dari chatbox );
bentayan salam ,,fazli ,saya hatta pemilik pizza ni kat kl ,ini adalah kesilapan wkil penjual kami ,setelah kami lihat ni ,,serta merta kami stopkan penhantaran ke penang ,saya minta maaf byk2 ,kalau boleh saya ingin sgt berjumpa dgn fazli
bentayan kalau dtg ke kl ,dtglah berjumpa dgn kami @ call no ini 0193732397 -0132311089
f@dzliamir Salam Tuan Bentayan, terima kasih kerana mengambil tindakan
bentayan perbuatan ini betul betul mengejutkan kami
f@dzliamir Segala maklumbalas amatlah saya hargai...saya akan buat satu post tentang perihal ni..Tapi kalau boleh bagi la link blog atau website tentang pihak tu
f@dzliamir Link blog atau website tentang pihak tuan
f@dzliamir sekurang-kurangnya boleh saya bersihkan balik nama pihak pizza bentayan
bentayan terimakasih cik fazli ,itulah yg kami mahu ,kalau boleh bersihkan nama kami semoga tuhan memberkati hidup kita semua
bentayan pizza kami adalah keluaran anak melayu 100% kecuali cheese aje ,sedap pastinya mesti rasa dulu baru boleh komen
bentayan kalau turun kl hari jumaat call no tadi kami ada kat pasar tani putrajaya kita jumpa face to face dan
Terima kasih buat Encik Hatta, kerana mengambil berat tentang apa yang aku laporkan. Insyaallah, kiranya aku turun ke KL, aku akan hubungi dia. Bak kata orang tua-tua, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari....
*** Semalam ke pasar malam yang sama, masih ada gerai yang sama...????
Mari Melukis 2
Rabu, 20 April 2011
Baju Sekolah Baru.
***Nanti balik, cerita la sikit..( diorang dah pernah pergi ke Taman Rama-Rama sebelum ni )