Ni la yang dikatakan bertapa ni.....siap bawak anak lagik
Diantara anak, menantu & cucu Haji Amir ( jelas terpampang kegembiraan di wajah abah )
Tu dia, time makan berebut-rebut, sampai ada yang hulur kaki la....sapa la tu
Ni bini aku, dia marah amik gambar dia tak prepare.....hi..hi...hi
Makan lagik...banyak lagi lauk tu........
Daud dan Adik menyediakan jagung bakar
Abah menunggu jagung bakar untuk dimakan.
Mana jagung tak siap lagik ni, ni dah lapar nih, kata k.lili kepada imah
sambil di iyakan oleh k.ros.
Abah menunggu jagung bakar untuk dimakan.
Mana jagung tak siap lagik ni, ni dah lapar nih, kata k.lili kepada imah
sambil di iyakan oleh k.ros.
Pada tanggal 26 haribulan Januari 2009 yang lepas, aku dan seluruh ahli keluarga telah pergi berkelah di Air terjun Pecah Batu, Trong. Tapi sebelum segalanya bermula kami telah merancang dengan teliti.
Sebelum hari yang bersejarah tu kami dah pun marancang lebih awal lagi. Semua tu amatlah perlu untuk memastikan abah ikut sama, sebab untuk mengajak abah memerlukan ketetapan masa, seperti kena keluar awal dan sebagainya, kalu tidak banyak alasan yang dia bagi, nak masuk waktu zohor lah. Oleh sebab tu kami membahagikan tugas sesama sendiri.
Daud kena siapkan semua bahan-bahan untuk menyediakan jagung bakar.
Macam biasa orang pempuan, K.Ros, K.Lili, K.Linda & Imah menyediakan barang makan & minuman. Ari ni diorang masak nasik beserta sambal tumis siput metaram ( di supply by k.linda & daud )bijik mata rimau ( supply by wan malinee ). Roti sandwich telor ( di sediakan K. Ros ). Ikan curut goreng, ikan pekasam ( ingat ni mak Farha punye kot ).
Dan hari tu target kena keluar dari rumah paling lewat pun 8.30am, dan yang paling bestnya kami berjaya mencapai target kami. Dan yang penting sekali abah nak ikot bersama.
Kami bertolak pukul 8.30 pagi dalam suasana sejuk dan jalan berkabus. Rasa macam imposible plak nak mandi air terjun dikala cuaca sejuk-sejuk cenggini.....bbrrrrrrrrr........Kami bertolak dengan 3 buah kereta, kereta aku, k.ros & k.linda. Manakala Daud & Adik naik motor abah.
Dalam lebih kurang 15 minit kami sampai pecah batu dan Daud & adik di tugaskan mencari tapak yang sesuai untuk kami berlabuh. Kami mempunyai banyak pilihan tempat sebab datang awal kerana tak ada orang lagi yang sampai.
Setelah menemui tempat yang sesuai, kami pon menurunkan semua barang-barang. Daud & Adik memulakan untuk menyalakan api untuk membakar jagung manakala yang lain mula menyetat( memulakan ) makan nasik, manakala bebudak pulak apa lagi masuk mandi terus la..
Sejuknya air terjun tak terkira.
Semua orang mandi kecuali yang perempuan je. Abah aku terus seronok jer, siap menjerit kecil lagik. Terhibur gak aku rasa. Selain mandi, kami main bola tampar, abang lang & abang yus pon join. Menyelam dan memburu ikan kecik. Tak buleh tangkap sebab tak dak jaring. Bebudak semua pun main air macam tak ingat dunia, jangan kata budak, bapak budak pun sama.Lepas mandi, makan, lepas makan mandi, best tak terkira rasanya.
Apa-apa pun puas hati sangat trip kali ni. Mungkin lain kali nak arrange lagik, tapi kalau buleh mesti join semua satu family ( sebab masa ni yang tak pergi Ijal & farha, Pinny, A.Ngah ).
Adiousss......